Sunday 13 April 2014

Fikirkan

Pasangan muda yang baru menikah tinggal di sebuah komplek perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian.

"Cuciannya kurang bersih ya", kata si isteri.

"Sepertinya dia tidak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih bagus."

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apapun.

Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaiannya. Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul2 bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya.

"Lihat, seolah2 dia telah belajar bagaimana mencuci dengan betul.. Siapa agaknya yang sudah mengajarnya?"

Si suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." 

Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan pikiran (jendela) bilamana kita memandangnya.

Jika HATI kita bersih, 
Maka bersih pula FIKIRAN kita. 
Jika FIKIRAN kita bersih, 
Maka bersih pula PERKATAAN kita.
Jika PERKATAAN kita bersih (baik), 
Maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita. 


Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik) Maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita tetap baik. Kerana itulah segalanya.

HATI menentukan FIKIRAN. 
FIKIRAN menentukan PERKATAAN & PERBUATAN...

2 hal yg paling baik di atas kebaikan : - 
Sangka baik kpd Allah - 
Sangka baik kpd hamba Allah ..