Wednesday 23 November 2011

✿ Kuliah Maghrib 19/6/2011 [Ahad]

Waktu : Selepas solat Maghrib
Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Kingfisher
Tajuk : BEDAH HADIS & TAFSIR SURAH LUQMAN (Ayat 14-15)

=========

PENGENALAN

=========


dan,

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
“Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki. Dan apa yang turun dibawah mata kaki maka bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya keranasombong, maka Allah tidak akan melihatnya.”
[Hadis Riwayat Ibnu Majah]

****
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya denganmenanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan."

[Luqman : 14-15]



========

ISI UTAMA

========



[1] Hendaklah setiap muslim menjaga adab ketika mahu menunaikan solat. Antara adabnya ialah menjaga had sarung yang dipakai ketika menunaikan solat (isbal).

[2] Untuk konsep kain labuh ini (isbal), adalah dimaafkan sekiranya tidak sengaja. Jika tidak boleh dielakkan, hinggakan terpaksa juga labuhkan kain, khususnya buat yang bertubuh kurus etc, maka hal sedemikian adalah dimaafkan

[3] Persoalan sebegini pernah berlaku kepada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, yang bimbang mendapat murka Allah kerana kain yang dipakainya terpaksa labuh. Memandangkan tubuh khalifah yang agak kurus, maka sukar untuk elakkan berlaku sedemikian. Untuk hal seperti ini, Rasulullah s.a.w. membenarkan kain itu labuh, dengan syarat tidak terlalu labuh hingga terkena tanah, dan bukan kerana sombong

[4] Islam amat menekankan aspek kebersihan ketika solat. Maka, hadis ini juga menekankan kepada kita semua agar menjaga kebersihan kain agar tidak mengganggu kualiti solat. Jika kain terlalu labuh, dibimbangi kain itu akan terkena tanah, yang mungkin turut dikotori dengan najis dan sampah yang ada di sepanjang perjalanan

****

[1] Buat baik kepada ibubapa - bercakap lembut, tidak menyakiti perasaan, dsb

[2] Seorang ibu telah bersusah-payah mengandungkan anak, kemudian semakin lama semakin susah kerana kandungan semakin besar, yang akhir sekali kesusahan ketika sedang bersalin

[3] Bersyukur kepada Allah, menghargai ibubapa sama ada masih hidup atau telah pergi

[4] Semua manusia (dan makhluk) akan kembali kepada Allah, iaitu mati. Mati tak mengira umur, tak mengira masa, tak mengira tempat. Kita tak tahu 'expired date' kita semua. Sama ada si anak yang meninggal dahulu, atau orang tua yang meninggal dahulu, semuanya rahsia Allah

[5] Ketaatan kepada kedua ibubapa ada batasnya. Tidak boleh taat keduanya pada perkara mungkar dan maksiat. Contohnya, jika si ibu menyuruh si anak agar mencuri, si anak tidak dikatakan derhaka sekiranya tidak taat kepada arahan si ibu

[6] Paling utama, tidak boleh taat dalam soal akidah (khas buat yang ada ibubapa berlainan agama). Jika kedua orang tua menyuruh si anak agar kembali kufur kepada agama selain Islam, si anak tidak boleh taat, dan seharusnya berpegang teguhlah dalam agama Islam

[7] Layanilah kedua orang tua dengan baik, walaupun berbeza dari sudut agama khususnya

[8] Setiap perbuatan yang dilakukan, tetap diketahui Allah. Walaupun amal baik/buruk itu sebesar biji sawi, yang tersembunyi di dalam batu sekalipun, tetap diketahui Allah. Segala rahsia langit dan bumi, ada di bawah pantauan Allah, tiada seorang pun boleh terlepas, hatta buat seekor burung sekalipun



======

PENUTUP
======
a) Pentingnya menjaga kebersihan semasa solat

b) Allah amat murka kepada manusia yang menyombong di bumi Allah ini

c) Kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan ibubapa. Tanpa mereka, kita tak akan lahir ke dunia

d) Semua makhluk akan kembali kepada Allah jua

e) Ada batasan tertentu dalam konsep ketaatan kepada kedua orang tua

f) Semua amal kita akan dihisab kelak, walau sekecil zarah sekalipun

Wassalam

sumber tambahan :
[1] http://ceritasekupang.blogspot.com/2010/05/larangan-isbal-melabuhkan-pakaian.html
[2]http://www.scribd.com/doc/50178568/3/KAIN-ATAU-SELUAR-LABUH-MENUTUPI-MATA-KAKI-ISBAL
[3]http://books.google.com.my/booksid=LTqM7AWDjmEC&pg=PA31&lpg=PA31&dq=hadis+sarung+rasulullah&source=bl&ots=XweYzL3aSf&sig=1cdNf2Wlt32ihZcTRFadG0d10nU&hl=en&ei=HZT-TcvBJdHhrAfjwOHaDw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CBcQ6AEwAA#v=onepage&q&f=false

No comments:

Post a Comment