Wednesday 26 December 2012

✿ ANDAI HARI INI AKU DIMAKAMKAN



Hari ini ku mati, 
Perlahan... 
Tubuhku ditutup tanah. 
Perlahan... 
Semua pergi meninggalkanku... 

Masih terdengar jelas langkah² terakhir mereka, 
Aku sendirian, 
Di tempat gelap yang tak pernah terbayang, 
Sendiri, 
Menunggu pertanyaan malaikat... 

Belahan hati, 
Belahan jiwa pun pergi. 
Apa lagi sekedar kawan dekat atau orang lain. 
Aku bukan siapa-siapa lagi bagi mereka... 

Sanak keluarga menangis, 
Sangat pedih, 
Aku pun demikian, 
Tak kalah sedih... 

Tetapi aku tetap sendiri, 
Di sini, menunggu perhitungan. 
Menyesal sudah tak mungkin. 
Tobat tak lagi dianggap, 
Dan maaf pun tak bakal didengar, 
Aku benar-benar harus sendiri... 

Ya Allah... 
Jika Engkau beri aku 1 lagi kesempatan, 
Jika Engkau pinjamkan lagi beberapa hari milik-MU, 
Untuk aku perbaiki diriku, 
Aku ingin memohon maaf pada mereka... 

Yang selama ini telah merasakan dzalimku, 
Yang selama ini sengsara karena aku, 
Tersakiti karena aku... 

Aku akan kembalikan jika ada harta kotor ini yang telah kukumpulkan, 
Yang bahkan kumakan, 
Ya Allah beri lagi aku beberapa hari milik-Mu, 
Untuk berbakti kepada Ayah & Ibu tercinta... 

Teringat kata-kata kasar & keras yang menyakitkan hati mereka, 
Maafkan aku Ayah & Ibu, mengapa tak kusadari betapa besar kasih sayangmu, 

Beri juga ya Allah aku waktu untuk berkumpul dengan keluargaku, 
Menyenangkan saudara-saudaraku.. 
Untuk sungguh-sungguh beramal soleh. 

Aku sungguh ingin bersujud dihadapan-Mu lebih lama lagi.. 
Begitu menyesal diri ini. 
Kesenangan yang pernah kuraih dulu, 
Tak ada artinya sama sekali... 

Mengapa kusia-siakan waktu hidup yang hanya sekali itu...? 
Andai aku bisa putar ulang waktu itu... 

Aku dimakamkan hari ini, 
Dan ketika semua menjadi tak termaafkan, 
Dan ketika semua menjadi terlambat, 
Dan ketika aku harus sendiri... 
Untuk waktu yang tak terbayangkan sampai yaumul hisab & dikumpulkan di Padang Mashar... 

Puisi Almarhum "Bang Remy Soetansyah," wartawan senior. wafat 30 Oktober 2012

Saturday 15 December 2012

✿ Tutup AURAT


Oleh Dr Harlina Halizah Siraj 

DALAM membicarakan persoalan cara pakaian wanita dan kaitannya dengan jenayah seksual adalah satu lagi pandangan mengenainya. Ia adalah jenayah seksual melambangkan perlanggaran terang-terangan terhadap peraturan seimbang yang terkandung dalam Islam, yang perlu dipatuhi oleh lelaki dan wanita dalam masyarakat.

Penyelesaiannya adalah interaksi lelaki dan wanita mestilah kembali kepada penghayatan yang didasarkan kepada asas Islam yang sahih.

Asas itu adalah:

# Hubungan habbunminnas antara lelaki perempuan adalah diasaskan atas dasar ukhuwah dan persaudaraan, penuh rasa hormat dan saling bantu membantu ke arah iman dan takwa.

# Tanggungjawab moral terpikul sama beratnya di atas bahu lelaki dan wanita dalam masyarakat. Dalilnya surah an Nur, ayat 30 dan 31. Lebih penekanan harus diberikan kepada pemahaman dan penghayatan ayat 30 sekarang ini (untuk lelaki beriman) – bagi mengimbangi penekanan yang selama ini yang hanya memberikan tumpuan kepada wanita semata-mata.

Lelaki bertanggungjawab sepenuhnya mengekang nafsu syahwatnya melalui banyak cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

# Kejelasan mengenai perkara asas seperti apa itu kecantikan dan aurat, terutama di kalangan wanita Islam hari ini.

Aurat meliputi anggota badan manusia yang berkaitan dengan reproduksi.

Kecantikan pula terbahagi kepada dua iaitu haiwaniah dan insaniah. Kecantikan haiwaniah tertumpu kepada anggota reproduksi. Kalau melihat haiwan seperti kambing dan lembu yang tidak perlu menutup aurat, genitalia yang terdedah perlu untuk menarik perhatian pasangan kepadanya. Seterusnya berlaku kopulasi atau persetubuhan yang akan menghasilkan zuriat keturunan.

Ia adalah proses asas survival dalam kerajaan binatang. Siapa yang paling cantik dan menarik akan mempunyai peluang untuk membiak. Dengan itu, kita boleh memahami mengapa babun mempunyai punggung merah, kenapa burung merak jantan mempunyai bulu yang sungguh memukau dan berwarna warni?

Namun bagi manusia, kita mesti menilai kecantikan dari sudut insaniah dan nilai Ilahi. Kecantikan insaniah hanya dianugerah kepada manusia yang tinggi dan mulia tarafnya.

Dengan adanya konsep aurat yang diperkenalkan seawal penciptaan manusia pert ama, Nabi Adam, manusia menutup anggota reproduksi lantaran nasab keturunan manusia amat perlu dijaga dan diurus sebaik mungkin.

Perasaan malu secara fitrah diwujudkan dalam jiwa manusia normal, apabila auratnya terdedah.

Kecantikan haiwaniah diganti dengan nilai kecantikan insaniah yang dicirikan dengan kesopanan (modesty). Bilakah pula kita boleh tonjolkan kecantikan haiwaniah kita? Masa bersama dengan pasangan yang sah dalam lingkungan dinding kamar tidur bagi memastikan adanya penerusan zuriat manusia.

Jadi jika ada wanita atau lelaki yang keluar ke khalayak umum mendedahkan kecantikan haiwaniahnya, jangan terkejut jika kopulasi atau persetubuhan haram akhirnya berlaku (sama ada dengan rela atau tidak). Ketika itu perlakuan manusia berkenaan tidak ubah seperti seekor haiwan.

# Wanita Islam perlu membetulkan niatnya atau nawaitunya. Dia TIDAK mengenakan pakai an menutup aurat kerana semata-mata mahu menjaga kepentingan iman lelaki. Tanggungjawab menjaga dan meningkatkan iman adalah urusan setiap INDIVIDU.

Begitu juga kaum lelaki, lazimnya mereka tidak mengenakan pakaiannya yang menutup aurat kerana niat semata-mata perlu menjaga iman kaum wanita. Maka wanita Islam juga tidak melilit tudungnya dengan memasang niat di dalam hati: "Saya perlu berbuat begini agar lelaki di luar sana tidak akan terliur melihat tubuh badan saya dan gugur iman dan serbannya."

Kita, wanita menutup aurat dan sanggup melakukan apa saja untuk mematuhi perintah Allah yang mengandungi terlalu banyak hikmah dan kebaikannya. Kita buat ini semua ini bukan kerana orang lelaki.

Kita menutup aurat sebab iman dan takwa. Kita tidak merokok sebab iman dan takwa. Kita tidak simpan perempuan sebab iman dan takwa. Kita tidak minum arak dan tidak makan babi, semuanya itu kita buat sebab kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kadangkala apabila kita menggunakan alasan saintifik untuk menyokong alasan kita, maka orang yang berfikiran liberal akan sedaya upaya berusaha menumbangkan `teori' kita.

Contohnya, mengaitkan aurat dengan rogol. Apabila kita kata menutup aurat akan mengurangkan jenayah rogol. Say a pasti banyak dokumen berasaskan penyelidikan dan kajian kes dilonggokkan untuk melemahkan kita dan memalukan Islam.

Sekiranya dengan wanita menutup aurat, peluang dan tarikan syaitan kurang menyerlah di hati lelaki untuk mencabuli kehormatan wanita berkenaan, tentu sekali itu adalah bukti kepada hikmah yang ditetapkan oleh Allah yang bertanggungjawab memelihara hamba-Nya. Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan iman dan kegerunan terhadap azab serta kemurkaan Allah mestilah ditingkatkan dalam diri setiap insan. Barulah masyarakat akan terjamin dari sebarang perlanggaran hak dan sebarang bentuk jenayah akan dapat dibendung.

Saturday 8 December 2012

✿ Alkisah pengunting rambut…

Kamal seorang pengunting rambut. Beliau menghadapi banyak masalah kehidupan sehingga imannya goyang dan menjauhikan diri daripada masjid. Ustaz Haron adalah salah seorang pelanggan tetapnya.

