Wednesday 30 November 2011

✿ HY 6 : Allah Maha Kuasa

:: Allah berkuasa atas segalanya ::

Allah, Pencipta segala sesuatu, adalah pemilik tunggal buat semua makhluk. Allah yang menimbunkan awan yang berat, memanaskan dan mencerahkan Bumi, mengubah arah angin, memegang burung-burung agar tergantung di langit, mengasingkan biji-biji benih, memberi denyutan jantung kepada seorang manusia, mentakdirkan fotosintesis dalam tumbuh-tumbuhan, dan mengekalkan planet-planet dalam orbit mereka. Manusia biasanya hanya menganggap semua itu adalah fenomena yang berlaku kerana “hukum fizik”, “graviti”, “aerodinamik”, atau faktor fizikal lain; walaubagaimanapun, terdapat satu lagi kebenaran signifikan yang manusia tidak nampak: semua hukum fizikal ini telah dicipta oleh Allah. Bahkan, hanya Allah yang memiliki kuasa di alam semesta ini.

Allah mengatur semua sistem pada bila-bila masa di alam semesta ini, sama ada kita sedar atau tidak, atau jika kita tidur, duduk, berjalan. Semua proses yang tidak terhitungnya di alam semesta ini, segala yang berperanan penting untuk kewujudan kita, adalah di bawah kawalan Allah. Perkara yang tidak boleh dihitung sekalipun turut bergantung kepada Ciptaan Allah, hinggakan kemampuan kita untuk bergerak ke hadapan, termasuklah daya graviti Bumi, struktur rangka manusia, sistem saraf dan otot, otak, jantung, bahkan kelajuan putaran Bumi ini.

Mengaitkan kewujudan bumi dan seluruh alam ini kepada konsep kebetulan adalah satu khalayan yang nyata. Urutan yang amat indah tentang Bumi dan alam semesta ini sangat bertentangan dengan kemungkinan ianya terbentuk secara kebetulan, dan sebaliknya, satu tanda yang amat jelas tentang kekuasan Allah yang tiada hadnya. Sebagai contoh, orbit Bumi mengelilingi Matahari hanya selisih 2.8 mm dalam setiap 29 km daripada laluan yang sebenar. Jika perselisihan ini bertambah atau berkurang sebanyak 0.3 mm, maka makhluk hidup di Bumi akan beku atau rentung. Adalah satu perkara yang amat mustahil buat sebiji guli sekalipun untuk berputar di orbit tanpa berlakunya perselisihan, namun begitu Bumi mampu menghabiskan laluan itu walaupun mempunyai jisim yang besar. Seperti yang tercatat dalam Al-Quran, “…Allah telahpun menentukan kadar dan masa berlakunya tiap-tiap sesuatu…” (Surah At-Talaq : 3). Kesannya, susunan indah di alam semesta ini telah dipelihara hasil daripada sistem amat hebat yang bergantung pada keseimbangan yang amat halus.

Terdapat beberapa manusia yang memegang kepercayaan sesat bahawa Allah “mencipta segalanya dan membiarkan mereka sendiri.” Walaubagaimanapun, setiap kejadian, yang berlaku dalam setiap ruang di alam semesta, berlaku hanya atas kehendak Allah, dan di bawah kawalanNya. Ini dinyatakan dalam Al-Quran:

Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah. (Surah Al-Hajj : 70)

Amatlah penting untuk menyedari hakikat ini buat mereka yang berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Doa Nabi Muhammad (semoga Allah memberkati dan merahmati Baginda) yang diambil di bawah ini adalah contoh yang baik tentang semua ini:
Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak lagi benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum . Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah. (Al-Bukhari)
Proses teliti yang berlaku di dalam badan makhluk hidup adalah contoh paling berkesan yang membantu kita untuk memahami kekuasaan Allah. Sebagai contoh, dalam setiap masa, buah pinggang anda menapis darah anda dan melepaskan molekul berbahaya untuk disingkirkan dari tubuh badan. Proses saringan dan penghapusan ini, yang dijalankan oleh satu sel buah pinggang, hanya boleh dilaksanakan dengan alat hemodialisis gergasi (buah pinggang buatan). Alat hemodialisis itu telah direka oleh sainstis yang waras dan sedar. Walaubagaimanapun, buah pinggang tidak mempunyai rasa, atau pusat membuat keputusan, atau fakulti berfikir. Dalam maksud yang lain, sel buah pinggang yang tiada akal dapat menyelesaikan tugas rumit yang memerlukan fungsi otak untuk berfikir.

Kita boleh jumpa jutaan contoh sedemikian dalam makhluk hidup. Molekul yang terdiri daripada bahan lengai yang tidak berakal, melaksanakan tugas luar biasa yang sepatutnya dilakukan oleh makhluk berakal. Kejadian dalam kes ini sudah tentu, adalah dari Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Allah yang mencipta sel buah pinggang, begitu juga molekul yang dibincangkan tadi, dan Dia yang mengarah mereka untuk melaksanakan tugas-tugas itu. Dalam Al-Quran, Allah memberitahu kita bahawa Dia terus-menerus memberi ‘arahan’ kepada makhluk ciptaanNya:

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaq : 12)

Maka jelaslah Allah, hanya Dia yang menciptakan segalanya di alam semesta, dan secara pasti mampu untuk menghidupkan yang telah mati. Berhubung perkara ini, Allah menyatakan semuanya dalam :
Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya – berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Ahqaf : 33)

Mar 9, 2011


Sumber : 

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/39565/ALLAH_HAS_POWER_OVER_EVERYTHING

✿HY 7 : Burung

:: Komunikasi dan sistem isyarat dalam burung ::

Kajian saintifik telah mendedahkan bahawa seluruh alam hidupan, komunikasi adalah sama pentingnya seperti yang terdapat pada manusia. Kebanyakan makhluk hidup tidak mampu berucap seperti manusia, maka mereka menggunakan kaedah yang jauh berbeza untuk berkomunikasi antara satu sama lain-dan bahkan berkomunikasi dengan spesies lain. Beberapa contoh yang paling dramatik tentang ini telah ditonjolkan oleh burung.

