Tuesday 20 December 2011

✿ Komunikasi

---------------------COMMUNICATION BREAKDOWN-------------------

[PART 3]


Assalamualaikum w.b.t.

Dalam post sebelum2 ini, saya ada memberitahu kalian bahawa saya seorang lelaki dan dalam proses normalisasi dengan dunia yang kian tua ini. Dalam hidup bersosial, saya bertemu pelbagai ragam manusia, ada yang tua, muda, ada yang bijak, ada yang kurang bijak, ada yang sakit jiwa, ada yang cantik kacak dan lain-lan.

Dalam mengharungi pelbagai jenis manusia, di situ kita akan dapati terlalu luasnya pemikiran manusia. Sebagai contoh, jika ada orang ternampak Kasim makan roti canai di kedai mamak, kemudian esoknya Kasim dapati pelbagai tafsiran keluar, contohnya:

1- Kasim suka makan kedai mamak

2- Kasim suka makan roti canai

3- Kasim kelaparan

4- Kasim seorang lelaki normal

5- Kasim suka makanan berminyak

6- Kasim mahu kerja di kedai mamak

7- Kasim berkenan kepada anak gadis tauke kedai mamak

8- Kasim miskin, maka dia hanya mampu makan roti sahaja

9- ...



Mungkin Kasim suka cendol, siapa yang tahu?

Walaupun ada dakwaan yang betul, malahan ada juga yang menyimpang jauh, tetapi secara mudahnya, semua ini berlaku kerana kita adalah manusia, dan kita ada pelbagai variasi pemikiran berbeza untuk memberi justifikasi yang bercabang terhadap sesuatu isu.

Jika kita adalah robot, kita tidak perlu memberi justifikasi terhadap sesuatu, kerana kita hanya perlukan bateri dan setting untuk bertindak.

Hakikat manusia pelbagai, maka di situlah pentingnya komunikasi yang berkesan. Komunikasi berkesan amat penting agar kita sama2 dapat mengurangkan dosa dan memberi justifikasi songsang yang adakalanya jauh menyimpang sehingga memudaratkan 'mangsa'.


Luasnya alam Allah

Kita masuk dalam sistem badan kita, di mana dalam setiap aturan badan ini sudah ada komunikasi tertentu yang cekap dan cantik.

Bermula dari bulu roma yang halus ini, sudah ada reseptor2 halus untuk mengesan perubahan suhu persekitaran

Kemudian, sistem kulit kita, sistem darah kita, sistem imuniti, sistem otak, jantung dan pelbagai2 lagi sistem yang saling berhubung satu sama lain

==================================
Pentingkah sistem perhubungan dalam badan?
==================================

Sangat penting, kerana itulah perlunya bulu roma ini

Jika bulu roma tiada, maka kita akan mati sejuk walaupun hujan lebat sikit sahaja


Kenapa mati?


Kita kena tahu, keadaan sejuk akan menyebabkan pertumbuhan sel2 menjadi lambat

Kerana itu la ada sesetengah kaedah awet, menggunakan peti sejuk supaya pertumbuhan mikrob dan makhluk2 lain diperlahankan, ataupun dimatikan terus

Kerana secara fitrahnya, sejuk itu menyebabkan kebanyakan sel hilang fungsi dan terganggu


Kerana sejuk juga, manusia yang selalu duduk dalam keadaan sejuk (air-cond) biasanya mudah sakit dan jadi lembap

Bermaksud, sel dalam badan akan jadi kurang responsif dengan keadaan sejuk

Kerana sel otak menjadi lambat bertindak


Jadi, kepada yang mahu awet muda, digalakkan duduk dalam keadaan air-cond selama sebulan tanpa henti

Nescaya kita akan jadi muda, kerana pertumbuhan sel menjadi perlahan selama sebulan

Atau, kita lagi cepat masuk kubur

Maka, itulah awet muda kerana belum tua pun sudah menemui ajal


Pentingnya hubungan kita dengan Allah


Itu soal suhu, dan kali ni kita sentuh pula tindakbalas dalam badan kita dalam menghadapi keadaan tertentu

Kita kena tahu, selain daripada memerangkapkan haba untuk badan kita ketika sejuk, bulu roma juga bertindak sebagai pencetus maklumat persekitaran


Maknanya, mereka adalah posmen pertama yang mengesan perubahan suhu luar, selain daripada kulit.

