Friday 25 November 2011

✿ Bergurau Dengan Suami / Isteri



situasi 1

kadir balik dari keje. takdelah penat mane, tapi penat macam biase jela, balik keje kan. cuaca panas mesia menyebabkan kadir berpeluh jantan sedikit. kadir ketuk pintu..

kTang kTang! kadir ketuk pintu gune kuku jari telunjuk.

“assalamualaikum… sayanggg.. oo sayang.. abg balik ni.. “

“waalaikumussalam.. abang dah balik. ya Allah.. ni ape ni bau macam biawak koma ni bang? euwww..” kata samsiah sambil sebelah tangan tutup hidung, sebelah lagi cube menunjuk ketiak kadir yang basah.

“mengarut ape! makan da siap belum? abang lapar. siapkan makan pi!” kata kadir tak layan samsiah punye gurau.

samsiah tension. “cencurut punye suami. aku nak gurau pun tak leh..” kata hati samsiah.

situasi 2

kadir balik dari keje. takdelah penat mane, tapi penat macam biase jela, balik keje kan. cuaca panas mesia menyebabkan kadir berpeluh jantan sedikit. kadir ketuk pintu..

kTang kTang! kadir ketuk pintu gune kuku jari telunjuk.

“assalamualaikum… sayanggg.. oo sayang.. abg balik ni.. “

“waalaikumussalam.. abang dah balik. ya Allah.. ni ape ni bau macam biawak koma ni bang? euwww..” kata samsiah sambil sebelah tangan tutup hidung, sebelah lagi cube menunjuk ketiak kadir yang basah

kadir tiba-tiba menjatuhkan badan dalam situasi merangkak. diam. tak kata apa-apa. kepala tunduk ke bawah.

samsiah mule risau. samsiah agak yang gurauan die macam siot. panik ah die ape lagi. cemas gile samsiah.

“bang, bang.. nape ni bang??” sambil samsiah goyang2 kan badan kadir. kadir beku.

dalam tunduk, kadir berkata..

“biawak koma da sedar balikk!! woaaaarrrrhahaha!!! makan budakkk!!!” jerkah kadir sambil kejar samsiah dengan gaye biawak.

samsiah pun lari kedek2 hahaha ketawa takut ditangkap dan digomol kadir.

tamat

sense of humor

nampak tak? betapa sense of humor penting dalam rumahtangga. walaupun muke kau bekeng style warden mrsm, walaupun kau seorang pengarah syarikat, walaupun kau seorang pengutip 30sen di luar tandas bus stand, sila wujudkan sense of humor dalam hidup kau.

aku cume ingin memberitahu, kepada kau yang bergelar suami mahupun isteri, berguraulah. kau sendiri dapat agak ape kesan die kan. contoh macam situasi 1, mungkin sekali kadir makan malam sorang diri, samsiah tengok tv malas nak layan si suami. kalau situasi 2 pulak, sudah tentu kadir akan kenyang lebih dari sekadar kenyang di perut malam itu.

pesan aku, berjenakalah dengan suami/isteri kau. pun jenaka kau style tak masuk akal, kalau dah bertaun bersama, pasti lambat laun dia akan dapat terima cara kau itu.

situasi 3

“sayang, sayang reti buat bunyik kucing marah?” kata kadir spontan time tengah foreplay kunyah kuaci dengan samsiah depan tv.

“tau tau! nak dengar sayang try?” balas samsiah pantas sambil sisa kuaci tersembur dari mulutnya.

“mmmgghhhiooowwww…” sungguh-sungguh samsiah buat bunyik kucing marah sambil mukenye dikemutkan simbolik kucing marah, tangan posing style nak cakar. memang huduh zahirnya.

“mendelah sayang ni. tak reti cakap jela tak reti. mane ade kucing pelat R.. huhh!” balas kadir sambil buat muke tak layan sebab ape yang dibuat samsiah tak menepati citarasenya. memang sungguh samsiah pelat R.

“mentibang punye suami.. dah untung aku layan lawak bunguk kau..” getus hati samsiah bengang.

situasi 4

“sayang, sayang reti buat bunyik kucing marah?” kata kadir spontan time tengah foreplay kunyah kuaci dengan samsiah depan tv.

“tau tau! nak dengar sayang try?” balas samsiah pantas sambil sisa kuaci tersembur dari mulutnya.

“mmmgghhhiooowwww…” sungguh-sungguh samsiah buat bunyik kucing marah sambil mukenye dikemutkan simbolik kucing marah, tangan posing style nak cakar. memang huduh zahirnya.

“coomellll!!! sayang abang comellll! haha. kucing abang yang pelat R ni cumel laaa..” kata kadir sambil merangkul samsiah.

samsiah ketawa sambil dalam hati rase bahagia dipuji comel. terus dicakar-cakar suaminya itu dengan cakar harimau, bukan kucing lagi.

tamat.

contoh yang agak bangang. bukan agak, tapi memang.

selalu memuji

ye, selain sense of humor, kau jugak perlu sifat suke memuji. lagi-lagi kepada insan yang sentiasa bersama dengan kau. tak kisahlah ape yang dia buat, selagi ade point untuk kau puji, pujilah!

bangun tidur, kau cium suami/isteri kau dan puji bau die wangi.. pun bau belacan ngan bau serbuk kunyit berkesinambungan..

isteri kau masak sedap, puji lebih2 sikit.. tak sedap pun kau kate je sedap.. tapi, lebih sedap kalau buat camni camtu kau nasihat elok-elok.. indah bukan?

suami kau pandai cuci tandas, kau kipas kuat sikit.. sampai bakteria e-coli pakat taknak duduk kat najis lagi lah kire punye bersih ngan wangi tandas kau tu..

isteri kau pandai iron baju, puji kaw piaw sikit.. cakap boleh luke sape kena baju yang die gosok tu.. punyelah tajam..

ape jua, isteri/suami kau terer ape sekalipun, biasekan memuji. hatta isteri kau buat bunyik kucing pelat R sekalipun, puji je comel.

sebab dalam rumahtangga, pujian mampu mendatangkan bunga dalam hati. bila bunga ade dalam hati, kebahagiaan, keserasian, keindahan akan wujud insyaAllah.

so, kali ni kau telah belajar 2 benda penting, iaitulah perlunya sense of humor, dan selalu memuji. amal2kan dan selamat merenunginyepun!

No comments:

Post a Comment