Semua bentuk hidupan di Bumi telah diciptakan dengan sifat yang ajaib dan kemampuan yang amat menakjubkan. Kajian terhadap hanya satu spesies tunggal sudah cukup untuk mendedahkan ratusan bukti ciptaan Allah yang luar biasa.
Dalam satu ayat Al-Quran, Allah menjelaskan bahawa:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan) (Al-An’am: 38)
Burung-burung dalam ayat ini menarik perhatian kita untuk menyedari salah satu komuniti hidupan yang perlu kita kaji dan renungkan bersama.

Terdapat sekitar 10,000 spesis burung di dunia, yang masing-masing mempunyai ciri-ciri ajaib tersendiri. Di mana sahaja anda tinggal, anda boleh lihat sejumlah besar makhluk berbulu ini dan dapat mengamati sifat berbeza dan luar biasa yang ada dalam diri masing-masing dan setiap satu dari mereka. Dengan penampilan menarik mereka, mekanisma penerbangan yang tiada cela, kecekapan terhadap laluan dan tempoh penghijrahan, kemampuan untuk membina sarang dan perilaku altruistik terhadap anak mereka dan sesama mereka, burung mempunyai bukti yang tak terhitung jumlahnya tentang fakta pencipta. Salah satunya adalah kemampuan mereka untuk berkomunikasi.


Deria Pendengaran Burung

Bagi burung yang mempamerkan bakat mereka dalam berkomunikasi dengan suara, lagu-dan untuk beberapa kes burung, tuturkata- mereka memerlukan pendengaran yang sangat cekap. Pada saat-saat kritikal dalam kehidupan mereka, deria pendengaran mereka menjadi sangat penting. Eksperimen telah menunjukkan bahawa untuk burung mempelajari lagu khas dari spesies mereka sendiri, mereka memerlukan sistem maklum balas pendengaran. Hasil sistem ini, burung muda dapat belajar untuk membandingkan suara yang mereka hasilkan sendiri dengan pola lagu yang mereka telah hafal. Jika mereka pekak, biasanya itu tidak akan memungkinkan mereka untuk menyanyikan lagu-lagu yang dikenali.

Telinga burung telah dilengkapi dengan baik untuk mendengar, tetapi mereka mendengar dengan cara yang berbeza dari kita. Untuk mereka mengenali sebuah lagu, mereka harus selalu mendengarnya dalam oktaf yang sama (satu siri tujuh nota), sedangkan kita manusia dapat mengenali sebuah rentak walaupun kita mendengarnya dalam oktaf yang berbeza. Burung tidak mampu buat demikian, tapi mereka boleh mengenali warna suara-nota asas yang digabungkan dengan harmoni. Kemampuan untuk mengenali variasi warna suara dan harmonika membolehkan burung mendengar dan membalas bunyian yang pelbagai, dan adakalanya bunyi itu berkembang dan merebak.

Burung juga boleh mendengar nota yang lebih pendek dari yang kita mampu. Proses bunyian suara manusia adalah bait sekitar 1/20 per saat, sedangkan burung mampu membezakan suara-suara dalam 1/200 per saat. Ini bermakna burung lebih hebat membezakan bunyi yang tiba di sesuatu tempat dengan sangat cepat. Dengan kata lain, kemampuan burung untuk menerima bunyi adalah kira-kira sepuluh kali ganda lebih dari kita, dan untuk setiap satu nota yang didengar oleh manusia, burung boleh mendengar sepuluh nota. Selain itu, sesetengah burung juga mampu mendengar bunyi yang berfrekuensi rendah daripada kemampuan kita. Sensitiviti pendengaran mereka begitu peka hinggakan mereka boleh membezakan potongan-potongan oleh komposer terkenal seperti Bach dan Stravinsky.

Sensitiviti hebat pendengaran burung berfungsi dengan sangat sempurna. Jelas, masing-masing komponen deria ini telah dicipta oleh sistem yang khusus, kerana jika ada salah satu sistem gagal berfungsi dengan baik, maka burung tidak akan dapat mendengar bunyian sama sekali.


Bunyi Burung Bukan Secara Rawak

Biasanya, kicauan burung tidak terdiri daripada bunyi yang terhasil dengan rawak. Lagu-lagu luar biasa dalam melodi pelbagai itu mempunyai makna yang khusus, dinyanyikan untuk tujuan tertentu, dan jauh lebih kompleks daripada panggilan yang digunakan sebagai isyarat. Bunyi itu secara umumnya digunakan oleh burung jantan untuk mempromosi dan mempertahankan sesuatu wilayah, atau ketika mencari pasangan. Ini juga dipercayai bahawa lagu memberi satu fungsi sosial. Ketika pasangan sedang membina sarang mereka, mereka juga menjalin komunikasi dengan lagu. Eksperimen pada burung sangkar juga telah menunjukkan bahawa burung lebih mudah mempelajari lagu dengan kehadiran burung lain, walaupun burung itu tidak dapat dilihat dan ditempatkan di sangkar yang lain.

