Wednesday 28 March 2012

✿ Teruskan..

Teruskan berjalan,
Walaupun banyak rintangan.

Teruskan senyum,
Walaupun hati berduka.

Teruskan bersabar,
Walaupun hati marah.

Teruskan berbuat kebaikan,
Walaupun kebaikan kita x dihargai.

Teruskan berkata baik,
Walaupun kata kita itu dibalas dengan kata-kata yang nista.

Teruskan mengejar impian,
Walaupun ianya bukannya mudah.

Teruskan jadi seorang yang kuat,
Walaupun diri kita lemah.

Teruskan menutup aurat,
Walaupun merasakan ianya bukannya senang & bukannya mudah.

Teruskan berubah ke arah lebih baik,
Walaupun banyak halangan,

Teruskan berusaha untuk meminta maaf apabila melakukan kesalahan,
Walaupun mengucapkan kata-kata itu sangat susah.

Teruskan berkata jujur,
Walaupun kekadang orang disekeliling kita x percaya kata-kata kita itu...

Jaga Diri, Iman, HaTi

Wednesday 14 March 2012

✿ Tujukan kepada anda..!!~

Jika tahu apa yang dilakukan itu salah, mengapa perlu diulang lagi? 

Kesalahan dan kesilapan boleh berlaku - ada ampun, maaf dan taubat di situ. 

Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. 
Cukup hanya sekali… 
Pertama, kerana kejahilan. 
Maka belajarlah
Kalau kedua, itu kerana kedegilan. 

Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.

Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. 

Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: 
KEBAIKAN ITU PERLU DIMULAKAN BERKALI-KALI!


DIULANG :

"MUKMIN SEBENAR TIDAK AKAN JATUH DALAM LUBANG YANG SAMA DUA KALI…PERTAMA, KERANA KEJAHILAN. MAKA BELAJARLAH. KALAU KEDUA, ITU KERANA KEDEGILAN…”

wake up..!!~


edit dari : Pahrol Mohd Juoi.

✿ Tazpi

✿ Tazpi



Saturday 10 March 2012

✿ Semalam, hari ini dan esok

Semalam Yg Berlalu,
Hati Keliru Mentafsir Mimpi Yg Tak Berkesudahan,
Takut Pada Setiap Perjalanan,
Tahu Betapa Kurangnya Keberkatan,
Rapuhnya Iman Membawa Kpd Kecintaan Pd Dunia.

Hari Ini,
Kurasakan Terlalu Panjang,
Menanti Saat Ajal Disaat Kemanisan Dlm Kerinduan,
Siapalah Aku Untuk Meraih Cintamu Tuhan,
Namun Aku Tahu,
Dengan Satu Perjuangan,
Akan Kau Bayar Dengan Janji-Janji Terdahulu Sejak Azali,
Sebesar Mana Sangatlah Perjuanganku Ya Tuhan,
Namun Aku Yakin Kau Lbh Mengetahui Taraf Kemampuan,
Ya Tuhan Bantulah Aku,
Kurniakanlah Aku Ilham Untuk Terus Istiqamah Dlm Perjuangan Dakwahmu,
Jadikanlah Aku Salah Seorang Yg Membantu Dlm Kebangkitan Agamamu,
Sesungguhnya Seluruh Jiwa,Raga,Hati Dan Jasadku Kuserah Padamu.

Esok Yg Masih Dlm Kesamaran,
Namun Hamparan Doa Berharap Pd Kejayaan,
Semoga Dunia Disinari Cahaya Barakahmu Ya Tuhan,
Moga Hati Setiap Insan Tiada Kekacauan,
Semoga Syurga Yg Kau Kurnia Menjadi Bertambah Penghuninya,
Berkat Pemcapaian Dunia Baru Islam..

✿ Hati...



Hati 
yang berbicara tanpa kata-kata 
yang menjawab tanpa suara
yang menyengat tapi tak terlihat
tapi tetap terasa
bagaimana HATI, hari ini?

Satu kepastian, yang kita pasti diuji dengan kata-kata yang terluah
Kalahkan syaitan itu yang selalu mencucuk rasa!
Diri sendiri juga sangat tak sempurna, bukankah?
biarlah cuma menjadi biasa-biasa di mata manusia, tak terlihat juga tak mengapa
Tapi luar biasa di hadapan Allah

Jadilah seperti pokok,
Yang dibaling dengan kayu dan dibalas dengan buah-buahan yang ranum, segar, manis

Jujurnya, 
hati manusia dia, sering saja terguris dan tercalar
mungkin juga sudah terluka

Namun
lukanya mungkin tidak lama
kerana yakinnya dia

Segeralah sembuh wahai hati
Pendamba cinta Ilahi kan hatinya luas
Luas dengan rasa kasih sayang pada sesama makhluk-Nya

Tumbuhkanlah rasa itu 
Ya Allah Ya Rahim Ya Wadud 
Walau hatinya luka tercalar berkali-kali
Agar dia bisa melihatnya dengan penuh cinta kerana-Mu
bersangka baiklah…bersangka baiklah…bersangka baiklah…