Thursday 1 December 2011

✿ HY 5 : Takdir

:: Menerima takdir adalah kemenangan besar buat umat Islam ::


Bagi seorang Muslim, menghadapi pelbagai kesulitan dan kesusahan dalam hidup seharian adalah ujian dan satu daya tahan di mana dia boleh membuat perbandingan dengan ganjaran yang diharapkan untuk kekal di Syurga. Ini adalah kebahagiaan terbesar yang akan diperoleh dari perbezaan antara kesulitan dan kemudahan, kesenangan dan kelegaan. Juga buat seorang Muslim yang tulus, ini adalah keindahan dalam mendapat penghargaan dan kasih sayang Muslim tatkala melihat mereka di kehidupan abadi. Ujian ini adalah rahmat yang menawarkan faedah dan keindahan; dengan pelepasan Allah, maka itu semua akan menjadi sumber untuk mendekatkan mereka kepada Allah. Sebaliknya orang-orang kafir pula, adakalanya dapat menerima hakikat itu sama ada secara rahsia ataupun secara terbuka.

Seseorang yang merasakan bahawa insiden yang dia alami itu tidak “ditakdirkan” adalah seorang yang telah kuat dipengaruhi Syaitan. Pengaruh syaitan mungkin menyebabkan anggapan sebegitu dan seseorang yang menyebabkan darjatnya jatuh di pandangan Allah akan menyebabkan Syaitan gembira. Dengan pengaruh Syaitan, adalah satu penyakit berbahaya jika menganggap bahawa dugaan yang terjadi itu tidak ditakdirkan, malah menganggap semua itu bukanlah hasil dari rahmat, pengetahuan dan perancangan Allah. Seorang Muslim seharusnya berhati-hati, teliti dalam mengubati penyakit ini dan elakkan dari dijangkiti penyakit sebegini.

Sebagai contoh, terdapat kebaikan dalam semua kejadian seperti terlepas rancangan kegemaran atau terlupa untuk memesan makanan. Kadangkala manusia boleh melihat hikmah dalam diri dengan semua yang berlaku, tetapi kadangkala mereka gagal untuk melihat secara menyeluruh atau hanya sekadar nampak sebahagian dari itu sahaja. Misalnya jika seseorang itu terlepas rancangan kegemaran, maka ketika itu dia boleh memberi ruang untuk berkhidmat di jalan Allah atau menggunakan masa untuk mengabdikan diri kepada Allah. Hasil refleksi ini, dia dapat mencapai sedikit kefahaman yang akan meningkatkan kekuatan dia untuk berkhidmat sepanjang hayatnya. Alternatifnya, ketika ini dia akan mengingati Allah dan mendapat ganjaran yang jauh lebih berharga daripada sekadar menonton televisyen. Apabila dia terlupa untuk memesan makanan, ini mungkin mengubah kepada diet, yang berperanan mengubati penyakitnya. Jika seseorang yang ada tekanan darah tinggi terlupa untuk memesan keju dan tidak makan keju pada hari itu, maka tekanan darahnya kembali pada paras normal. Dia terlibat dalam satu hal bermanfaat yang mendapat penghargaan Allah kerana dia meletakkan kepercayaan kepada Allah dan berfikir hanya untuk kebaikan. Tambahan lagi, kesempurnaan moral dan perilaku yang baik akan mengukuhkan cinta dan ketenangan buat orang yang beriman. Sekiranya itu adalah keju yang telah busuk, maka dia berjaya mengelakkan diri daripada memakan keju busuk yang akan menyebabkan dia sakit.

Contoh di atas banyak dialami dalam kehidupan seharian seseorang. Oleh itu sangat penting untuk memahami dengan jelas tentang perkara ini dan harus sentiasa dijadikan pengajaran. Sama ada hal remeh atau penting, setiap kejadian yang dialami seseorang dalam hidup seharian adalah telah ditakdirkan. Seorang Muslim mesti sentiasa berwaspada terhadap bisikan Syaitan, “Ini adalah perkara biasa dalam hidup seharian; semua itu tiada kaitan dengan apa-apa takdir.”Mempunyai pemahaman yang baik tentang perkara ini dan disimpan kemas dalam fikiran, memikirkan bahawa setiap kejadian itu dengan mata hati, dan menilai semua kejadian itu adalah keindahan takdir dari Allah, adalah keberkatan besar di dunia dan akhirat. Ini adalah perkara penting sebagai tanda kepada kebijaksanaan, keselesaan, ketabahan dan ketenangan hidup seseorang.
Allah Maha Besar mengaitkan semua ini dalam satu ayat dalam Quran : “Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).” (Surah Al-Qamar, 49)

Mar 9, 2011



Sumber : 

http://us3.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/39561/FOLLOWING_THE_DESTINY_IS_A_GREAT_EASE_FOR_ALL_MUSLIMS

No comments:

Post a Comment