Burung jantan dan betina memiliki struktur otak yang berbeza, terutama di kawasan yang berhubungkait dengan pengeluaran bunyi. Dalam banyak spesis burung yang menyanyi, burung jantan boleh menyanyi, tetapi burung betina tidak boleh. Burung jantan menggunakan "lagu" untuk memanggil pasangan mereka atau menunjuk pohon, tiang, atau kabel elektrik sebagai tempat untuk bertenggek. Setiap spesies menyanyikan sebuah lagu dengan ciri khas yang tersendiri, tetapi lagu untuk setiap spesies tertentu menunjukkan variasi berdasarkan faktor umur, jantina, tahun tertentu, dan lokasi geografi yang sesuai untuk persekitaran di mana mereka tinggal. Contohnya, burung yang hidup di padang rumput menggunakan "lagu penerbangan". Demikian pula, burung yang hidup di kawasan hutan hujan atau semak buluh memiliki bunyi yang agak keras untuk mengimbangi penglihatan yang berkurang.

Jan 27, 2011



Sumber : 

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/37663/COMMUNICATION_AND_SIGNALLING_IN_THE_LANGUAGE_OF_BIRDS_

✿ Jadilah seperti Aliyah

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.

Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.

Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah. 

Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. 

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" 

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.

Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.

Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.

Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit.. tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. 

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.

Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

01. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

02. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

03. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.

Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.

Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

-Admin: fadlan yusuf-

✿ Kuliah Maghrib 28/5/2011 [Sabtu]

Waktu : Selepas solat Maghrib
Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Kingfisher
Tajuk : TAFSIR SURAH LUQMAN

=============
PENGENALAN
=============
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." [Luqman : 12]
============
ISI UTAMA
============

[1] Syukur dengan diri sendiri

[2] Ilmu penentu hikmah yang ada pada diri

[3] Sikap yang perlu dicontohi
  • Tunduk pandangan – menjauhi pandangan haram
  • Menjaga lidah
  • Pemaaf
  • Harga diri yang tinggi – tidak buat perkara mungkar
  • Bercakap benar
  • Menunaikan janji
  • Memuliakan tetamu
  • Meninggalkan perkara yang tiada manfaat buat dirinya
  • Menghormati jiran
  • Hak kepada jiran
  • Hak kepada saudara
  • Hak kepada keluarga/kerabat

[4] Kepentingan ilmu
  • Ilmu tanpa amal = gila
  • Amal tanpa ilmu = sia-sia
  • Amal dan ilmu perlu bergerak seiring, agar selamat sepanjang jalan

[5] Konsep ilmu
  • Ilmu perlu diamalkan, agar tidak cepat hilang
  • Ilmu juga perlu dikongsi bersama, agar ianya berkekalan dan tidak dilupakan

[6] Harus sentiasa mensyukuri ilmu
  • Tidak besar diri dengan ilmu yang ada
  • Tiada rasa ujub dalam diri dengan ilmu yang disampaikan
  • Tanda seseorang itu bersyukur dengan diri
"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya." [Fussilat : 46]
  • Segala kebaikan yang dibuat adalah bermanfaat buat diri kembali akhirnya
[7] Kufur
  • Sesiapa yang kufur, tidak langsung menjejaskan Allah
  • Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji, tidak akan rugi pada sesiapa yang kufur
  • Setiap manusia yang kufur, hanya merugikan diri sendiri, zalim terhadap diri
===========
PENUTUP
===========

a) Hakikat kebijaksanaan Luqman yang penuh hikmah. Segala hikmah yang diperoleh adalah hasil dari ilmu, kefahaman, dan pengalaman yang bermanfaat buat dirinya

b) Setiap kebaikan yang dilakukan hanya berbalik kepada diri sendiri – erti syukur kepada diri sendiri

c) Segala kekufuran hanya merugikan diri sendiri

d) Kata-kata yang lembut mampu membentuk hati yang sekeras batu – panggilan Luqman kepada anaknya

e) Jangan syirik – dosa besar yang tidak akan diampunkan Allah, dosa paling berat antara dosa-dosa besar yang lain

f) Buat baik kepada ibubapa, jangan derhaka. Dosa besar yang kedua adalah derhaka kepada kedua ibubapa

To be continued...

*P/s : Boleh dicopy-paste/disharing/dicetak/apa2 jua cara lain tanpa was-was. Hakcipta tak terpelihara. Jika ada tambah/pembetulan isi, mohon diberi komen.

✿ Hadis 10/40 : At-Toyyib


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
[Hadis riwayat Muslim]
===========
ISI POKOK
===========


1) Suci Allah dari kekurangan / keaiban / tidak perlu rakan dan anak / tidak zalim dan tidak tidur

2) Diterima atau tidak amalan adalah bergantung kepada pemakanannya, sama ada halal atau haram. Amalan menjadi penentu kepada diterima atau tidaknya doa dan ibadah seseorang

3) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:


[] Perjalanan yang jauh

* Tiga jenis doa yang diperkenankan Allah - doa orang yg dizalimi, orang dlm musafir dan doa bapa terhadap anaknya [hadis]

[] Berpakaian lekeh (usang)

* Sebagaimana yang disunatkan dalam solat Istisqa’ - mengangkat tangan ke langit [hadis], serta mengulang-ulang nama Allah - (3x) - sebagai tanda sangat berhajat atas sesuatu permintaan

[] Penjagaan makanan, minuman dan pakaian

=============
PENGAJARAN
=============


lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek -

[] kebersihan diri dan hati

[] keelokan berpakaian

[] kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti



Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja.
Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan makanan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik.

