Wednesday 30 November 2011

✿ HY 6 : Allah Maha Kuasa

:: Allah berkuasa atas segalanya ::

Allah, Pencipta segala sesuatu, adalah pemilik tunggal buat semua makhluk. Allah yang menimbunkan awan yang berat, memanaskan dan mencerahkan Bumi, mengubah arah angin, memegang burung-burung agar tergantung di langit, mengasingkan biji-biji benih, memberi denyutan jantung kepada seorang manusia, mentakdirkan fotosintesis dalam tumbuh-tumbuhan, dan mengekalkan planet-planet dalam orbit mereka. Manusia biasanya hanya menganggap semua itu adalah fenomena yang berlaku kerana “hukum fizik”, “graviti”, “aerodinamik”, atau faktor fizikal lain; walaubagaimanapun, terdapat satu lagi kebenaran signifikan yang manusia tidak nampak: semua hukum fizikal ini telah dicipta oleh Allah. Bahkan, hanya Allah yang memiliki kuasa di alam semesta ini.

Allah mengatur semua sistem pada bila-bila masa di alam semesta ini, sama ada kita sedar atau tidak, atau jika kita tidur, duduk, berjalan. Semua proses yang tidak terhitungnya di alam semesta ini, segala yang berperanan penting untuk kewujudan kita, adalah di bawah kawalan Allah. Perkara yang tidak boleh dihitung sekalipun turut bergantung kepada Ciptaan Allah, hinggakan kemampuan kita untuk bergerak ke hadapan, termasuklah daya graviti Bumi, struktur rangka manusia, sistem saraf dan otot, otak, jantung, bahkan kelajuan putaran Bumi ini.

Mengaitkan kewujudan bumi dan seluruh alam ini kepada konsep kebetulan adalah satu khalayan yang nyata. Urutan yang amat indah tentang Bumi dan alam semesta ini sangat bertentangan dengan kemungkinan ianya terbentuk secara kebetulan, dan sebaliknya, satu tanda yang amat jelas tentang kekuasan Allah yang tiada hadnya. Sebagai contoh, orbit Bumi mengelilingi Matahari hanya selisih 2.8 mm dalam setiap 29 km daripada laluan yang sebenar. Jika perselisihan ini bertambah atau berkurang sebanyak 0.3 mm, maka makhluk hidup di Bumi akan beku atau rentung. Adalah satu perkara yang amat mustahil buat sebiji guli sekalipun untuk berputar di orbit tanpa berlakunya perselisihan, namun begitu Bumi mampu menghabiskan laluan itu walaupun mempunyai jisim yang besar. Seperti yang tercatat dalam Al-Quran, “…Allah telahpun menentukan kadar dan masa berlakunya tiap-tiap sesuatu…” (Surah At-Talaq : 3). Kesannya, susunan indah di alam semesta ini telah dipelihara hasil daripada sistem amat hebat yang bergantung pada keseimbangan yang amat halus.

Terdapat beberapa manusia yang memegang kepercayaan sesat bahawa Allah “mencipta segalanya dan membiarkan mereka sendiri.” Walaubagaimanapun, setiap kejadian, yang berlaku dalam setiap ruang di alam semesta, berlaku hanya atas kehendak Allah, dan di bawah kawalanNya. Ini dinyatakan dalam Al-Quran:

Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah. (Surah Al-Hajj : 70)

Amatlah penting untuk menyedari hakikat ini buat mereka yang berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Doa Nabi Muhammad (semoga Allah memberkati dan merahmati Baginda) yang diambil di bawah ini adalah contoh yang baik tentang semua ini:
Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak lagi benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum . Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah. (Al-Bukhari)
Proses teliti yang berlaku di dalam badan makhluk hidup adalah contoh paling berkesan yang membantu kita untuk memahami kekuasaan Allah. Sebagai contoh, dalam setiap masa, buah pinggang anda menapis darah anda dan melepaskan molekul berbahaya untuk disingkirkan dari tubuh badan. Proses saringan dan penghapusan ini, yang dijalankan oleh satu sel buah pinggang, hanya boleh dilaksanakan dengan alat hemodialisis gergasi (buah pinggang buatan). Alat hemodialisis itu telah direka oleh sainstis yang waras dan sedar. Walaubagaimanapun, buah pinggang tidak mempunyai rasa, atau pusat membuat keputusan, atau fakulti berfikir. Dalam maksud yang lain, sel buah pinggang yang tiada akal dapat menyelesaikan tugas rumit yang memerlukan fungsi otak untuk berfikir.

Kita boleh jumpa jutaan contoh sedemikian dalam makhluk hidup. Molekul yang terdiri daripada bahan lengai yang tidak berakal, melaksanakan tugas luar biasa yang sepatutnya dilakukan oleh makhluk berakal. Kejadian dalam kes ini sudah tentu, adalah dari Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Allah yang mencipta sel buah pinggang, begitu juga molekul yang dibincangkan tadi, dan Dia yang mengarah mereka untuk melaksanakan tugas-tugas itu. Dalam Al-Quran, Allah memberitahu kita bahawa Dia terus-menerus memberi ‘arahan’ kepada makhluk ciptaanNya:

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaq : 12)

Maka jelaslah Allah, hanya Dia yang menciptakan segalanya di alam semesta, dan secara pasti mampu untuk menghidupkan yang telah mati. Berhubung perkara ini, Allah menyatakan semuanya dalam :
Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya – berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Ahqaf : 33)

Mar 9, 2011


Sumber : 

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/39565/ALLAH_HAS_POWER_OVER_EVERYTHING

No comments:

Post a Comment