Satu hari semasa menggunting rambut Ustaz Haron, Kamal bertanya, “Ustaz, betul ke Allah wujud?”

“Mengapa Kamal bertanya begitu?” tanya Ustaz Haron.

“Err… jika kita pergi ke luar ustaz, ana tak dapat lihat kewujudan-Nya. Jika Allah wujud, mengapa ramai yang sakit? Mengapa ada kanak-kanak yang diabaikan? Jika betul Allah wujud, sepatutnya manusia tidak akan merasa seksa susah dan kesakitan,” kata Kamal.

Ustaz Haron tidak menjawab apa-apa. Setelah habis menggunting rambut, Ustaz Haron keluar daripada kedai Kamal dan mencari seorang lalu-lalang yang rambutnya tidak teratur, kotor dan janggutnya tidak dijaga.

“Kamal, datang. Pengunting rambut tak wujud di dunia ini,” kata Ustaz Haron.

“Mengapa ustaz kata begitu, ana baru sahaja habis gunting rambut ustaz,” tanya Kamal.

“Tidak,” kata Ustaz Haron. “Jika pengunting rambut wujud, takkan muncul orang seperti dia yang berambut tidak teratur, kotor dan janggutnya tidak dijaga.”

“Tapi ustaz, pengunting rambut wujud di sini. Ana orangnya. Cuma mereka tak datang ke kedai ana,” kata Kamal.

“Tepat sekali. Begitu juga dengan Allah, ia ada di mana-mana. Orang yang dalam kesusahan dan kesakitan di luar lupa mencari Allah untuk pertolongan. Sebab itu wujud banyak kesusahan dan kesakitan di dunia ini,” jelas Ustaz Haron.

Kamal terdiam dan selepas itu, mula kembali ke masjid dengan kerap untuk mendalami ilmu agama bersama Ustaz Haron selepas itu.

Senyum.

Sunday 25 November 2012

✿ Wawancara Syria

Sudah setahun berlalu revolusi di Syria yang dicetuskan pada Mac 2011. Kebangkitan rakyat yang pada mulanya itu atau dikenali sebagai revolusi kini bertukar menjadi penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat yang mahukan demokrasi dan keadilan kepada negara itu. Bagi mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkaitan ini, Unit Penerangan & Penerbitan DPM (MAQAZ) Shoubra telah berkesempatan untuk mewawancara bersama Kordinator Kempen Prihatin Syria yang ditubuhkan oleh PMRAM saudara Muhammad Abdul Malik Abdul Karim pada 23 Februari 2012 yang lepas. Beliau juga merupakan Penasihat PMRAM dan Ketua Sekretariat Solidariti Mahasiswa Asia Tenggara di Mesir. Semoga dengan sedikit usaha ini dapat memberi penjelasan kepada kita berkenaan apa yang berlaku di Syiria sekarang . 
 
 
1. Jika dilihat kepada laporan di media sekarang ini, rakyat Syria sekarang ibarat berada di bumi asing, pembunuhan berlaku cukup-cukup menyayat hati bagi sesiapa yang melihatnya. Untuk itu bolehkah Ustaz jelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria sekarang ini?
 
Sebenarnya apa yang berlaku di Syria hari ini adalah penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai, bukan lagi revolusi. Kebangkitan mereka bagi melaksanakan tuntutan jihad yang paling besar iaitu seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Jihad yang paling afdhal adalah menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.” Mereka bangkit setelah dizalimi lebih 40 tahun. Mereka bangkit demi menuntut sebuah kebebasan dan demokrasi. Keadilan dan hak seorang warganegara yang terlalu dinafikan hak terutama dalam soal politik dan pemerintahan. Bagi saya, revolusi di Syria ia amat berbeza dengan revolusi yang berlaku di Tunisia, Libya dan di Mesir. Syria terpaksa mempersembahkan ribuan rakyatnya sebagai ganti kepada makna sebuah kebebasan. Mereka keluar ke jalan-jalan raya tanpa senjata bahkan keluar secara aman berhadapan dengan tentera-tentera rejim yang amat kejam dan dilengkapi pelbagai kemudahan senjata. Tetapi mereka tetap tabah meneruskan perjuangan sekalipun usia revolusi mereka sudah menjangkau setahun. Ketabahan mereka khasnya kepada penduduk di Baba ‘Amru dalam wilayah Homs yang dikepung dan digempur sejak sebulan lalu dikagumi oleh dunia.
 
 
2. Siapakah sebenarnya Bashar Assad dan adakah beliau yang menjadi punca sebenar kepada kezaliman yang berlaku di Syria sekarang atau ada tangan lain lagi yang menjadi dalang disebalik pembunuhan dan penyeksaan yang berlaku di Syria sekarang?
 
Bashar Al-Asad adalah penerus kepada dinasti keluarga Al-Asad yang diasaskan oleh bapanya, Hafez Al-Asad. Basyar mempunyai abang, Basil tetapi meninggal dunia dalam satu kecelakaan jalan raya pada tahun 1994 yang dirancang demi kepentingan politik Basyar. Basil seorang yang amat berlainan watak dengan bapa dan adiknya, Basyar. Basil dilihat cenderung kepada agama bahkan sering mengundang para ulamak menyampaikan pengajian di istana. Basyar seorang doktor mata. Selepas kematian bapanya pada tahun 2000, Basyar dilantik menjadi Presiden. Tetapi malangnya dia tidak mempunyai pengalaman dalam politik. Ini menyebabkan dia melantik ahli keluarganya menjadi pembantunya. Antaranya ialah adik lelakinya, Maher Al-Asad yang dilantik sebagai Ketua Tentera, Atif Najib sebagai Ketua Pasukan Polis di Dar’a selain banyak mendengar pandangan dari ibunya, Anisah Makhluf. Latarbelakang keluarga Al-Asad ini berpegang kepada fahaman sekular dan menganut Syiah Nusairi. Tidak hairan, terdapat satu pendedahan bahawa ibunya sering menjadikan fatwa dan pandangan pemimpin tertinggi Syiah di Iran, Ayatullah Ali Khomeini sebagai rujukan keluarga mereka dalam mentadbir negara. 
 
Sebenarnya Syiah Nusairi ini telah disepakati ulamak Sunni bahawa Syiah ini telah keluar dari Islam berdasarkan kepercayaan mereka yang telah menyimpang dari aqidah Islam sebenar. Sebagai contoh, kalangan mereka ini yang menyembah matahari, bulan bahkan awan kerana menganggap Ali bin Talib r.anhu itu berada di atas makhluk yang disebutkan tadi. Bahkan jika diperhatikan tiada satu pun bermula dari aqidah hingga syariat yang boleh disamakan antara Sunni dengan Syiah Nusairi. Pemujaan mereka terhadap Ali dan isterinya, Fatimah Az-Zahra’ hingga mencapa tahap Ali adalah Tuhan sudah cukup menjadikan mereka syirik. Ini belum lagi dilihat cacian mereka terhadap para sahabat Nabi s.a.w, kebencian terhadap Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab, mencerca isteri Rasulullah, Aisyah dan Hafsah. Belum lagi dilihat dari sudut menambah surah-surah palsu dalam Al-Quran kononnya terdapat surah yang menjadi bukti Allah melantik Ali sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dan pelbagai penyelewengan lain. Senjata utama mereka yang cukup berbahaya ialah taqiyah. Ramai tidak mengetahui, taqiyah ini digunakan oleh Syiah bagi tipu muslihat mereka. Taqiyah bermaksud lakonan atau mudahnya lidah bercabang. Bagi Syiah, taqiyah ini adalah harus bagi mereka. Sebagaoi contoh, menghalalkan darah Nasibi atau “musuh Ali dan keluarganya” yang ditujukan kepada pengikut Sunni. Jika ditanya, mereka tidak akan mengaku bahkan mengatakan ia adalah fitnah kepada Syiah akan tetapi jika dirujuk kepada kitab-kitab muktabar mereka, ada disebut dengan jelas. Boleh rujuk kitab “Usul Al-Kafi” oleh Al-Kailani, El-Istibsor atau Man La Yahdurul Faqih yang ditulis oleh ulamak-ulamak mereka.
 
Oleh sebab itu, tidak hairan pada Selasa lalu, kumpulan ulamak yang diketuai oleh Dr.Ali As-Salus mengeluarkan fatwa bahawa Basyar sudah kafir dan darahnya sudah halal untuk dibunuh.
 