Makanan yang baik ialah makanan yang halal. lni tidak menafikan makanan yang berzat dan bervitamin, kerana Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal.

Makanan dan perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligusmenghalang doa daripada dimakbulkan Allah.

To be continued....




sumber asal : Halaqah online

✿ Buatmu Dai'e

Alhamdulillah..
Segala pujian hanya untuk ALLAH yang mentadbir semesta alam.

Sesungguhnya, langkah sebagai daie penuh ranjau dan duri. memeritkan dan memedihkan. kadangkala kita diuji dengan apa yang kita dakwahkan. tak kurang juga cabaran dari segenap sudut yang datang dari perubahan isu dunia serta doktrin yang digembar-gemburkan musuh.

Seringkali dugaan yang menerjah mematahkan semangat dan jiwa perjuangan yang dahulunya kental. apatahlagi bila melihat ramai sahabat yang pernah bersama kita, 'jatuh'. saat terkenang hakikat mukmin itu umpama tiang-tiang yang mengukuhkan satu bangunan, keutuhan kita juga terasa 'runtuh'.

Tapi sahabat-sahabatku..
Diriku tahu bahawa kau tetap akan teruskan langkah ini..
Walaupun rasa 'futur' pernah singgah dibenakmu..kau tetap sedar akan sebuah hakikat.
Hakikat bahawa kau selamanya akan tetap menjadi daie.
Kerana,pokok daripada cabang-cabang iman itu adalah 'laa ilaaha illallaah'.

Sahabat seaqidahku..
Kau juga sedar bahawa kau tak pernah sendiri. 
Bukankah "حسبنا الله و نعم الوكيل"- [a] sudah menjadi santapan harianmu?
Walaupun kita belum saling bertemu, tapi kita tetap dekat dan kuat..
Dekat dan kuat dengan syahadatain, 'laailaaha illallah muhammadur rasulullah'.

Sahabat yang pernah berjuang denganku..
Kadangkala jarak yang memisahkan buat kau rasa jauh..
Bukan luar biasa jika kau merasa 'sendiri'..
Itu fitrah ketika tak ada yang menyokong usaha kita
Namun, kau tetap berusaha menjadi mukmin kan?
Tentu kau masih ingat tentang keajaiban seorang mukmin!

Sabda rasulullah s.a.w:
"Sungguh ajaib dan menyenagkan orang mukmin itu! segalanya serba baik, hal yang demikian itu hanya dimiliki oleh orang beriman. jika dia mendapat kesenangan maka dia bersyukur, dan jika dia mendapat kesengsaraan maka dia bersabar, sehingga apa yang dihadapinya selalu mendatangkan kebaikan baginya"

Nah,
Inilah yang membuatkan kau terus kuat di atas jalan dakwah ini.
Mukmin itu, jiwanya damai - nyahkan galau itu
Yakinlah sahabat-sahabatku... 
Mendung akan berarak jua. 
Galau akan pergi meninggalkan hati yang bahagia. 
Kekusutan akan berakhir dengan peleraiannya.
Konflik yang membendungmu sekarang, akan ada noktahnya.
Perpecahan di depan matamu akan bersatu akhirnya.
Bersatu diatas paksi keimanan dan hamba.
Menongkah gelodak cinta dunia.

Maka, 
IMAN itulah titik persamaan kita!

Ya,
IMAN itulah titik persamaan kita!

Carilah, gapailah, dan galilah dari segenap inci ruang dunia..
Agar kau bertemu titik itu.

Natijahnya,
InsyaALLAH kedamaian bagi dunia..
Kemakmuran islam di semesta..
Kesejahteraan ke negeri abadi..

Friday 25 November 2011

✿ Mujahadah Cinta



1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan 
"nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu 
berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia 
ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain. 


2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, 
siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis 
rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding 
terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang 
kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi 
kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. 
Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian 
darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari 
itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , 
yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, 
yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata 
rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana 
psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. 
Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah 
dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya 
menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta 
mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia 
akhirat. 


3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, 
sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung 
kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut 
dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada 
yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang 
lama. 


4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil 
dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad 
syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir 
tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf 
ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir 
kepada bujangnya, Yusuf. 


5. Cinta ra'fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan 
norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak 
tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an 
menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah 
menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus 
hukuman bagi pezina (Q/24:2). 


6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku 
penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika 
mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan 
Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), 
sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan 
bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al 
jahilin (Q/12:33) 


7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari 
hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 
dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan 
tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur 
dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika 
wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya 
memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. 
Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa 
Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada 
sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang 
apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il 
tihab naruha fi qalb al muhibbi 


8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik 
kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang 
menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada 
pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa 
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la 
yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286) 


Salam Mujahadah CINTA

✿ Berdoa



Hendaklah sentiasa berdoa kerana doa itu menimbulkan ketenteraman jiwa, sedang ketenteraman jiwa itu adalah perubatan yang mujarab. Doa-doa kita pada umumnya memohon berkat, sebab Tuhan tahu apa yang baik buat kita. Apabila anda ingin memperoleh kekuatan sejati, berdoalah berulang-ulang kali kepada Tuhan. Dan setiap orang ingin berdoa sehari sebelum ajalnya tiba, kerana mereka tidak mengetahui bila ajalnya itu akan tiba, maka dia perlu berdoa setiap hari.

