Wednesday 14 March 2012

✿ Tujukan kepada anda..!!~

Jika tahu apa yang dilakukan itu salah, mengapa perlu diulang lagi? 

Kesalahan dan kesilapan boleh berlaku - ada ampun, maaf dan taubat di situ. 

Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. 
Cukup hanya sekali… 
Pertama, kerana kejahilan. 
Maka belajarlah
Kalau kedua, itu kerana kedegilan. 

Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.

Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. 

Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: 
KEBAIKAN ITU PERLU DIMULAKAN BERKALI-KALI!


DIULANG :

"MUKMIN SEBENAR TIDAK AKAN JATUH DALAM LUBANG YANG SAMA DUA KALI…PERTAMA, KERANA KEJAHILAN. MAKA BELAJARLAH. KALAU KEDUA, ITU KERANA KEDEGILAN…”

wake up..!!~


edit dari : Pahrol Mohd Juoi.

No comments:

Post a Comment