 
3. Bagaimanakah sejarah dan sistem pemerintahan keluarga Asad di Syria?
 
Sejarah lebih 30 tahun  Syria di bawah rejim Hafiz Al-Asad menyaksikan terlalu banyak kezaliman yang dilakukan. Perkara pertama yang dilakukan oleh rejim Hafiz ialah menjatuhkan kepimpinan Sunni yang berada di sekelilingnya dan menaikkan golongan Syiah sebagai peneraju di kementerian-kementerian utama. Selepas itu, Syria menyaksikan pengaruh Ikhwan Muslimin berkembang yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh seperti Dr.Mustafa Siba’ie, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah , Syeikh Sa’id Hawa dan Dr.Munir Ghadban.Apabila melihat pengaruh Ikhwan Muslimin sudah berkembang, rejim Hafez telah melakukan pindaan pada perlembagaan negara itu dengan memasukkan fasa baru yang menyatakan dengan jelas iaitu sesiapa yang menyertai pertubuhan Ikhwan Muslimin maka hukumannya ialah hukuman mati. Gerakan dan kegiatan Ikhwan Muslimin diharamkan. Ini kerana selain berpegang dengan aqidah Syiah Nusairi, Hafez seorang sekular bahkan memperjuangkan dasar sosialis melalui partinya, Parti Kebangkitan Sosialis Arab. Parti ini diasaskan pada tahun 1947 dengan memperjuangkan dasar sosialis dengan matlamat utama; Bekerja demi mencapai perpaduan, kebebasan dan sosialisme. Slogannya ialah “Bangsa Arab yang satu dengan risalah yang berkekalan”.Kepimpinannya pula terdiri daripada tiga golongan:

Pertama: Yahudi
Kedua: Syiah ‘Alawiyyin
Ketiga: Golongan Sunni yang berfahaman sekular
 
  Paling kejam apabila pada tahun 1982, Hafez Al-Asad bertindak ke atas penduduk di wilayah Hama melalui operasi ketenteraan yang digelar “operasi bumi hangus”. Ini kerana pada serangan ketenteraan selama 27 hari itu, tentera Syria atas arahan Hafez telah menggunakan kelengkapan perang seperti meriam bagi menyerang penduduk kampung yang tidak memiliki apa-apa senjata. Operasi ini yang diketuai oleh adik Hafiz sendiri iaitu Rif’at telah mengorbankan lebih 40 ribu nyawa muslim Sunni. Itu penyembelihan yang besar, belum dilihat penyembelihan kecil yang dilakukan. Sebagai contoh, pembunuhan di sebuah perkampungan di Halab yang dilancarkan pada pagi Hari Raya Aidilfitri tahun 1980. Ketika rakyat baru selesai menunaikan solat Aidilfitri, segerombolan tentera di bawah Jeneral Hashim Ma’ala telah mengepung kampung tersebut dan membunuh lebih 40 orang penduduk. Satu lagi contoh kekejaman Hafez diceritakan oleh seorang ulamak, Dr.Riyadh Abdullah. Katanya, Al-Marhum Sa’id Hawa pernah memberitahu beliau bahawa terdapat sebuah kubur yang lebarnya 10 meter yang Hafez menanam rakyatnya hidup-hidup. 
 
  Sejak peristiwa-peristiwa kejam tersebut, rakyat Syria sentiasa dibelenggu dengan ketakutan yang maha dahsyat. Mereka tidak berani menegur dan mengkritik Presiden bahkan dalam keluarga pun, seorang ayah tidak berani bercakap soal politik negara dengan anak dan begitulah sebaliknya. Bahkan terdapat kisah mereka yang mengkritik Presiden boleh dipenjara hingga 6 bulan. 
 
  Dalam masa yang sama, Hafez cukup menikus dengan Israel. Sejarah telah membuktikan bagaimana Bukit Golan yang menjadi hak Syria boleh terlepas kepada Israel dengan begitu mudah walaupun kononnya media negara menonjolkan Hafez seorang wira apabila melancarkan peperangan ke atas Israel tahun 60-an bagi merampas tanah Golan. Tetapi sebenarnya itu hanyalah lakonan Hafez apabila Israel dengan mudah merampas Bukit Golan dan hingga hari ini sebutir peluru tentera, Syria tidak lepaskan kepada Israel. 
 
Hafez sebenarnya bukan membenci Ikhwan Muslimin tetapi membenci dan memusuhi Islam Sunni. Sebagai contoh di zamannya, Hafez mengeluarkan perintah kepada Kementerian Wakaf supaya tidak membenarkan masjid-masjid di Syria mengadakan pengajian bahkan selepas solat, masjid mesti ditutup.
 
4. Jika dilihat kepada revolusi Mesir hanya memakan masa 18 hari, begitu juga di Tunisia dan Libya yang menyaksikan kejatuhan rejim masing-masing. Di Syria, adakah terdapat dalang di sebalik rejim Syria yang menyebabkan rejim mampu bertahan?
 
Masa yang begitu lama di Syria berbanding dengan Mesir dan lain-lain antaranya kerana faktor tentera. Perlu diingat, tentera Syria diketuai oleh adik kandung Basyar iaitu Maher. Selepas dilantik Presiden Syria pada tahun 2000, Basyar tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran kerana dia hanya seorang doktor dan ayahnya tidak melatih dirinya untuk menjadi politikus. Maka, dia terpaksa melantik orang yang dipercayainya dari kalangan keluarganya membantunya dari sudut pentadbiran. Maka dilantik adiknya sebagai ketua tentera, sepupunya Atif Najib sebagai ketua polis wilayah Dar’a selain tiga orang iparnya iaitu Asif Syaukat, Muhammad Nasif dan Abdul Fattah Qudsiyah.
 
  Selain faktor kekuatan ketenteraan, sokongan Iran dan Hizbullah juga membantu Syria. Saya menyatakan demikian kerana terdapat bukti yang kukuh penglibatan Iran. Seperti yang kita maklum, Iran dan Hizbullah ini adalah Syiah. Dalam fahaman Syiah, kuasa atau wilayah itu merupakan perkara yang usul bukan furu’. Maka mereka akan mempertahankan bermati-matian kerajaan Syiah mereka sekalipun terpaksa menumpahkan darah. Terdapat tentera Syria yang berpaling tadah ini menangkap beberapa individu yang membantu tentera rejim. Apabila disiasat didapati mereka adalah tentera Iran yang masuk membantu rejim Syria. Begitu juga ‘wayang’ yang cuba dimainkan oleh Iran dalam mendalangi revolusi di Bahrain. Kita dikejutkan dengan berita kononnya angin perubahan dan revolusi sudah bertiup ke negara Bahrain. Bahrain adalah dipimpin keluarga beraja Sunni. Sebenarnya, berita revolusi di Bahrain adalah tidak benar. Apa yang berlaku ialah hanya beberapa kerat pemuda-pemuda Syiah Bahrain yang mencetuskan kekacauan di ibu negara, Manama. Minggu lalu, mereka menyerang balai polis menggunakan senjata api. Apabila berjaya diberkas, senjata di rampas didapati senjata tersebut buatan negara Iran. 

Ini wajah sebenar pimpinan Syiah Iran yang sebenarnya menggunakan nama Islam sebagai alat dan propaganda mereka untuk memancing kepada fahaman Syiah mereka. Jumaat lalu, satu lagi kenyataan berbentuk provokasi dikeluarkan oleh ulamak Syiah mereka, Ayatullah Ahmed Jannati sewaktu berucap di Universiti Tehran menyatakan “Wajib ke atas Syiah untuk memasuki Syria dan berjihad bersama-sama pemerintah Syria hingga Syria tidak jatuh ke tangan musuh Ahlul Bait.” Apakah maksud kalimah ini? Siapa yang dimaksudkan dengan “musuh Ahlul Bait iaitu keluarga dan keturunan Rasulullah?” Bagi Syiah, musuh Ahlul Bait ialah golongan Nasibi atau mudahnya adalah Sunni. Bagi mereka, mempertahankan rejim Syria hari ini adalah jihad yang amat besar. Ekoran fatwa jahat ini, pada hari berikutnya, pertubuhan pembangkan menerima maklumat lebih 10 buah bas yang sarat dengan pengikut Syiah dari Iraq iaitu tentera Mahdi telah memasuki Syria bagi memerangi rakyat yang menuntut Basyar dijatuhkan. 
 