Dan Tuhanmu berfirman:
“Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah:86)

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina dina."(Al-Mu'min:60).(menyembahKu disini bermaksud berdoa kepadaKu)

✿ Buat Gadis Solehah


Buat awak.....
yakni...gadis-gadis solehah di seluruh dunia ni tau.....!
Hmm... nak panggil gadis-gadis solehah ini dgn pggilan “awak” boleh?
Nak bersembang sikit dengan awak...... ada pesanan dari “seseorang” …
Hmm “Seseorang” la..... dia kata...dia tengah tunggu awak...
siapa tu yea awak? … tunggu ape yea? …
hmmm... tunggu la....hehe...
Prolog tentang awak.......”pernah tak awak berbisik?”
awak tahu tak... yang awak adalah yang terbaik? yang terindah...? Pernah tak awak berbisik kat diri
awak… yakini dan selalu bisikkan : “ ya! saya Gadis SOLEHAH yang Comel=) !” ???
hmm...tapi tak ke orang kate perasan "comel' kalau mcm tu???
hehe.. bukanla awak kene cakap macam tu kat ramai-ramai atau “cakap kuat-kuat” kat wall - wall
facebook.. ! tapi itu untuk diri awak sendiri la.. untuk awak sematkan dalam hati je ...sebagai satu
Motivasi buat awak...!
hehe...Yup! betul ni....sebab... semua daripada awak memang yang tercomel....! jadi...awak kenalah
jaga kecomelan tu.... sebab kecomelan ni...boleh hilang tau...
hmm...betul ni.... boleh hilang........
ia hilang......... Bila nilai “Solehah” itu dah tak ada pada awak... :)
hehe...it is simple kan...!? =)... So...awak mestila kena sentiasa ada semangat untuk ISTIQAMAH jadi
INSAN yang SOLEHAH..... Sebab Insan Solehah tu BEST sangat-sangat.........yup!Betul ni, BEST....!
sebab ape yea? hmm...takpe jom terus membaca molek-molek pesanan “Seseorang” tu.....

