Saturday 17 December 2011

✿ Anak

Setiap bayi yg lahir adalah dalam keadaan suci.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa).Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” –(Hadis riwayat Bukhari)

Pendidikan kpd seorang anak adalah tersangat penting,kerana pendidikan sedari awal inilah yg akan menentukan siapa mereka tika dewasa kelak.Kita lihat bagaimana cara Nabi mentarbiyyah anak kecil.Dalam sebuah hadis yg diceritakan oleh Ibnu Ibbas r.a,ketika dia bermusafir bersama Rasulallah,Rasulallah berpesan kpdnya,’Ya Ghulam.Jagalah Allah,nescaya Allah akan menjagamu.Jagalah Allah,pasti Dia akan bersamamu.Jika engkau mahu meminta sesuatu,mintalah drpdNya dan jika engkau mahu meminta pertolongan,maka mintalah pertolonganNya'.

Dalam bahasa arab,’ghulam’ itu merujuk kpd kanak-kanak yg telah tamat tempoh menyusu badan hinggalah sebelum baligh.Saat itu,Ibnu Ibbas baru berusia 10 tahun.Tapi Rasulallah telah mentarbiyyah beliau kpd sesuatu yg besar,iaitu tauhid.

Memberi pengajaran tauhid kpd anak-anak adalah perkara yg paling awal,paling penting kerana tauhid ini berfungsi seperti cawan yg menakung air.Jika terdapat sedikit kebocoran pun,air akan mengalir keluar.Jika kita membuka lembaran al-Quran pun,ayah mithali Luqman al-Hakim juga memperingatkan anaknya kpd benda yg sama,iaitu jangan sesekali kau,anak kesayanganku mensyirikkan Allah.

Saat ini,ayah dan ibu yg manakah yg berpesan kpd anak mereka utk tidak mensyirikkan Allah?Rata-rata berpesan kpd anak-anak supaya besar nanti jadi pilot,jadi engineer,gaji besar dan hidup senang.Tidak mengapalah,kerana itu sememangnya tanda cinta ibubapa yg mahu melihat anak hidup senang.Tapi apa gunanya hidup senang di dunia,jika 24 jam hati tak pernah tunduk,patuh kpd Allah?



Ya,anak-anak kita masih kecil.Kerana masih kecil lah mereka sgt mudah ditarbiyyah.Apa tarbiyyah kita?kita mentarbiyyahnya dgn rancangan bintang kecil,tom-tom bak,dan akademi fantasia.Kita mentarbiyyahnya dgn baju-baju seksi,mekap-mekap berjenama dan anak patung,anak patung yg menyerupai berhala.

Ya,anak-anak kita masih kecil.Apa ilmu yg kita ajar pertama sekali?Rasulallah bersabda bahawa seawal usia 6 tahun,kanak-kana seharusnya telah diajar utk bersolat.Sebaliknya kita ajari mereka ilmu tarian dan ilmu nyanyian.Mereka kenal artis lebih drpd mereka kenal Muhammad s.a.w.Rasionalkah?

Kita lakukannya atas alasan,’mereka masih kecil’.Sedangkanpelajaran di masa kecil inilah yg akan paling memberi kesan kpd anak-anak.Seorang ibu yg tak menutup aurat,dosanya bukan hanya 24 jam,bahkan sampai kiamat!Pertama ialah dosa kerana melanggar perintah Allah.Keduanya ialah dosa menaikkan nafsu lelaki,dan ketiga,dosa kerana menjadi ikhtibar dan contoh kpd anak-anak.Jika kelak anak-anak pun seksi,dia dapat dosa.Jika cucu-cucu pun seksi,sbb tiru anak dia,dia pun dpt dosa.Begitulah seterusnya...

Wahai saudara,jika betul kita sayang mak ayah kita yg dah mati,hentikanlah maksiat kerana mereka mendapat saham atas perbuatan kita.

Kerana itulah, doa anak soleh boleh menjadi penyelamat ibubapa drpd azab kubur.Sifirnya mudah,anak soleh hanya akan lahir drpd tarbiyyah islamiyyah ibubapa.

Bagi seseorang lelaki yg mahu memikul tanggungjwb sebagai suami dan ayah,dia harus bersedia memikul dosa-dosa isteri dan anak-anaknya.Kerana inilah,akan wujud lelaki yg lagi selangkah saja lagi utk masuk ke syurga namun akhirnya isteri dan anak menariknya sama-sama ke dalam neraka.

Keluarga bahagia,keluarga sakinah takkan wujud sekiranya suasana islam dalam diri tak wujud.Ibu imam syafie mengandungkan imam syafie rah. selama 12 bulan.bayangkan betapa susahnya ibu yg mengandung tapi ternyata ia sgt berbaloi.Kesusahan ibu utk melahirkan anak,terbalas dgn sumbangan yg teramat besar anaknya kpd ummat islam.Sebaliknya kita sendiri aneh,akhir zaman org yg beranak sgt mudah.Beranak anak sulung dlm tandas,dlm bilik bahkan ada di dlm semak!Mudahnya?

Tapi apa balasan atas mudahnya melahirkan anak?Kerana itulah jika kita bertanya kpd doctor yg bertugas menyambut kelahiran dan melihat kematian,mereka akan berkata bahawa wanita solehah amat susah melahirkan anak,tapi amat mudah utk meninggal dunia.Berbeza dgn wanita fasik,utk beranak sgt mudah tapi utk mati azabnya sgt menyedihkan.


Ibu yg melahirkan anak seumpama seorang pejuang.Matinya saat itu,dikira mati syahid.Kerana itu,harus kita sama-sama beringat bahawa melahirkan anak itu sgt perit tetapi mendidik anak supaya menjadi org bertaqwa itu puluhan ganda lebih perit.Persediaannya bukan bila-bila,tetapi sekarang..saat kita belum kahwin lagi kerana percayalah ckp saya,kalau masa kita bujang kita malas nak menuntut ilmu agama,pas kahwin pasti akan lebih liat.

Maka,persiapkanlah diri utk memikul dosa mereka kerana anak itu ANAK KITA..Walalhualam

No comments:

Post a Comment