  Kedua, saya ingin jelaskan pendirian Hizbullah dalam kebangkitan rakyat Syria. Di awal revolusi, pemimpin mereka, Hasan Nasrallah menyatakan bahawa Hizbullah menyokong revolusi yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman kecuali Syria. Lebih menyedihkan, beberapa minggu lalu Nasrallah mengeluarkan kenyataan “tiada apa-apa yang berlaku di Homs” sedangkan dunia dapat menyaksikan betapa pembunuhan ke atas rakyat dilakukan saban hari di wilayah Homs, bagaimana Nasrallah boleh membutakan matanya dengan menyatakan tiada apa-apa yang berlaku? Sukacita saya mengingatkan teman-teman agar jangan tertipu dengan lakonan Islamik yang ditunjukkan oleh Hizbullah atau Iran. Terlalu banyak pendedahan yang dilakukan oleh bekas kumpulan Hizbullah atau bekas pengikut Syiah Iran yang mendedahkan kegiatan mereka sebenarnya. Sebagai contoh, sebuah buku bertajuk “Apa yang anda tahu tentang Hizbullah?” ditulis oleh Ali As-Sodiq, penulis mendedahkan petikan sebuah akhbar “Al-Anba” bilangan 8630 yang diterbitkan pada 27 Mei 2000 kenyataan Hasan Nasrallah menyatakan “Kami sama sekali tidak akan menyertai sebarang operasi ketenteraan menentang Israel bagi tujuan membebaskan Al-Aqsa”.
 
5. Dalam menghadapi revolusi bagi menjatuhkan kerajaan Bashar Assad di Syiria sekarang ini, tidak adakah kuasa-kuasa besar dunia seperti PBB dan Liga Arab yang betul-betul membantu rakyat Syiria dalam menentang dan menjatuhkan pemerintahan rejim Syiria ini?
 
Hingga kini, tiada apa yang boleh diharapkan kepada dunia. Liga Arab, Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mereka hanya bersandiwara kononnya akan membantu rakyat Syria. Dalam hal ini, kita boleh memuji negara Turki yang menjadi jiran kepada Syria. Kerajaan pimpinan Tayyib Erdorgan kerap mengkritik rejim Syria bahkan membuka pintu sempadan negara untuk dijadikan khemah pelarian bagi rakyat Syria. Menteri Luarnya, Dawud Ughlu sendiri dilihat turun ke khemah-khemah pelarian membelai rambut kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman Basyar. Negara Saudi sendiri juga dilihat memberikan bantuan moral kepada Syria melalui rajanya, Raja Abdullah. Begitu juga terdapat cadangan dari Qatar yang menggesa negara Arab menghantar pasukan keamanan bagi memelihara keselamatan rakyat Syria. 
 
Juga terdapat usaha PBB membentangkan usul di Majlis Keselamatan bagi menggesa tekanan lebih berat dikenakan kepada Basyar tetapi malangnya Russia dan China menggunakan kuasa veto menghalang usul tersebut diluluskan. Lebih mengecewakan, Menteri Luar Russia memberikan amaran kepada Qatar jika negara Qatar meneruskan cadangan menghantar tentera ke Syria, “Qatar akan dipadamkan dari peta dunia” satu kenyataan ugutan. 
 
  Dalam hal ini, Hamas juga menunjukkan sokongan kepada revolusi rakyat Syria. Pendirian Hamas sebelum ini ditunggu-tunggu dunia kerana Syria dan Iran adalah sekutu Hamas yang banyak memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Bahkan Ketua Biro Politiknya, Khaled Mash’al juga mendapat perlindungan di Damsyik.

Buat masa ini juga, tiada kumpulan Islam yang betul-betul serius dalam menangani isu ini. Mungkin kerana masing-masing fokus kepada isu dalaman masing-masing, sebagai contoh Ikhwan Muslimin Mesir yang baru dapat menguasai Parlimen dan bakal berhadapan dengan Pilihanraya Presiden dan pindaan terhadap Perlembagaan Mesir. Begitu juga negara-negara atau kerajaan Arab lain, mereka sepakat mengutuk tindakan kezaliman Basyar tetapi tiada tindakan susulan dilakukan.
 
 
6. Apakah sumbangan terbaik yang kita dapat berikan kepada ummat Islam di sana  sekarang ini?
 
Sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin melahirkan rasa dukacita terhadap laporan berita di Malaysia yang sedikitpun tidak membayangkan keadaan sebenar. Televisyen Malaysia telah melabelkan pejuang revolusi di Syria sebagai “pemberontak”. Apa beza dengan Basyar? Basyar melabelkan rakyatnya yang menuntut kebebasan ini sebagai “pengganas”. Lebih menyedihkan ada yang menganggap penyembelihan di Syria adalah ‘propaganda’. Saya tidak faham, apakah yang dimaksudkan dengan propaganda. Adakah pengeboman ke atas Homs hari ini propaganda? Adakah Masjid Khalid Al-Walid di Homs yang dibom beberapa hari lalu propaganda? Adakah tentera rejim yang memukul dan memaksa rakyatnya yang beragama Islam menukar syahadah kepada “Lailaha Illa Basyar” adalah propaganda? Adakah seorang kanak-kanak wanita bernama Marwah yang disembelih dan hanya menampakkan kepala sewaktu dikebumikan adalah propaganda? Adakah serangan tentera rejim yang memutuskan bekalan elektrik dan kemudian masuk menyerang dan membunuh pesakit dan doktor perubatan di Hospital Doma dan Homs beberapa minggu lalu adalah propaganda? Tidak, mereka sebenarnya tidak mendapat maklumat sebenar. Media dikuasai oleh pihak musuh dan musuh akan memastikan berita yang tepat tidak akan sampai. Maka antara tindakan yang boleh kita lakukan ialah:

Pertama: Sebaran maklumat. Saya mohon semua menggunakan kecanggihan teknologi hari ini bagi menyebarkan maklumat kepada mereka yang hampir dengan kita khasnya keluarga dan kawan-kawan di Malaysia. 

Kedua: Kewangan. PMRAM sendiri telah melancarkan Kempen Prihatin Syria dan menubuhkan tabung khas bagi membantu rakyat Syria. Maka kewajipan kita menghulurkan bantuan kewangan.

Ketiga: Membantu dari sudut memperbanyakkan doa, solat hajat dan bacaan qunut nazilah pada setiap solat fardhu. Lakukan di rumah bersama kawan-kawan atau di markaz PMRAM cawangan masing-masing. 
 

7. Pesanan Ustaz kepada semua
 
Saya ingin berpesan kepada para penuntut ilmu khasnya di Mesir agar mendalami aqidah Islam yang kita anuti hari ini iaitu aqidah Ahlus Sunnah wal jamaah serta berhati-hati terhadap aqidah yang memesongkan kita dari ajaran Islam yang sebenar. Apatah lagi fahaman yang mencerca para sahabat Nabi serta isteri-isteri kesayangan Rasulullah s.a.w seperti Syiah. Lebih-lebih lagi kita yang mendokong manhaj Al-Azhar yang jelas mengambil Ahlus Sunnah wal jamaah sebagai pegangan. Selain mendalami ilmu turath dan semasa, saya mengesyorkan supaya siswa dan siswi mengkaji sedikit sebanyak pemikiran fahaman yang menyimpang ini kerana ia cukup membahayakan umat Islam. Pendirian kita terhadap Ahlul Bait iaitu keluarga dan keturunan Rasulullah dalam hal ini mesti jelas. Kita tidak pernah memusuhi Ali dan keluarganya bahkan kita menyayangi dan wajib menghormati Ali dan semua sahabat Rasulullah s.a.w yang mempunyai kelebihan masing-masing. Bahkan menyayangi ahli keluarga Rasulullah adalah kewajipan dan perintah oleh Allah dan RasulNya. Akan tetapi perlu diingat, menyayangi mereka bukan hingga memuja dan mendewa-dewakan mereka. Saidina Ali dan Fatimah juga berlepas diri dari sebarang pemujaan yang dilakukan oleh pelampau mereka. Banyak kitab ditulis oleh ulamak yang menjawab tohmahan Syiah contohnya Dr.Muhammad Imarah, seorang tokoh pemikir Islam. Selain itu, Al-Marhum Syeikh Said Hawa juga telah menulis buku bertajuk “Khomeini: Pelik dari Sudut Aqidah, Pelik dari Sudut Pendirian” yang mempersoalkan beberapa pendirian Syiah yang dipelopori oleh Khomeini selepas mengasaskan negara Islam ala-Syiah di Iran tahun 1979. Jika Syiah satu fahaman yang tidak membahayakan fikrah Islam dan umatnya, kenapa perlu Al-Marhum seorang tokoh Sufi yang Haraki menulis buku seumpama itu.
 
Sebagai penutupnya  Ustaz Abdul  Malik meninggalkan kita dengan persoalan yang kita sendiri yang harus menjawabnya sebagai ummat Islam. Semoga dengan perkongsian ini dapat menjawab dan menjernihkan segala kekusutan dan pertanyan berkenaan dengan dilema yang di alami oleh umat Islam di Syiria sekarang ini dan memberi pengajaran dan pencerahan kepada kita apakah tindakan yang sepatut dan sewajarnya kita lakukan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w pada saat umat Islam ditindas sekarang ini.
 
http://www.mymaqaz92.org

Saturday 24 November 2012

✿ Dosa


Jangan pernah merasa putus asa untuk bertaubat! Lakukan, ALLAh bersamamu. . :)

Di saat ini, di keheningan malam yang sepi ini, bersama dengan desiran angin bisikan Tuhan, pasti ada seorang hamba ALLAh yang bersimpuh sujud memohon keampunan dan belas kasihan terhadapnya. Lantaran memikirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan semasa hayat, maka manusia itu merasai kenikmatan kembali kepada fitrah-Nya. Fitrah seorang hamba. Tidak cukup dengan itu, segala apa yang disukai oleh ALLAh dilakukan, semata-mata untuk meraih pandangan rahmat ALLAh SWT.