Awak & fitrah awak....
Fitrahnya awk pasti sama macam kawan-kawan awak yang lain. Gadis yang sedang meningkat
dewasa.... suka tgk cerita korea.. Suka akan coklat.... Suka dengan baby...suka bermain dengan
kucing... eh..”kitty...kitty la!”~ kata awak :) ...oh ya ka.... hmm :) awak kan lebih pandai dalam
mencipta panggilan manja terhadap segala yang awak suka dan “cute” kan.... lepas tu minat baju-baju
cantik … beg tangan... minat jubah-jubah... dan...
~~hellooo..!!!
....tapi bukan yang membazir dan mengada-ngada fasionnya tau!.. hehe...~smpat awk mencelah.....
hmm... minat juga pada tudung syiria.....eh....pendekla tudungnya...tp ada jgk yg tak pendek kan...
yang mana yang tidak sampai tutup di paras yang sepatutnya, awak pun mesti akan cari yang lebih
labuh... kan...kan...kan...! hehe... takpe... bile awak teringin nak pakai apa yang awak suka, awk pun
pakaila suka-suka sahaja kat dalam bilik kalau ianya tak boleh dipakai kat luar.....kan.....smbil tgk
cermin.....”waah, comelnya !” ~awak berbisik sorang-sorang, sambil tersenyum :) .... aha...! suka juga
pada kecomelan diri sendiri apabila menonton diri kat cermin dan …..bila bersiap-siap sebelum ke
kelas msti bagi diri awak “terasa” comel terlebih dahulu... hehe....ya ka?
Hmm tapi.... awak hakikatnya hanya selesa dengan penampilan yang tidak sesekali mengganggu
manusia yang ada 'penyakit' di hatinya kan!... dan awak tak suka juga mengganggu mata-mata insan
yang akhirnya hanya membawa fitnah....kan..kan..kan... wah... Itulah kecomelan sejati~ berbisik
sorang-sorang lagi... hihi.. suka sangat-sangat dengan kecomelan ya...!
hehe...itu kan fitrah.....
Ketika kawan-kawan awak tengok cerita korea...(terkadang) awak pun tumpang sekaki jugak kan. Tapi
awak bukannya 'kaki' la.. yakni kaki cerita yang melekat sepanjang masa...sebab awak kan ada banyak
komitmen dan pengisian aktiviti yg lebih berfaedah.. kan?! ...Kan Awak suka akan keaktifan...dan
pemanfaatan masa... gerakkan matlamat membina ummah & keunggulan semangat kerjasama
secomel wonderpet!!! (antara cerita kartun yang awak minat jugak tu – hihi.. awak selalu cakap...bak
kate wondrpet : “apa yg penting...Kejesame” ).. cumanya kalau dlm bab cerita korea ni.... awk
tersentuh la jugak kan dgn Hero cerita korea tu....mungkin awak pernah berbisik... yang mereka ini
hensem & cool...kan...kan.....kan....
hehe...itu kan fitrah....
Dalam cerita korea awak suka juga cara kisah dan warna-warni kehidupan yang dipersembahkan...
apatah lagi kalau temanya tentang “CINTA”... tersenyum awak sorang-sorang menonton babak cinta
yang mengganggui jiwa awak.. kan...kan...kan... macam-macam pula yang awak fikirkan... macam best
je kalau jadi macam tu.....kan...kan...kan....?
hehe itukan fitrah...
Dengar pula lagu-lagunya yang membuat hati awk terpesona masa babak best dan terikut-ikut dgn
mood Kekecewaan kalau melodinya beritma 'frust'.. huhu....betol la kata awak...lagu-lagu korea ni
macam “Hidup”! Macam boleh berjalan-jalan dalam kapilari darah awak je...kan...kan...kan...hehe
'feeling' la tu....
hehe itukan fitrah....
Tapi …. awak dalam minat-minat kat cerita korea tu... awak mesti akan berhenti atau tutup cerita tu
setiap kali masuknya waktu solat kan... eh...pause saja la...sebab lepas ni nak sambung balik yea?
..hehe.. tapi awak sambung lepas beberapa ketika la...Lepas awak selesai solat, baca al-Quran &
selesaikan komitmen-komitmen lain... lepas tu pula awk sekadar berkongsi pandangan suka-suka dan
keminatan terhadap HERO2 crita Korea tu itu sesama kawan-kawan je kan... sambil bergurau-gurau.. ..gosip-gosip...hihi...sekadar mewarnai masa dlm
persahabatan... Tapi awak sesekali tidak berlebih-lebihan, tak la sampai post & share sesuatu mcm HERO yang
awak puja lagi mengujakan di wall-wall Facebook... seumpama membuat pengumuman yang “hebat”
kat tempat awam... membuat persembahan “nilaian diri” utk tatapan semua...huhu..
Hellooo..!!!~~
tiba-tiba kawan awak kata itu suatu yang tak salah la sangat pun.. tak mengganggu ketenteraman
awam pun.. hehe...tapi... awak bukan jenis mcm tu kan....awak pun nasihatla kawan-kawan awak tu
ya.... jadilah mcm awk yg suka post-post peringatan dari ayat-ayat al-Quran & hadith, gambar-gambar
petanda kebesaran Allah, perkongsian ilmu, perkembangan dunia islam dan.....
Hellooo.........!!!~~
tiba2 kawan awk mencelah lagi.... “dia pun ada jgk tazkirah-tazkirah tau!” ...hehehe...menyampuk aje
lah..hah..kalau mcm tu meh ajak kawan awak sekali jadi gadis solehah yang Comel...meh la...best
tau...hehe
aha...itu pasal Facebook yang kita kadang-kadang tersilap guna... terlebih, terlalai dan terlupa yang
kita msti jaga betul-betul nilai & maruah utk pameran ramai... huhu.....awak...kene la jaga-jaga juga
kan.. ;)
biasalah itukan fitnah....dan lorong-lorongnya...
Awak... susah tak kalau nak terus ISTIQAMAH jadi Comel.. ?
Hari itu ada seorang budak lelaki... masej-mesej..... hmm...pandainya dia dapat nombor telefon....
awak mule-mule terkejut la kan....hish... curi-curi je no tepon orang.... pastu dia ulang-ualng mesej....
sehari dua kali lepas makan..... macam jadual nak makan ubat antibiotik aje.... ish... sibuk je la dia tu
kan?? eh.......sekejap...sekejap....!!! huh.... ayat-ayat dia Islamik la..... wah.. baiknye...
baiknye....bersungguhnye...bersungguhnye....murninye...murninya.... Caringnya....Caringnya.... cool
nye...cool nye.....~~
aduh... awk teruja sudah..... awak suka dah ni... tersentuh sudah... adui awk minat sangat-sangatla
dengan ayat-ayat yang best mcm tu.... tiba-tiba lagu “ayat-ayat cinta” bergema di hati awak….kui2....
….itukan fitrah...
Hmm...kejap yea budak laki...nak makan sesuatu....nantilah nak ~~re....rep..rrrrr....repl..reply~~ (eh..nape
tersekat-sekat ni?...ade yg tak kene la tu awak!).. hehe ....
Aha.. ade cokelat la... Alhamdulillah...yeay! coklat Cadbury! Makan jap eh... cokelat Cadbury... ade
seseorang budak laki mane ntah yang bagi tadi....budak class ke awak???.... awak 'ter'terima lah sebab
