Wednesday 25 January 2012

✿ Jangan Sedih

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengkritik kita..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah mahu perbaiki diri.

Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana anda tak mahu bangkit kembali.

Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.

✿ Kata-kata renungan dari Salahuddin Al-Ayyubi

Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.

Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.

Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA.

Saya meminta KEBERANIAN dan Dia memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.

Saya meminta CINTA dan Dia memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.

Saya meminta NIKMAT dan Dia memberikan saya PELUANG.

Saya TIDAK MINTA apa-apa untuk DIRI SAYA, tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN.

"Hadiah yang berharga adalah nasihat yang baik"

✿ DIA

Saat penciptaanmu, 
Allah tidak pernah COPY-PASTE.

DIA buat SETTINGS hidupmu indah, 
DIA pilih MINIMIZE kelemahan dan MAXIMIZE kelebihanmu.
semua yg baik DIA INSERT ke dalam hidupmu.

DELETE semua kesalahan dan SAVE masa depanmu. 
DIA akan selalu membawamu NEXT tanpa BACK dalam masa lalu.
bahkan SKIP saat kecelakaan akan menimpammu.

Saat kau perlu, DIA menyediakan HELP untuk QUIT dari masalahmu, 
DIA selalu setia tunggu hatimu OPEN dan siap untuk DIA EDIT.

DIA takkan mau EXIT dari hidupmu sebab
engkaulah FILE berharga sebagai PRINT kasihNYA.

Bahkan DIA rela CLOSE maut untuk menjadi OPTIONS keselamatanmu.
jangan lupakan DIA..

Thursday 19 January 2012

✿ Mawar Berduri dan Pohon Semalu

ku melihat pada bunga mawar..

"indahnya bunga ini"..
"tingginya ia di atas pokok"

lalu ku petik ia..
namun kemudian ia layu begitu sahaja..

mudahnya..benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya..

cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia, dan ia tidak akan berkekalan..

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

ku melihat pada semalu..

"erm..bunga apa ini"
"kat tapak kaki aje ia"

lalu ku mahu petik ia..
namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya..

masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya..

wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar..
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu..

~ Mawar ~

sebuah pohon bunga indah..
keindahannya menarik mata manusia..
juga makhluk lain yang dicipta-Nya..
begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya..

mawar punyai batang berduri..
sungguh sukar untuk menyentuhnya..
tetapi keindahannya lebih menarik hati..
maka berlumbalah orang memetik dirinya..

namun benda yang indah..
sudah pasti akan mengusik hati sendiri..
bahawa aku ini indah..
maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..

~ Pohon semalu ~

sebuah pohon yang adanya batang dan daun..
tiada pun keindahan padanya menarik perhatian..
berada di celahan lalang dan daunan..
begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan..

namun perasankah kita..
apabila menyentuhnya..
dia akan terus menyembunyikan dirinya..
begitu tinggi nilainya..
hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya..

namun perasankah kita..
pohon semalu ada keindahanya..
kerana dia juga ada bunganya..
namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..^^

hayatilah sebaiknya..

dunia kini sudah berbeza..
wanita yang indah semakin ramai..
wanita sebegini memang mahal dirinya..
sukar untuk didekati andai tiada cara..

apabila cara mengena diri..
maka tunduklah wanita..
itulah ia mawar berduri..
walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..

sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi, dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya

✿ SETANGKAI MAWAR CINTA

al-Imaam Ibnu Qoyyim al-Jauziyyah rohimahullah

Jika orang lain merasa cukup dengan dunia, maka hendaknya engkau merasa cukup dengan Allah. Jika mereka berbangga dengan dunia, maka berbanggalah engkau dengan Allah. Jika mereka merasa tenang dengan orang-orang yang mereka cintai, maka jadikanlah ketenanganmu dengan Allah. Jika mereka berusaha mengenal dan mendekati raja raja dan para pembesar mereka untuk meraih kemuliaan dan darjat yang tinggi, maka usahakanlah mengenal dan mencintai Allah niscaya engkau mendapatkan puncak kemuliaan dan darjat yang tinggi.