Taubat. Taubat. Taubat.

Dan suatu tempat yang lain, terdapat manusia yang menyesali perbuatannya dan menangisi dosa-dosa. Ia berada di lorong gelap. Bersandar di dinding yang kotor. Sesekali tertunduk, mendongak dan terhenjut-henjut mengeluarkan sebak. Manusia itu bertanya kepada diri sendiri, apakah ALLAh masih mengampunkan dosa-dosanya yang sangat banyak selama ini? Layakkah dirinya diampunkan? Akhirnya putus asa sangat mengikat hati, jalan mudah yang diambilnya adalah dengan, bunuh diri.

ALLAh, sangat Pengasih dan Penyayang. Apakah manusia lupa?


Penyesalan Atas Segala Dosa

Tiada manusia yang tidak pernah berdosa. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Kita ini, terlalu banyak dosa, terlalu banyak menzalimi diri sendiri dan menzalimi ALLAh SWT. Umpamanya pasir-pasir di tepi pantai itu, maka begitulah banyak dosa yang kita lakukan. Tidak terhitung.

Apakah itu alasan untuk berputus asa? Tidak. Sesekali tidak!

Jika anda rasa sangat menyesal kerana melakukan perbuatan dosa-dosa anda sebelum ini, dan anda sangat menyesal kerana melakukan semua itu tanpa memikirkan ALLAh dan diri sendiri, maka, anda sebenarnya masih punya hati yang ingin mendekat kepada ALLAh SWT. Dan hati itu ingin menyucikan anda.

Mengingati dosa-dosa yang lalu itu memang sangat menyakitkan. Ya. Sangat menyakitkan. Kadang kala, terfikir di benak, seandainya anda boleh putar kembali masa, maka anda tidak akan melakukan segala dosa-dosa yang telah anda lakukan. Dan anda ingin melakukan kebajikan sebanyak yang mungkin.

ALLAhuakbar!

Namun hakikatnya, waktu tidak dapat diputarkan kembali. Sepertimana teka teki Imam Al-Ghazali yang beliau berikan kepada anak-anak muridnya.

“Apa yang paling jauh dengan manusia di dunia ini?”

Jawapannya adalah masa yang telah berlalu. Ya, masa yang telah manusia lalui, akan tetap berlalu dan manusia sendiri tidak dapat hendak mengejarnya. Masa itu tetap akan meninggalkan manusia.

Masa Silam Yang Gelap, Tinggalkanlah

Hakikatnya yang perlu kita terima, terdapat dua jenis manusia yang menyesali perbuatannya. Pertama, menyesal atas segala dosa lalu kembali kepada Tuhan dengan jalan yang benar. Kedua, manusia yang menyesal, tetapi mengambil jalan singkat kerana tekanan perasaan yang amat.

Saya sebenarnya, sangat sedih bila mendengar kejadian orang membunuh diri. ALLAh itu Maha Penyayang, kenapa tidak kembali kepada ALLAh dengan jalan yang ALLAh telah sediakan?

Bukankah manusia akan rugi di dunia dan akhirat? ALLAhuakbar.

Menyesali perbuatan silam, memang tidak dilarang. Malah ia boleh dijadikan sebagai suatu muhasabah buat diri sendiri. Agar timbul rasa kehambaan.

Hei sahabat! Saya nak duduk sebelah kamu ya. (Tepuk-tepuk bahu kamu) Dosa yang lalu, biarkan berlalu. Apa yang tinggal hanyalah kesempatan untuk anda berbuat baik. Tak percaya? Percayalah. Kamu seorang yang baik. Maka kamu pasti melakukan yang terbaik dalam hidup ini.

Taubat masih belum terlambat untuk manusia. Dunia belum kiamat!

ALLAh Sebenarnya Cinta Pada Orang Yang Bertaubat

Anda percaya tidak bahawa ALLAh sangat cinta pada hamba-NYA yang bertaubat dan menyucikan diri kepada-NYA? Ya. Saya sangat yakin akan itu.

Hendak bukti? Ini ayat-ayat cinta dari ALLAh untuk manusia,

“Sesungguhnya ALLAh mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan dirinya.” – al Baqarah : 222

Anda nampak?

Subhanallah! Saya sebenarnya hendak menangis membaca ayat ini. Sudahlah manusia itu banyak melakukan dosa dan menzalimi ALLAh, dan apabila bertaubat, ALLAh SWT sangat pula mencintai manusia itu. Maka tidakkah hati anda tersentuh dengan ayat ini. Tidakkah anda terasa ingin sujud dihadapan-Nya dengan begitu lama?

ALLAh Maha Pengasih!

Hei sahabat.. Manusia yang zalim dan kejam itu, apabila datang kepada ALLAh untuk menyerahkan diri, maka ALLAh akan membuka tangannya menerima penyesalan hamba-Nya. MashaALLAh. MashaALLAh. MashaALLAh. Hati anda masih tidak terketuk?

Anda tidak malu?

Manusia itu hina. Manusia datang kepada ALLAh dengan diri yang sangat kotor. Dan ALLAh pula mencintai manusia yang kotor dengan dosa itu.

Cuba anda bayangkan, anda didatangi oleh seseorang yang pakaiannya compang camping, badannya berbau tidak menyenangkan, wajahnya hina, dan segalanya nampak menggelikan. Maka, mahukah anda mendekati orang itu? Saya sangat pasti! Anda tidak akan berani + geli + rasa nak muntah untuk berhadapan dengan manusia yang kotor.

Itu anda manusia. Tetapi ALLAh tidak!

Kalau kamu katakan kamu masih ragu-ragu dan merasa tidak layak memohon dan bersujud dihadapan ALLAh, maka, tadabburilah ayat-ayat cinta dari ALLAH SWT ini.

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAh. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – az Zumar : 53

Jangan dihimpit penyesalan dosa dengan cara membunuh diri. Kerana orang yang membunuh diri, ALLAh tidak akan pernah redha padanya. Malah, perbuatan sebegini hanya akan merugikan diri sendiri di akhirat sana. Bahkan, bau syurga yang boleh dicium dari jarak yang sangat jauh akan tidak dapat dinikmatinya. Na’dzubillah!

Wahai sahabat, percayalah dengan janji-janji ALLAh. Teruskan taubat. Jangan berhenti. Kerana ALLAh Maha Penerima Taubat.

Dan taubat tidak pernah terlambat sekali belum datangnya hari kiamat. Percayalah bahawa ALLAh akan memandangmu dengan pandangan rahmat dan menggantikan hidupmu yang dahulu dengan kehidupan baru yang lebih indah diselimuti dengan keindahan menyemai janji bersama-Nya!

Dan ALLAh SWT itu, tidak pernah membohongi hamba-Nya. ALLAh Sempurna!

“Dan Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hambaNYA dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” – as Syura : 25

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah ingin kamu dustakan?

Pssst! Ayuh, kita sama-sama menuju ALLAh. Segalanya belum terlambat.
Mari, kita berpimpin tangan. Cuba meraih pandangan rahmat dari ALLAh SWT..

✿ Bahaya Orang Yang Jahil Bercakap Mengenai Hukum Hakam Agama



Sudah terdapat segelintir individu samada melalui Facebook, forum tanya jawab agama, blog dan melalui saluran yang ada di internet mahupun di luar sana yang amat berani mengeluarkan 'fatwa' dan pendapat sendiri dengan terus mengambil melalui al Quran dan Hadith walaupun dalam keadaan jahil dan kekurangan ilmu-ilmu alat yang penting sebelum melayakkannya mengeluarkan sebarang pendapat mengenai hukum hakam agama.

Bagaimanakah adabnya para salafussoleh (mereka yang hidup di 3 kurun terbaik seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SallaLlahu 'alaihi wasallam) sebelum berani mengeluarkan fatwa ?

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dr Yusuf al Qardhawi dalam kitabnya al Fatwa Bayna al Indibat al Tasayyub (Fatwa Antara Ketelitian Dan Kecerobohan) menyatakan seorang mufti atau faqih yang menempati kedudukan Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam dalam menyampaikan ketentuan hukum hakam Allah mesti mempunyai kapasiti (kemampuan) yang besar tentang ilmu-ilmu Islam. Antaranya :

1. Merangkumi selok belok Bahasa Arab
2. Pemahaman yang bendar dan pengetahuan yang cukup tentang serba serbi kehidupan dan corak ragam manusia
3. Kepakaran yang handal dalam menggali dan merumuskan suatu hukum berdasarkan kaedah-kaedah ijtihad.