ada orang datang bagi cokelat tu tiba-tiba, takkan nak halau dia macam tu sahaja....(lagipun..awak kan
suka jgk kat coklat tu kan...hehe(“,)... tapi awak malu sangat-sangat waktu tu kan... awak takut
menularnya fitnah yea?!.... ok2.... so, lepas nie awak akan lebih berjaga-jaga ya....! ;) aduh, Cadbury tu
da cair la awak... panas kot awak...ia da cair.......
~msti hati awk pn macam tu kan ...cair mcm coklat Cadbury bile ada yg mencairkan hati awak....sebab
awk letak cokelat kat ats meja aje.... kat tempat panas..... awk tak jaga cokelat tu... kan coklat mudah
cair.... klu awk letak kat tempat sejuk dan bersesuaian, mesti coklat tu akan terus ISTIQAMAH molek
bentuknye! Hehe.......sbb tu la awak... awak kena letak elok-elok, jaga elok-elok sesuatu yg mudah
cair...... macam hati awk.... kalau elok terus dijaga, tak akan terkena lah 'bahang'nya... tak akan dicair
semudahnye kan....hehee...
...nasib baik awak teringat kembali.....
hehehe...itukan fitrah.....
tup...tup...tup....
erk...!
“Abang ~~...Bla...bla...bla........sayang~~... bla..bla..bla...”
huish....awat semacam aje roommate awk tu bersembang dengan abang kandungnya kat tepon??
....ish..ish..ish awk...! ….rase lebih lembut kot suaranya dari kelembutan kuih Seri Muka... hehe.... eh...
awk ni la....baik sangka pulak...bukan abang kandung kot....abang lain kot.....hehe....tapi itu la awak,
sangat-sangat murni hati awak kan, ~menjaga & Husnudzan dalam segenap sangkaan yang muncul
kan....=)
….alamak...!!! awak pun terganggu lagi....awak rase mesti best kan mcm tu....awak terfikir lagi.. hati
mereka mesti asyik gembira aje.... terbelai, termamai, terbuai.... terBUAS...ops!....terbuas la pulak...
Ok2... awk tak suka kan kalau sampai mcm tu.....! ya!...nasib baik awk tak suka kan...
“Helloooo...!!!! I ingatkan you all dah kawin kalau dah sampai begitu cara nya!!!! grrr..grrrrrr...“ ~...wah...awk
bersuara dlm sindiran...hehe...nah! kene “seketul” dari awak... baru tau kan garangnya awak...
grrr~~.....Awk benar-benar bertegas dalam hal ni kan..kan..kan..... ! Hehe... bertambahlah tahap
kecomelan awak lagi.....bravo yea awak...(“,)
eh...sekejap....! keliru kan... bile awak tengok kawan awak tu macam sama ja dengan awk... pakaian &
penampilan mcm awak... ada “jawatan-jawatan” jugak kot.... bila berkata-kata di luar, dengan ramai-ramai...ayat-ayatnya “Islamik” bagai... ...tapi.....
.....tapi....emm....itukan fitrah....eh.... fitrah yang menjadi fitnah la!!!
.... bolehkah dia berkata lagi pada dirinya yang dia adalah : “Gadis solehah yang Comel?”.. ..
hmm...FITRAH dan FITNAH...
hmm... sabar yea awak.....sbb awak msti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel....kan....awak kena
jaga molek-molek diri awak tau.. sebab awak pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah ni
kan....kerana awak suka sangat-sangat dgn motivasi daripada Rasulullah... yg selalu awak sematkan
inspirasinya dengan sabda baginda..:
---------------------------------------------------
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang
solehah." (Riwayat Muslim)
-----------------------------------------------------
....alhamdulillah.....yeay! awak kembali tersenyum...awak kembali tenang...awak kembali riang...awak
kembali bersemangat....kerana awak tau... yang menjadi Insan solehah itu adalah sebaik-baik
perhiasan di dunia ini... maka awak selalulah diiktiraf sebagai yang terindah....ya awak adalah GADIS
Solehah yang COMEL! Yang Terindah! Yang teristimewa! yang paling CUN MELECUN gituuu.... :)
… ...hehe.. senyum sikit awak..! (“,)
(^^,)..(^^,)...(^^,)...alhamdulillah....
dari tadi lagi kan..asyik sebut fitrah...fitrah...fitrah....
mengapa awak senang tersentuh...? mudah untuk meminati...? mudah diganggui hatinya? mudah
dibua-buai....?
…..“sebab....awak ada hati yang sangat lembut & suka sesuatu yang mempunyai nilai yang
“cute-cute”....
betul tak awak?
disebalik cerita korea.. cokelat.....baby.....kucing...perhiasan dan lain-lain yang disebutkan tadi......
bukan sengaja dikisahkan... tapi ada falsafah yang tersirat tentang ceciri jiwa awak.... semuanya
berkait rapat dengan sesuatu yang membuatkan awak memandang dan terpengaruh akan sesuatu...
kerana itulah awak mesti kena jadi kuat...! selalu menjaga kelembutan itu dengan cangkerang
keimanan.. ketaqwaan... kesucian....sebagaimana yang telah menjadi “trademark” awak selama ini...
Dan dengan kejayaan awak menempuh jerih payah mempertahankan cangkerang itu...keindahan yg
lain pasti sedang menanti awak...
macam kisah cinta dlm cerita korea tu, cairnya hati awak macam
coklat Cadbury tu... semuanya sememangnya akan hadir jua....kerana itu kan fitrah....semestinya Allah
pasti menyempurnakan fitrah awak....... kerana... Dia jua telah ciptakan “seseorang” lagi yang turut
punyai fitrah ...tugasnya....utk sama-sama sempurnakan fitrah yg tercipta....
------------------------------------------
so...
bolehkah awak berjanji.... yang...awak hanya menanti “seseorang” itu sahaja? Yang telah dicaturkan
untuk sempurnakan fitrah-fitrah awak dalam keredhaan?... seseorang yang sebenarnya tidak ada
masa pun menjadi seorang “budak laki pencair hati” bersama SMSnya berulang-ulangan...? seseorang
yang tidak ada masa pun bersama coklat Cadburynya...? dan seseorang yang tidak pernah pandai pun
memperdaya kelembutan awak itu...?
tapi... dialah seseorang yang masanya di saat ini hanyalah melangkah dan terus melangkah
menyempurnakan misi-misi agamanya?
dia lah yang ingin selalu ingatkan awak ...
selalu bermujahadah & menantikan awak....
dan dia lah “seseorang” yang pastinya menunggu awak ....
kerana....
dialah Lelaki Soleh yang hanya inginkan awak................... si gadis solehah yg Comel! =)
ALHAMDULILLAH..MAHA SUCI ALLAH =)
(( hehe.. senyum yea awak..! BEST sangat-sangat kan Janji-janjiNYA...!))
p/s : “seseorang” tu pesan : cuba baca sekali lagi pesanan dia ini sambil mainkan lagu Bisikan Nurani, dendangan inteam tu :)

