Wednesday 30 November 2011

✿HY 7 : Burung

:: Komunikasi dan sistem isyarat dalam burung ::

Kajian saintifik telah mendedahkan bahawa seluruh alam hidupan, komunikasi adalah sama pentingnya seperti yang terdapat pada manusia. Kebanyakan makhluk hidup tidak mampu berucap seperti manusia, maka mereka menggunakan kaedah yang jauh berbeza untuk berkomunikasi antara satu sama lain-dan bahkan berkomunikasi dengan spesies lain. Beberapa contoh yang paling dramatik tentang ini telah ditonjolkan oleh burung.

Semua bentuk hidupan di Bumi telah diciptakan dengan sifat yang ajaib dan kemampuan yang amat menakjubkan. Kajian terhadap hanya satu spesies tunggal sudah cukup untuk mendedahkan ratusan bukti ciptaan Allah yang luar biasa.
Dalam satu ayat Al-Quran, Allah menjelaskan bahawa:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan) (Al-An’am: 38)
Burung-burung dalam ayat ini menarik perhatian kita untuk menyedari salah satu komuniti hidupan yang perlu kita kaji dan renungkan bersama.

Terdapat sekitar 10,000 spesis burung di dunia, yang masing-masing mempunyai ciri-ciri ajaib tersendiri. Di mana sahaja anda tinggal, anda boleh lihat sejumlah besar makhluk berbulu ini dan dapat mengamati sifat berbeza dan luar biasa yang ada dalam diri masing-masing dan setiap satu dari mereka. Dengan penampilan menarik mereka, mekanisma penerbangan yang tiada cela, kecekapan terhadap laluan dan tempoh penghijrahan, kemampuan untuk membina sarang dan perilaku altruistik terhadap anak mereka dan sesama mereka, burung mempunyai bukti yang tak terhitung jumlahnya tentang fakta pencipta. Salah satunya adalah kemampuan mereka untuk berkomunikasi.


Deria Pendengaran Burung

Bagi burung yang mempamerkan bakat mereka dalam berkomunikasi dengan suara, lagu-dan untuk beberapa kes burung, tuturkata- mereka memerlukan pendengaran yang sangat cekap. Pada saat-saat kritikal dalam kehidupan mereka, deria pendengaran mereka menjadi sangat penting. Eksperimen telah menunjukkan bahawa untuk burung mempelajari lagu khas dari spesies mereka sendiri, mereka memerlukan sistem maklum balas pendengaran. Hasil sistem ini, burung muda dapat belajar untuk membandingkan suara yang mereka hasilkan sendiri dengan pola lagu yang mereka telah hafal. Jika mereka pekak, biasanya itu tidak akan memungkinkan mereka untuk menyanyikan lagu-lagu yang dikenali.

Telinga burung telah dilengkapi dengan baik untuk mendengar, tetapi mereka mendengar dengan cara yang berbeza dari kita. Untuk mereka mengenali sebuah lagu, mereka harus selalu mendengarnya dalam oktaf yang sama (satu siri tujuh nota), sedangkan kita manusia dapat mengenali sebuah rentak walaupun kita mendengarnya dalam oktaf yang berbeza. Burung tidak mampu buat demikian, tapi mereka boleh mengenali warna suara-nota asas yang digabungkan dengan harmoni. Kemampuan untuk mengenali variasi warna suara dan harmonika membolehkan burung mendengar dan membalas bunyian yang pelbagai, dan adakalanya bunyi itu berkembang dan merebak.

Burung juga boleh mendengar nota yang lebih pendek dari yang kita mampu. Proses bunyian suara manusia adalah bait sekitar 1/20 per saat, sedangkan burung mampu membezakan suara-suara dalam 1/200 per saat. Ini bermakna burung lebih hebat membezakan bunyi yang tiba di sesuatu tempat dengan sangat cepat. Dengan kata lain, kemampuan burung untuk menerima bunyi adalah kira-kira sepuluh kali ganda lebih dari kita, dan untuk setiap satu nota yang didengar oleh manusia, burung boleh mendengar sepuluh nota. Selain itu, sesetengah burung juga mampu mendengar bunyi yang berfrekuensi rendah daripada kemampuan kita. Sensitiviti pendengaran mereka begitu peka hinggakan mereka boleh membezakan potongan-potongan oleh komposer terkenal seperti Bach dan Stravinsky.

Sensitiviti hebat pendengaran burung berfungsi dengan sangat sempurna. Jelas, masing-masing komponen deria ini telah dicipta oleh sistem yang khusus, kerana jika ada salah satu sistem gagal berfungsi dengan baik, maka burung tidak akan dapat mendengar bunyian sama sekali.


Bunyi Burung Bukan Secara Rawak

Biasanya, kicauan burung tidak terdiri daripada bunyi yang terhasil dengan rawak. Lagu-lagu luar biasa dalam melodi pelbagai itu mempunyai makna yang khusus, dinyanyikan untuk tujuan tertentu, dan jauh lebih kompleks daripada panggilan yang digunakan sebagai isyarat. Bunyi itu secara umumnya digunakan oleh burung jantan untuk mempromosi dan mempertahankan sesuatu wilayah, atau ketika mencari pasangan. Ini juga dipercayai bahawa lagu memberi satu fungsi sosial. Ketika pasangan sedang membina sarang mereka, mereka juga menjalin komunikasi dengan lagu. Eksperimen pada burung sangkar juga telah menunjukkan bahawa burung lebih mudah mempelajari lagu dengan kehadiran burung lain, walaupun burung itu tidak dapat dilihat dan ditempatkan di sangkar yang lain.

Burung jantan dan betina memiliki struktur otak yang berbeza, terutama di kawasan yang berhubungkait dengan pengeluaran bunyi. Dalam banyak spesis burung yang menyanyi, burung jantan boleh menyanyi, tetapi burung betina tidak boleh. Burung jantan menggunakan "lagu" untuk memanggil pasangan mereka atau menunjuk pohon, tiang, atau kabel elektrik sebagai tempat untuk bertenggek. Setiap spesies menyanyikan sebuah lagu dengan ciri khas yang tersendiri, tetapi lagu untuk setiap spesies tertentu menunjukkan variasi berdasarkan faktor umur, jantina, tahun tertentu, dan lokasi geografi yang sesuai untuk persekitaran di mana mereka tinggal. Contohnya, burung yang hidup di padang rumput menggunakan "lagu penerbangan". Demikian pula, burung yang hidup di kawasan hutan hujan atau semak buluh memiliki bunyi yang agak keras untuk mengimbangi penglihatan yang berkurang.

Jan 27, 2011



Sumber : 

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/37663/COMMUNICATION_AND_SIGNALLING_IN_THE_LANGUAGE_OF_BIRDS_

No comments:

Post a Comment