Maka, mereka akan menghantar isyarat 'sejuk' kepada sistem dalam badan, sama ada sistem darah, otak, jantung dan yang berkaitan


Jika mereka merajuk, jika mereka tidak mahu bertugas, maka kesannya - kita semua tetap kekal macam kondisi panas walaupun ketika itu sejuk gaban


Mangsa tetap bermain hoki walaupun cuaca di luar sudah mencecah tahap beku

Mangsa tetap berasa panas di dalam badan sedangkan hakikatnya sel2 kulit sudah mahu mati kesejukan

Kenapa?

Kerana sistem jantung, sistem darah, sistem otak dan saraf tak tahu apakah suhu di luar

Maka sistem jantung tetap mengepam darah seperti keadaan panas

Sistem darah terus mengalirkan darah seperti biasa, tiada proses vascocerutan

Sistem otak juga tetap aktif dan terus memerintahkan sistem2 lain bertindak seperti ketika suhu panas


Hasilnya, sel2 kita mati

Sel2 yang sejuk, terus hilang fungsi sebagai sel normal

Akibatnya, lama kelamaan kita pun sakit akibat sistem dalaman yang terjejas

Yang akhirnya mati jika tiada rawatan susulan


Kerana sistem dalam badan tidak memberi isyarat bahawa di luar adalah sejuk

Maka, 'mangsa' tetap berasa panas dan segar, sedangkan hakikat sebenar sel-sel kulit sudah mahu mati kesejukan melampau


Perkara itu nampak mudah, tetapi hanya kerana bulu roma sahaja yang malas bertugas, habis punah fizikal seorang manusia


Apalah sangat bulu roma yang halus ini, kalau cabut pun macam tiada fungsi

Sedangkan kita tak tahu fungsi mereka yang teramat luas, dan itu baru satu fungsi yang dijelaskan


Itu soal bulu roma

Mari kita masuk pula sikit dalam sistem darah kita

Yang menjadi salah satu posmen besar dalam badan kita

Kalau tiada darah, nescaya kita mati katak


Dalam darah, bahasa kampungnya ialah cecair yang warna merah tu

Sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis protin

Memanglah hakikatnya kita nampak darah itu hanya warna merah, sedangkan jika kita korek isi dalam merah itu, ada beberapa segmen lain yang bukan sekadar darah merah


Pelbagai jenis sel dalam 'cecair merah'


Darah merah yang dikenali sebagai eritrosit, walaupun ada banyak fungsi, tetapi secara utamanya fungsi mereka adalah membekalkan oksigen dan membuang gas karbon dioksida

Kemudian hadirlah sel darah putih, antibodi, hormon dan entah apa2 lagi dalam 'cecair merah' itu

Walaupun secara zahirnya kita nampak cecair merah, sebenarnya hanya eritrosit sahaja yang berwarna merah, dan yang lain2 itu adalah plasma. Plasma inilah yang selalunya vampire cari sebagai sumber makanan.

Saya taknak gunakan istilah darah. Saya lebih suka menggelar sebagai 'cecair merah'. Memandangkan darah hanya merujuk kepada eritrosit yang berwarna merah, sedangkan dalam sistem darah itu sendiri ada pelbagai lagi elemen lain selain eritrosit, maka saya lebih suka menggunakan istilah 'cecair merah' agar lagi mudah faham, yang bermaksud - gabungan sel eritrosit dan sel2 lain dalam darah.

=====================================
Penting ke semua bahan2 dalam 'cecair merah' ni?
=====================================

Sel darah putih penting dalam sistem pertahanan badan

Sel hormon penting dalam membantu proses biologi dalam badan (walaupun hormon kurang sesuai digelar sel, kerana ia lebih kepada protin, tapi hentam saja)

Sel platelet pun penting dalam membantu sistem pertahanan badan

Sel antibodi penting untuk sistem imunisasi, pertahanan badan, dan sistem komunikasi dengan sel lain

Kerana itulah pentingnya sistem darah dalam badan kita, kerana ia bukan sahaja membekalkan oksigen, sebaliknya lebih besar dari itu

Seperti posmen yang bergerak merata-rata, maka di situlah pentingnya 'cecair merah' ini dalam badan kita

=============
Fenomena kebas
=============

Pernahkah kita rasa kebas di kaki atau tangan?