✿ Gadis Melayu



-Gadis melayu berniqab, ganjil?
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis melayu tak ‘couple’ sebelum nikah, ganjil?
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil.” - [H.R. Muslim]

✿ Rasulullah SAW



Habib Umar pernah menceritakan kepada kami dalam sebuah pengajian:

Kira2 dalam 20 tahun yang lalu, kami bertemu sendiri seorang lelaki menangis-nangis bagaikan kehilangan anak2 dan keluarga.

Jadi kami pun bertanya kepadanya…

"Apa yang membuatkan engkau menangis sebegini?"

Lelaki itu pun berkata:

"Sudah 3 hari aku tidak lihat Rasulullah saw."

Kemudian ditanya semula…

"Jadi, tiap-tiap hari engkau akan mimpi Rasulullah s.a.w?!"

Beliau pun berkata: "Setiap hari Rasulullah s.a.w hadir dalam mimpi aku. Setiap hari aku akan berselawat sebanyak 12,000 kali tapi sejak dari hari yang aku tidak mimpi Rasulullah, aku menambahnya hingga 15,000 kali."

Ya Allah… Bagaimana mereka boleh berselawat hingga mencapai ratusan ribu dalam sehari??? Lalainya aku dalam mengingatinya…

Amat menyedihkan lagi…

Bila disebut Rasulullah s.a.w, sama sekali tidak menggerakkan hati dan mulut kita pun untuk menyambut sebutan itu dengan selawat. Kedekutnya KITA! Kita fikir menyebutnya seperti menyebut orang lain.

✿ Al Fatihah



Jom fahami makna setiap perkataan dalam surah al-Faatihah :)

✿ Kerana Engkau Insan Terpilih



Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?

Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..

Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.

Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..

”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”

Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..

Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.

Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..

Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.

Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.

✿ Bunga-bunga Zina



Enam "bunga-bunga zina" ini semestinya kita elakkan sama-sekali sebelum anda terjebak dalam zina.

1) MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

2) SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang . Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

3) BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

4) HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

5) DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.

6) HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

Firman Allah: (Al-Israa':32)
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."

✿ Kasih Itu



Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.
Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.
Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.
Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie.
Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.
Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai ALLAH lebih dari segalanya.

✿ Perempuan yang suci



Perempuan yang suci adalah perempuan yang d'jaga ALLAH , tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya.. Kerana Allah begitu mencintainya..Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seseorang yang lebih banyak menyakiti kita''

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk di jaganya..

Hargailah kesempatan yang diberi oleh Allah..

''Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan kita ketika kita rasa berdosa melakukannya''

✿ Let's Follow The Sunnah

✿ Sunnah Rasulullah

✿ Past v/s Now

✿ Hak Muslim



Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Hak seorang muslim dengan muslim lainnya ada enam. Para sahabat bertanya, ‘Apa itu wahai Rasulullah SAW? Beliau menjwab, ‘apabila engkau bertemu dengannya ucapkanlah salam, apabila ia mengundangmu penuhilah, apabila ia minta nasihat darimu nasihatilah, apabila ia bersin doakanlah, apabila ia sakit tengoklah, dan apabila ia meninggal dunia maka ikutilah jenazahnya.” (HR. Muslim)

"Fahamilah tanda sayang seorang Muslim pada saudaranya ialah apabila dia menyampaikan kebenaran agar dirinya dan saudaranya itu terlepas dari azabNya di sana. Lebih indah lagi apabila mekarnya suasana berpesanpesan dengan kebenaran dan kesabaran"

Hati ini ibarat berlian yang bergemerlapan dan setiap ukhwah yang terjalin adalah penguat sinarnya. Maka, simpanlah setiap satunya di dalam hatimu. Semoga tiap ukhwah yang dibina dengan lafaz bismillah hanya akan diakhiri dengan lafaz innalillah..

✿ Jihad

✿ Teman



Untukmu yang bernama teman, 
Ingin aku hadiahkan sebaik-baik kalungan, 
Seindah-seindah anyaman, 
Dari seharum-harum bunga, 
Kerana hati yang terpahat ini, 
Saban hari semakin menyayangi, 
Nilaian yang sama-sama kita kecapi, 
Kenangan yang tak sudah-sudah kita lakari, 
Kerana aku perantau, 
Yang kerap menapak dan menjajah, 
Walau dalam makna yang sementara, 
Walau secebis semangat didada. 

Contohku adalah kamu, 
Kerana tamsilanmu adalah Rasulku, 
Manusia agung karya Ilahi, 
Pembimbing umat ke jalan abadi 
Aku ingin melihat, 
Rencana yang sama-sama kita bentangkan, 
Bersemadi dalam hati-hati manusia, 
Bersemi dalam peradaban ummah, 
Tidak akan pernah cukup, 
Apa yang kita lemparkan, 
Kerna apa yang bakal dituntut, 
Itulah yang kita khuatirkan. 

Teman Bangkitkan kembali nostalgia itu, 
Bersama ukhwah kita adun kembali, 
Demi saat yang bakal kita miliki. 
Teman, 
Jangan mudah kita menafsir, 
Mimpi indah kini, 
Yang bukan untuk dirai, 
Tetapi lihatlah ia, 
Sebagai penterjemah diri, 
Dikala kita beruzlah sunyi 
Menghadap Ilahi.

✿ 1001 Kisah Teladan


Ibrahim bin Adham berkata “Telah datang padaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya lebih takut kepada Allah SWT”. Lalu mereka berkata, “Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara iaitu:

-Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya,

-Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya,

-Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya,

-Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya,

-Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya,

-Orang yang memilih berkawan dengan orang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya,

-Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat keredhaan Allah daripadanya”