Siapakah antara ciri-ciri mereka yang dilarang untuk berfatwa ? iaitu :

1. Orang yang tidak memiliki kemampuan dan pengetahuan tentang Bahasa Arab dengan selok beloknya termasuk ayat dan sasteranya agar membolehkannya memahami al Quran dan Al Sunnah tidak dibenarkan memberikan fatwa kepada manusia.

2. Orang yang tidak arif dan mengerti pendapat para ulama terdahulu dari berbagai mazhab feqah dan tidak mengerti methodologi pengambilan hukum dan hal-hal yang berkaitan dengannya seperti mengetahui perkara-perkara yang disepakati bersama atau masih dalam pertikaian tidak dibolehkan mengeluarkan fatwa.

3. Orang yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang Usul Feqh seperti mengenali al Qiyas dan al Illah; pada situasi apakah al Qiyas dibolehkan dan pada situasi apakah al Qiyas tidak dibenarkan

4. Orang yang tidak menghayati pendapat para fuqaha yang tercantum dalam kitab-kitab mereka secara mendalam

5. Orang yang tidak memiliki kepakaran dalam melakukan penelitian ke atas perbezaan pendapat di antara mereka dan mengenalpasti kaedah yang digunakan mereka dalam menggali hukum hakam syarak.

Al Hafiz Al Khatib al Baghdadi meriwayatkan dalam kitabnya "Al Faqih wa al Mutafaqqih" dari al Imam Syafi'e radiyaLlahu anhu berkata :

"Tidak dihalalkan bagi seseorang berfatwa mengenai agama Allah, kecuali seorang yang arif dengan Kitab Allah (Al Quran), Nasikh dan Mansukh, Muhkam dan Mutasyabih, Ta'wil dan Tanzil, Makkiyah dan Madaniyyahnya; Apa yang dimaksudkan dengan satu-satu ayat; dalam masalah apa ia diturunkan. Selain itu, dia juga mesti menguasai hadith Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam; Nasikh dan Mansukhnya. Pengetahuannya mengenai hadith Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mesti setaraf pengetahuannya mengenai al Quran. Dia mesti juga menguasai Bahasa Arab; arif akan selok belok sya'ir, dan disiplin ilmu yang lain yang diperlukan untuk memahami al Quran.

Di samping itu, dia juga mesti menahan diri daripada (seronok) bercakap. Dia dituntut juga untuk memahami perbezaan pendapat di kalangan para ulama, selain harus memiliki kemampuan atau kepakaran dalam mengambil ketentuan hukum (istinbat). Jika semua syarat-syarat ini telah dimilikinya, maka barulah boleh baginya bercakap dan berfatwa tentang halal dan haram. Namun jika belum sampai pada darjat ini, dia hanya boleh membincangkan tentang ilmu pengetahuan, tetapi tidak dibenarkan untuk berfatwa."
(Al Faqih wa al Mutafaqqih, Juz 2, hlm 157, Cetakan Riyadh, Saudi Arabia)

Imam Ahmad Ibn Hanbal RadiyaLlahu anhu telah memberikan panduan dalam masalah ini, katanya : "Seseorang tidak boleh menawarkan dirinya untuk berfatwa sebelum ada pada dirinya lima perkara :

Pertama : Mempunyai niat yang ikhlas. Sebab jika tiada niat (ikhlas), dia tidak akan mendapat cahaya (petunjuk) dalam melakukan fatwanya.

Kedua : Hendaklah dia mempunyai sifat kasih, rendah hati (tawadhuk) dan ketenangan jiwa.

Ketiga : Mempunyai keyakinan yang teguh dengan tugasnya dan memahami betul soalan yang sedang dihadapinya.

Keempat : Hidupnya dalam kecukupan, kerana jika tidak, dia akan dipengaruhi oleh orang yang berkepentingan.

Kelima : Mempunyai maklumat yang cukup tentang adat- istiadat dan selok belok kehidupan manusia (Ibn Battutah, disalin oleh Ibn Qayyim dalam "Ilamul Muwaqqi'in" Juz 4 Hlm 199)

Larangan orang yang berfatwa tanpa dasar ilmu (jahil)

Imam Abu Hanifah radiyaLlahu anhu berpendapat :

"Wajib menghalang orang bodoh (mufti jahil) dan orang yang mempermainkan agama dari mengeluarkan fatwa".

Seorang lelaki pernah melihat Rabi'ah Ibn Abd Rahman, guru kepada Imam Malik sedang menangis, lalu ditanya :

"Hal apakah yang menyebabkan tuan menangis ? Jawabnya : Ada seorang yang telah diminta untuk berfatwa, walhal dia tidak mengerti apa-apa dan fatwanya itu telah memudaratkan umat Islam, kerana itu, katanya lagi : "Sebahagian mufti lebih berhak masuk penjara daripada para pencuri".

Ibn Qayyim meriwayatkan dari beberapa ulama sezamannya :

"Bagaimana jika Rabi'ah menyaksikan zaman kita ini, dimana orang yang tidak berilmu berani memberikan fatwa dengan modal kejahilan dan keberanian semata-mata, pengalaman yang sedikit dan pengetahuan yang dangkal, tambahan pula memiliki sejarah hidup yang tidak elok dan tidak dikenal di kalangan para ulama. Pengetahuannya tentang al Quran, al Sunnah dan ilmu-ilmu ulama salaf sangat cetek dan dangkal..

(Ibn Qayyim, I'lamul Muwaqqi'in, Juz 4, hlm 207-208)

Abu 'Abdillah Ibn Battutah meriwayatkan dari al A'masy dari Syaqiq dari Abdullah Ibn Mas'ud radiyallahu anhu berkata :

"Demi Allah, seseorang yang memberi fatwa bagi setiap soalan adalah orang gila".

Al Hakam pernah berkata kepada al A'masy setelah mendengar riwayat tadi:

"Jika aku mendengar hadith tersebut dari dahulu lagi, nescaya aku tidak akan banyak berfatwa seperti apa yang telah aku lakukan selama ini". Kemudian Abu 'Abdillah menambahkan : :Ini Abdullah Ibn Mas'ud bersumpah dengan nama Allah bahawa sesiapa berfatwa untuk setiap soalan adalah orang gila, sumpah beliau pasti benar, kalau begitu kebanyakan mufti pada zaman kita ini sudah menjadi gila..! Mengapa...? Kerana setiap mufti yang ditanya akan langsung memberi jawapan, tanpa berfikir lebih jauh atau berkata tidak, atau takut kerana Allah Subahanahu Wa Ta'ala (jika fatwanya salah), atau tidak takut untuk disoal balik: "Dari mana jawapan ini kami dapat.. ? Akan tetapi yang paling mereka takuti dan gerun adalah sindiran bahawa dia tidak dapat menjawab soalan.

Pada hakikatnya dia telah melakukan perbuatan yang sangat besar yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang lebih tinggi, luas dan dalam ilmu agamanya daripada dirinya, dan dia telah melakukan satu praktik perubatan yang tidak mampu dilakukan oleh seorang doktor yang sangat pakar".

Rujukan : Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker's Library, Selangor.

Friday 2 November 2012

✿ Syair Kekasih ALLAH




"من مثل احمد في الكون نهواه"
Siapakah gerangan yang dapat menyamai Ahmad (Nabi Muhammad sallallahu'alayhiwasallam) 
di dua alam ini pada ketinggian akalnya?

Baginda (sallallahu'alayhiwasallam) adalah purnama 
bagi seantero makhluk pada kecantikannya yang membingungkan.

Hinggakan matahari berasa malu tatkala melihat 
cahaya Baginda(sallallahu'alayhiwasallam) yang terpancar.

Akal manusia pula menjadi bingung tatkala mengambarkan 
hakikat diri Baginda(sallallahu'alayhiwasallam).


تبارك الله ما احلى شمائله
Maha suci Allah alangkah indahnya keperibadian baginda(sallallahu'alayhiwasallam) 
yang memiliki segala kecantikan.

Maka alangkah indahnya kehidupannya.

Seluruh manusia menjadi asyik dengan kecantikan Nabi (sallallahu'alayhiwasallam) ini.

Seluruh makhluk menjadi bingung untuk menjelaskan gambaran sifat-sifatnya.

Wahai penduduk lembah yang suci ini!
Wahai penduduk kazimah (madinah)!

Di tempat kalian terdapat bulan (Nabi Muhammad sallallahu'alayhiwasallam)
yang bersinggahsana di dalam hati.