Sebahagian orang yang zuhud berkata:

“Aku tidak pernah mengetahui ada seorang yang mendengar tentang syurga dan neraka kemudian waktu yang dia miliki tidak dia gunakan untuk mentaati Allah, berzikir, sholat, membaca al-Qur’an atau berbuat baik.”

Lalu seorang lelaki berkata kepadanya:
“Sesungguhnya aku banyak menangis.”

Orang zuhud tadi berkata:
“Sesungguhnya jika engkau tertawa sedangkan engkau mengakui kesalahanmu, maka hal itu lebih baik dar pada engkau menangis namun engkau mengungkit-ungkit amalanmu. Kerana orang yang suka mengungkit amalannya, maka amalannya tidak akan naik melampaui kepalanya.”

Maka lelaki tadi berkata:
“Berikanlah aku nasihat.”

Orang zuhud itu berkata:

“Tinggalkanlah dunia untuk ahli dunia, sebagaimana mereka meninggalkan akhirat untuk ahli akhirat. Jadilah engkau di dunia ini seperti lebah, jika engkau makan, engkau makan sesuatu yang baik, jika engkau memberi makan, engkau memberi makan sesuatu yang baik dan jika engkau jatuh di suatu tempat, engkau tidak akan merusak dan merobeknya.

Diterjemah dari kitab “al-Fawaaid” karya al-Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyyah

✿ Aku Sepasang Kasut

Namaku Nike, aku adalah dari bangsa trainer. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di gimnasium. Tapi jangkaanku meleset. Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yang dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan 
aku untuk mncoretkan warkah ini. 

Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke masjid bersamanya seorang. Di sana beliau mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu. 

Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika dibawa ke masjid. 

Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi tuanku. Aku tumpang berbangga. 

Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Kaata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum dengan kebolehannya. 

Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar beliau memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang. 

Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal. Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku nukilkan pada kalian. 

Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan. Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki, lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas. 

Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis. Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan 
menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik, berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak hidayah ke dalam diri teman kalian. 

Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian. Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian tidak perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu nukilan dariku, sepasang kasut seorang da`i.

✿ Santapan Rohani

Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan sakit dan pedih..
Maka ia akan menjadi manusia yang ujub dan takbur..
Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku..
Kerana musibah di dalam bentuk apa pun,
Adalah rahmat ALLAH yang di siramkan kepadanya..
Akan membersihkan karat-karat jiwanya dan menyucikan ibadahnya..
Itulah ubat dan penawar kehidupan yang di berikan ALLAH
Untuk setiap orang yang beriman..~

Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya,
Maka martabatnya di angkat dan jiwanya di muliakan.
Pahalanya pun berlimpah-limpah
Apabila penyakit yang di terima
Dengan sabar dan redha ..

Maka tika kita di timpa kesakitan yang ALLAH berikan
Kena tabah dan redha
Jangan mengeluh kerana kesakitan yang ALLAH berikan itu
Untuk menyucikan dosa-dosa kita yang lalu
Sama ada dosa yg sedar atau tidak sedar
so kena bnyk berzikir dan berdoa agar allah berikn ketabahan dlm
mengharungi kesakitan itu.......

"Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui.." Tidak ada manusia yang sempurna . Kesempurnaan hanyalah milik Allah . Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk, maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tidak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain..


"Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung" (Ustaz Pahrol Juoi)
"Keluarlah dari kepompong jahiliyyah. 
Teruskan usaha membaiki diri ke arah jalan yang diredhaiNya. 
Pedulikan apa orang kata tetapi risau andai Allah dah tak pedulikan kita..

Jaga Allah, maka Allah akan jaga kita..
Jagalah Allah..pasti Allah menjagamu..
Cintailah Allah..pasti Allah mencintaimu..