Wednesday 16 May 2012

✿ Tazpi

✿ Tazpi



Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ.

‘Barangsiapa yang bertasbih setiap selesai melakukan shalat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali, dan bertakbir sebanyak 33 kali, maka hal itu berjumlah menjadi 99, dan untuk melengkapi jumlah 100, ia mengucapkan, La Ilaha Illallah Wahdahu La Syarika Lahu, Lahul Mulku, Walahul Hamdu Wa Huwa ‘Ala Kulli Syai-in Qodir’ maka kesalahan-kesalahannya diampuni walau seperti buih di lautan’. [HR. Muslim 597].

Thursday 3 May 2012

✿ Mukmin itu


Orang  M U K M I N  yang baik itu hidupnya  L U A R    B I A S A. 

Unik dan berbeza sangat dengan manusia yang lain. 
Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang. 

Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan.
 Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya. 

Berhadapan dengan ujian dia tenang. 
Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur.

 Jadual waktunya dengan Tuhan tetap dan istiqamah. 
Walau di dalam keadaan susah dan senang. 

Bermesra dengan orang. 
Tetamu yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannya. 
Tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan. 
Selagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya. 

Merendah diri adalah budaya hidupnya.
 Setiap orang yang meminta pertolongan jarang tidak ditunaikannya.
 Pemurah sangat terserlah di dalam kehidupannya. 

Tidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan. 
Tapi dia mengeluh dengan dosa-dosanya. 
Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian. 

Rasa   K  E H A M B A A N   tampak kelihatan pada mukanya.
 Tuhan selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya. 
Nampak sangat bahawa Tuhan itu adalah sandaran hidupnya. 

Gembira tidaklah sampai ketawa berdekah-dekah. 
Kesusahannya tidaklah sampai muram di mukanya. 
Lebih-lebih lagi tidak rasa kecewa dan putus asa berhadapan dengan kesusahannya.
Tawakal, sabar dan redha adalah menjadi budaya hidupnya.