Semoga Tuhan Arasy melimpahkan rahmat ke atasnya selama terbitnya matahari.

Dan selagi penunggang unta menarik untanya 
dengan iringan nyanyian bagi mencepatkan langkahnya."

____________________________________________________________

اللّهمّ صلّ وسلّم على سيّدنا محمّد وآله محمّد
اللّهمّ صلّ وسلّم على سيّدنا محمّد وصحبه محمّد 

Salam Jumaat. 
Hari yang penuh barakah.

Tuesday 30 October 2012

✿ T_T


Bila malam sejenak berlalu...
dan rangbulan terlelap di saat pagi buta.. 
dgn senyuman terindah...
ku sambut pagi yg merona ...
seberkas titik embun..
ku cuba merangkai cahaya pagi..
ku cuba tulis syair puisi terindah..
puisi tentang sekeping hati...
yg dilanda gundah...
air mataku basah ..
saat teringat keAgungan-Mu..
pada-Mu ku adukan segenap keluh kesah....

Siang turun berganti dgn pekat...
bila matahari pulang keperaduannya..
dgn segenap jiwa ingin ku peluk tamaran senja..
menyentuh indahnya bintang..
ku cuba meraih duniaku yg pernah hilang..
dan ku cuba melukis diri yg tak sempurna ini...
bersujud dlm ribaan-Mu..
berderai air mata..
semakin basah..
demi mengingati-Mu 
dan menyebut keAgungan-Mu.
YA ALLAH AMPUNI HAMBAMU.....

Friday 5 October 2012

✿ Belajarlah


Kadang-kadang,
Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik.
Kita melihat dia punya segala-galanya.

Kita merasa,
Dia selalu bahagia.
Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada.

Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya.
Cuma bila kita tak membuka mata,
Untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai-nilai kehidupan,
Maka yang terlihat hanya kekurangan.

Kenapa tidak mengambil peluang,
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri,
Agar keaiban kita membuat kita malu untuk mengumbar aib orang lain,

Kadang-kadang, 
Apa yang kita takde itulah,
Yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan.
Kekurangan kita itulah,
Yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan.

DIA mengajar kita dengan caraNYA..
Cuma bila kita tak redha, dan tak mahu terima,
Maka kita akan rugi, belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA.


Monday 1 October 2012

✿ Jangan


Kata "Jangan" yang harus di hindari :

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum
tapi tersenyumlah, maka kian bahagia

Jangan menunggu kaya baru bersedekah
tapi bersedekahlah, maka semakin kaya

Jangan menunggu cinta baru berta’aruf
tapi berta’aruflah, insya Allah cinta hadir dalam ridhoNya

Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru menikah
tapi menikahlah, maka insya Allah kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu

Jangan menunggu terinspirasi baru menulis
tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam jiwamu

Jangan menunggu termotivasi baru bergerak
tapi bergeraklah, maka motivasimu akan meningkat

Jangan menunggu proyek baru mau bekerja
tapi berkerjalah maka proyek kan berdatangan kepadamu

Jangan menunggu dicintai baru mencintai
tapi belajar mencintai, maka engkau kan dicintai

Jangan menuggu kuantitas, baru membangun kualitas
Tapi binalah kualitas, maka kuantitas akan bersama orang2 yang berkualitas

Jangan menunggu banyak uang baru hidup tenang
tapi hiduplah dengan tenang, insya Allah bukan sekedar uang yang datang

Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti
Tapi bergeraklah, maka engkau akan menjadi contoh yang diikuti

Jangan menunggu sukses baru bersyukur
tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu

Jangan menunggu menang, baru bertaqwa total
tapi bertaqwalah dengan total, maka kemenangan pasti kan datang

Para Pecundang selalu menunggu bukti
dan para pemenang selalu menghadirkan bukti
Seribu kata mutiara akan dikalahkan oleh satu aksi nyata

sumber :
Ust. Zain Fuad Abdullah/Terapi Terapi Cahaya Hati

Thursday 27 September 2012

✿ Renungkan


Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Tuesday 25 September 2012

✿ Jangan Pernah Putus Asa


Jangan pernah merasa putus asa untuk bertaubat! 
Lakukan, ALLAH bersamamu. . 

Di saat ini, di keheningan malam yang sepi ini, bersama dengan desiran angin bisikan Tuhan, pasti ada seorang hamba ALLAH yang bersimpuh sujud memohon keampunan dan belas kasihan terhadapnya. Lantaran memikirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan semasa hayat, maka manusia itu merasai kenikmatan kembali kepada fitrah-Nya. Fitrah seorang hamba. Tidak cukup dengan itu, segala apa yang disukai oleh ALLAH dilakukan, semata-mata untuk meraih pandangan rahmat ALLAH SWT.

Taubat. Taubat. Taubat.

Dan suatu tempat yang lain, terdapat manusia yang menyesali perbuatannya dan menangisi dosa-dosa. Ia berada di lorong gelap. Bersandar di dinding yang kotor. Sesekali tertunduk, mendongak dan terhenjut-henjut mengeluarkan sebak. Manusia itu bertanya kepada diri sendiri, apakah ALLAH masih mengampunkan dosa-dosanya yang sangat banyak selama ini? Layakkah dirinya diampunkan? Akhirnya putus asa sangat mengikat hati, jalan mudah yang diambilnya adalah dengan, bunuh diri.

ALLAH, sangat Pengasih dan Penyayang. Apakah manusia lupa?


Penyesalan Atas Segala Dosa

Tiada manusia yang tidak pernah berdosa. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Kita ini, terlalu banyak dosa, terlalu banyak menzalimi diri sendiri dan menzalimi ALLAH SWT. Umpamanya pasir-pasir di tepi pantai itu, maka begitulah banyak dosa yang kita lakukan. Tidak terhitung.

Apakah itu alasan untuk berputus asa? Tidak. Sesekali tidak!

Jika anda rasa sangat menyesal kerana melakukan perbuatan dosa-dosa anda sebelum ini, dan anda sangat menyesal kerana melakukan semua itu tanpa memikirkan ALLAH dan diri sendiri, maka, anda sebenarnya masih punya hati yang ingin mendekat kepada ALLAH SWT. Dan hati itu ingin menyucikan anda.

Mengingati dosa-dosa yang lalu itu memang sangat menyakitkan. Ya. Sangat menyakitkan. Kadang kala, terfikir di benak, seandainya anda boleh putar kembali masa, maka anda tidak akan melakukan segala dosa-dosa yang telah anda lakukan. Dan anda ingin melakukan kebajikan sebanyak yang mungkin.

ALLAHUAKBAR!

Namun hakikatnya, waktu tidak dapat diputarkan kembali. Sepertimana teka teki Imam Al-Ghazali yang beliau berikan kepada anak-anak muridnya.

“Apa yang paling jauh dengan manusia di dunia ini?”

Jawapannya adalah masa yang telah berlalu. Ya, masa yang telah manusia lalui, akan tetap berlalu dan manusia sendiri tidak dapat hendak mengejarnya. Masa itu tetap akan meninggalkan manusia.

Masa Silam Yang Gelap, Tinggalkanlah

Hakikatnya yang perlu kita terima, terdapat dua jenis manusia yang menyesali perbuatannya. Pertama, menyesal atas segala dosa lalu kembali kepada Tuhan dengan jalan yang benar. Kedua, manusia yang menyesal, tetapi mengambil jalan singkat kerana tekanan perasaan yang amat.

Saya sebenarnya, sangat sedih bila mendengar kejadian orang membunuh diri. ALLAH itu Maha Penyayang, kenapa tidak kembali kepada ALLAH dengan jalan yang ALLAH telah sediakan?

Bukankah manusia akan rugi di dunia dan akhirat? ALLAHUAKBAR.

Menyesali perbuatan silam, memang tidak dilarang. Malah ia boleh dijadikan sebagai suatu muhasabah buat diri sendiri. Agar timbul rasa kehambaan.

Hei sahabat! Saya nak duduk sebelah kamu ya. (Tepuk-tepuk bahu kamu) Dosa yang lalu, biarkan berlalu. Apa yang tinggal hanyalah kesempatan untuk anda berbuat baik. Tak percaya? Percayalah. Kamu seorang yang baik. Maka kamu pasti melakukan yang terbaik dalam hidup ini.

Taubat masih belum terlambat untuk manusia. Dunia belum kiamat!

ALLAH Sebenarnya Cinta Pada Orang Yang Bertaubat

Anda percaya tidak bahawa ALLAH sangat cinta pada hamba-NYA yang bertaubat dan menyucikan diri kepada-NYA? Ya. Saya sangat yakin akan itu.

Hendak bukti? Ini ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk manusia,

“Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan dirinya.” – al Baqarah : 222

Anda nampak?

