Friday 23 December 2011

✿ hak kepada Allah walau sakit

 _info fiqh perubatan_

Perlukah bersuci dan solat bagi pesakit?
hukum: Gugur kewajipan pada bahagian yang tidak mampu dilakukan sahaja.

pada asalnya pesakit wajib bersuci dengan sempurna menggunakan air, sekiranya mampu berbuat begitu sama ada melakukan sendiri atau dengan bantuan orang lain.
Sekiranya penggunaan air akan menambahkan lagi penyakit atau melambatkan proses penyembuhan maka berpindahlah kepada kaedah tayamum.
Sekiranya tidak mampu menggunakan air dan dan tanah(debu), solatlah mengikut keadaan dan kemampuannya tanpa perlu menggantikan semula solat itu.
Wajib ke atasnya menunaikan solat dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring atau dengan isyarat mata mengikut kemampuan.
Dalil: "Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.."(Surah Al-Baqarah 2:286).

"Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan bersusah payah dalam perkara agama"

"Kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwudhuk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah,debu yang suci..."(Surah Al-Nisa' 4:43).

"Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri.Jika tidak mampu, hendaklah dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu juga , hendaklah dalam keadaan berbaring."(Riwayat Bukhari)

Pesanan: Simpanlah rasa takut kepada Allah dengan menjauhi pembohongan semata-mata untuk mengelakkan diri daripada melakukan kewajipan-kewajipan syarak.

realiti: lebih 80% pesakit kat hospital tidak melaksanakan solat.xmasuk penjaga pesakit lagi...rata-rata dengan alasan sakit dan wudhuk xmasuk.

ingat memperingati sesama kita...mungkin 1 day,kita plak duk kat katil hospital,atau mungkin insan2 terdekat yang masuk hospital.paling utama kena jaga adalah------>solat!

makan ubat on time penting gak,sebab pesakit kalo nak baik mesti makan ubat.
tapi laksanakan solat(hak Allah) laaagi penting,sebab kita sihat lepas makan ubat adalah dengan izin Allah.kalo Dia tetap nak kita sakit,maka sakit la kita....
jadi,solat lah.solat!
mintak pada Dia..
kenapa pilih untuk tunggu sedang kita masih punya waktu?

dan bagi yang keje kat hospital,tugas anda mudahkan keperluan pesakit..sometimes pesakit ni jenis solat tapi xtahu...
ada gak yang solat je kat rumah tapi sebab kat wad xde tempat solat,terus diorang tinggal..
ayuh,sama2 ingat memperingatkan~~=)

rujukan info:denyut kasih medic

No comments:

Post a Comment