Thursday 19 January 2012

✿ Santapan Rohani

Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan sakit dan pedih..
Maka ia akan menjadi manusia yang ujub dan takbur..
Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku..
Kerana musibah di dalam bentuk apa pun,
Adalah rahmat ALLAH yang di siramkan kepadanya..
Akan membersihkan karat-karat jiwanya dan menyucikan ibadahnya..
Itulah ubat dan penawar kehidupan yang di berikan ALLAH
Untuk setiap orang yang beriman..~

Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya,
Maka martabatnya di angkat dan jiwanya di muliakan.
Pahalanya pun berlimpah-limpah
Apabila penyakit yang di terima
Dengan sabar dan redha ..

Maka tika kita di timpa kesakitan yang ALLAH berikan
Kena tabah dan redha
Jangan mengeluh kerana kesakitan yang ALLAH berikan itu
Untuk menyucikan dosa-dosa kita yang lalu
Sama ada dosa yg sedar atau tidak sedar
so kena bnyk berzikir dan berdoa agar allah berikn ketabahan dlm
mengharungi kesakitan itu.......

"Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui.." Tidak ada manusia yang sempurna . Kesempurnaan hanyalah milik Allah . Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk, maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tidak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain..


"Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung" (Ustaz Pahrol Juoi)
"Keluarlah dari kepompong jahiliyyah. 
Teruskan usaha membaiki diri ke arah jalan yang diredhaiNya. 
Pedulikan apa orang kata tetapi risau andai Allah dah tak pedulikan kita..

Jaga Allah, maka Allah akan jaga kita..
Jagalah Allah..pasti Allah menjagamu..
Cintailah Allah..pasti Allah mencintaimu..

No comments:

Post a Comment