Subhanallah! Saya sebenarnya hendak menangis membaca ayat ini. Sudahlah manusia itu banyak melakukan dosa dan menzalimi ALLAH, dan apabila bertaubat, ALLAH SWT sangat pula mencintai manusia itu. Maka tidakkah hati anda tersentuh dengan ayat ini. Tidakkah anda terasa ingin sujud dihadapan-Nya dengan begitu lama?

ALLAH Maha Pengasih!

Hei sahabat.. Manusia yang zalim dan kejam itu, apabila datang kepada ALLAH untuk menyerahkan diri, maka ALLAH akan membuka tangannya menerima penyesalan hamba-Nya. MashaALLAH. MashaALLAH. MashaALLAH. Hati anda masih tidak terketuk?

Anda tidak malu?

Manusia itu hina. Manusia datang kepada ALLAH dengan diri yang sangat kotor. Dan ALLAH pula mencintai manusia yang kotor dengan dosa itu.

Cuba anda bayangkan, anda didatangi oleh seseorang yang pakaiannya compang camping, badannya berbau tidak menyenangkan, wajahnya hina, dan segalanya nampak menggelikan. Maka, mahukah anda mendekati orang itu? Saya sangat pasti! Anda tidak akan berani + geli + rasa nak muntah untuk berhadapan dengan manusia yang kotor.

Itu anda manusia. Tetapi ALLAH tidak!

Kalau kamu katakan kamu masih ragu-ragu dan merasa tidak layak memohon dan bersujud dihadapan ALLAH, maka, tadabburilah ayat-ayat cinta dari ALLAH SWT ini.

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – az Zumar : 53

Jangan dihimpit penyesalan dosa dengan cara membunuh diri. Kerana orang yang membunuh diri, ALLAH tidak akan pernah redha padanya. Malah, perbuatan sebegini hanya akan merugikan diri sendiri di akhirat sana. Bahkan, bau syurga yang boleh dicium dari jarak yang sangat jauh akan tidak dapat dinikmatinya. Na’dzubillah!

Wahai sahabat, percayalah dengan janji-janji ALLAH. Teruskan taubat. Jangan berhenti. Kerana ALLAH Maha Penerima Taubat.

Dan taubat tidak pernah terlambat sekali belum datangnya hari kiamat. Percayalah bahawa ALLAH akan memandangmu dengan pandangan rahmat dan menggantikan hidupmu yang dahulu dengan kehidupan baru yang lebih indah diselimuti dengan keindahan menyemai janji bersama-Nya!

Dan ALLAH SWT itu, tidak pernah membohongi hamba-Nya. ALLAH Sempurna!

“Dan Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hambaNYA dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” – as Syura : 25

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah ingin kamu dustakan?

Pssst! Ayuh, kita sama-sama menuju ALLAH. Segalanya belum terlambat.
Mari, kita berpimpin tangan. Cuba meraih pandangan rahmat dari ALLAH SWT..

Wednesday 12 September 2012

✿ SUJUD TERAKHIR ~ KEMATIAN PADA MALAM PERKAHWINANNYA



Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri.

Kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. 

Lalu dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat 'Isyak "

Ibunya terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! 

Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air." 

Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! 

Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu."

Anak perempuannya menjawab: "Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! 

Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!” 

Ibunya berkata: "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! 

Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! 

Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: 

"Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? 

Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? 

Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya "

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! 

Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! 

Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau...

jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! 

SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! 

Apa yang anda akan lakukan? 

Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! 

Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? 

Jam? Atau bulan?!!

Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang...

Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! 

Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

Para Muslimin sekalian yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? 

Esok?! Apa yang anda pilih? 

Keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!

Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, amin.

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

Tuesday 11 September 2012

✿ JANGAN PERNAH PUTUS BERDOA


Bila berdoa dari hati,
lalu tangisan hadir membasahi,
dengan menyerah diri pada Ilahi,
pasti terasa sinar pelangi menyinari kembali diri,
apa yang penting,lunturnya ia di hadapan Rabbul Izzati,
itulah kepuasan dan ketenangan yang hanya kita rasai & DIA ketahui,
yang hakikinya DIA lebih fahami & mengerti...
atas semua yang terjadi,
pemilik hati kita...milik DIA yang abadi.

Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta‘ala berkata:
“Jika ada orang bertanya,apa manfaat doa itu padahal qada' (ketentuan Allah) tidak dapat dihindarkan.Ketahuilah bahawa qada' juga boleh menghindarkan suatu bala dengan berdoa. Maka doa adalah menjadi sebab bagi tertolaknya suatu bala bencana dan adanya rahmat Allah sebagaimana juga halnya bahawa perisai adalah menjadi sebab bagi terhindarnya seseorang daripada senjata dan air menjadi sebab bagi tumbuhnya tumbuh-tumbuhan di muka bumi.”

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah di dalam surah Ar-Ra‘d :39.
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan(ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala suratan.”
"Wahai orang2 beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepada-NYA Dan berjuanglah di jalan Allah,agar kamu beruntung "
(Al-Maidah : 35)
Allah tidak memandang doa
yang datang daripada hati yang alpa.
Abu Hurairah berkata:"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan & sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling"(HR At-tirmizi) 

Doa diperkenankan bukan semasa kita meminta
 tetapi semasa kita berusaha. 

✿ Tazpi


Thursday 16 August 2012

✿ Kejujuran




KEJUJURAN adalah tanda bukti keimanan. Orang mukmin pasti jujur. Kalau tidak jujur, keimanannya sedang diserang penyakit munafik.

Suatu ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah mungkin seorang mukmin itu kedekut?”

Baginda menjawab: “Mungkin saja.” Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pengecut?” Rasulullah SAW menjawab: “Mungkin saja.” Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang mukmin berdusta?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak.” (HR Imam Malik dalam kitab Al-Muwaththa’)

Apa yang boleh dipelajari daripada hadis ini ialah seorang mukmin tidak mungkin melakukan pembohongan.

Kejujuran adalah pangkal semua perbuatan baik manusia. Tidak ada perbuatan dan ucapan baik kecuali kejujuran.

Oleh sebab itu, Allah menyuruh orang-orang mukmin agar selalu berkata benar dan berlaku jujur. Ini diperintah oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang jujur dan benar. (al-Ahzab: 70)

Rasulullah SAW bersabda:

“Kamu semua wajib bersikap jujur kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa kepada syurga”. (HR Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Hibban)

Kejujuranlah yang menjadikan Ka’b bin Malik mendapat keampunan langsung dari langit sebagaimana Allah jelaskan dalam surah at-Taubah. 



Kejujuranlah yang menyelamatkan bahtera kebahagiaan keluarga dan kejujuran pulalah yang menyelamatkan seorang Muslim daripada seksa api neraka di kemudian hari.



Kejujuran adalah tiang agama, sendi akhlak, dan pokok kemanusiaan manusia. Tanpa kejujuran, agama tidak lengkap, akhlak tidak sempurna, dan seorang manusia tidak sempurna menjadi manusia.

Di sinilah pentingnya kejujuran bagi kehidupan. Rasulullah SAW bersabda:

“Tetap berpegang eratlah pada kejujuran. Walau kamu seakan-akan melihat kehancuran dalam berpegang teguh pada kejujuran, tapi yakinlah bahwa di dalam kejujuran itu terdapat keselamatan.” (HR Abu Dunya)

Ada tiga tingkatan kejujuran :

    Pertama, kejujuran dalam ucapan, iaitu kesesuaian ucapan dengan realiti.
    Kedua, kejujuran dalam perbuatan, iaitu kesesuaian antara ucapan dan perbuatan.
    Ketiga, kejujuran dalam niat, iaitu kejujuran tertinggi di mana ucapan dan perbuatan semuanya hanya untuk Allah.

Seorang mukmin tidak cukup hanya jujur dalam ucapan dan perbuatan, tapi harus jujur dalam niat sehingga semua ucapan, perbuatan, tindakan dan keputusan harus berlandaskan mencari keredaan Allah.

Jelaslah kejujuran memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Islam yang ingin mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.



Seorang yang jujur tidak akan berdolak-dalik apatah lagi bermain kata-kata apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.



Jika dia berada di pihak yang benar sudah pasti dia tidak akan takut untuk menzahirkan kejujuran atas keyakinan bahawa kebenaran pasti mengalahkan kebatilan.

Kejujuran inilah yang mendorong Umar Ibnul-Khattab memiliki tanggung jawab luar biasa dalam memerintah khilafah Islamiyah sehingga pernah berkata, “Seandainya ada seekor keledai terperosok di Baghdad (padahal beliau berada di Madinah), pasti Umar akan ditanya kelak: “Mengapa tidak kau ratakan jalan untuknya?”

Bangsa yang tak henti-hentinya diterpa musibah dan krisis sangat memerlukan manusia-manusia jujur, baik dalam ucapan, perbuatan, mahupun niat.