Itu kerana 'cecair merah' tidak sampai ke sesuatu kawasan badan kita, mungkin kerana tindakan fizikal kita telah menghalang aliran darah untuk melalui situ


Contoh :

Kita letak objek berat di lengan hingga aliran darah terhenti, maka nanti lengan kita akan rasa kebas

Atau, kita duduk terlalu lama, menyebabkan tekanan besar menghalang darah untuk melalui kawasan tertentu, akhirnya kebas


Akibatnya, kebas itu menyebabkan kita tak rasa apa2, dan biasanya jika waktu itu kita cucuk kawasan kebas itu dengan jarum, maka kita tak rasa sakit


Kenapa?

Kerana sistem saraf sudah hilang fungsi

Sistem saraf tak tahu kawasan kebas itu juga adalah anggota dalam badan kita



Puncanya?

Kerana darah tak lalu situ

Darah tidak memberitahu kepada sistem saraf bahawa situ juga adalah 'kawasan jajahan' manusia

Sistem komunikasi terjejas kerana darah tidak sampai ke kawasan yang kebas


Dan jika dibiarkan lama, mungkin akan ada sel yang mati kerana kelemasan, tidak cukup gas oksigen, dan gas karbon dioksida yang sudah tepu di situ

Rasa sakit selepas kebas itu adalah kerana asid laktik yang sudah lama terkumpul di kawasan itu, melalui proses anaerobik


Maka, lihatlah pentingnya sistem darah

Semua sistem luar dan dalam ini saling berhubung, supaya manusia kekal hidup secara normal

Jika salah satunya bermasalah, maka mungkin di situlah punca penyakit2 sekarang


Jadi, masing2 perlu bertindak dengan cekap agar manusia itu selamat

Perlu sentiasa bersedia jika diserang virus

Perlu sentiasa waspada akan perubahan persekitaran

Perlu sentiasa berhati2 terhadap jangkitan bakteria

Perlu sentiasa optimumkan sistem metabolisma dalam badan


Jika ada yang buat masalah, maka manusia itu dalam bahaya


Itu baru kita sentuh sistem kulit dan sistem darah

Belum lagi sentuh sistem otak, sistem saraf, sistem imuniti, sistem jantung dan lain2


Mereka wajib berhubung antara satu sama lain, supaya masing2 mampu bertindak normal demi menjaga keselamatan tuan mereka - iaitu manusia


Lantas, muncul persoalan, bagaimana mereka semua berhubung?

Menggunakan handphone? Telepati? SOS?


Banyak caranya, dan salah satunya sistem darah yang dimaklumkan sebelum ini


Jika sistem otak, ada cara lain dalam berhubung, itu termasuk sistem saraf, dengan proses impuls yang pening2

Jika sistem jantung, itu masuk dalam sel2 kardio, dan proses itu lain pula

Jika sistem hormon, itu melibatkan kalenjar2 tertentu untuk memberi arahan bertindak


Neuron (sel otak)


Dan lagi ajaib, walaupun mekanisma sistem2 ini tidak sama, mereka tetap ada agen pertengahan yang menghubungkan perhubungan mereka

Bermaksud, ada sel yang bertugas spesifik dalam menukarkan isyarat berbeza ini supaya semua maklumat berjalan lancar


Seperti pemandu pelancong atau agen penterjemah, begitu juga tugas sel2 ini, mereka bertindak menapis maklumat yang sampai, dan menukarkan isyarat supaya sistem lain faham apa yang disampaikan

Mereka lebih dikenali sebagai sel penghubung, yang bertindak sebagai orang tengah dalam sesuatu urusan

Lihatlah bagaimana cantiknya Allah aturkan sistem dalam badan kita

Dari luaran dan dalaman, segalanya tersusun



Itu belum lagi kita kaitkan perhubungan kita terhadap sistem bumi, dengan lautnya, sungainya, gunungnya, haiwannya dan lain2

Semuanya perlu saling berhubung secara tak langsung


Perhubungan paling ketara, kita sentiasa memijak tanah yang kotor ini


Walaupun kita rasa keji dengan tanah, tetapi hakikatnya satu hari nanti kita tetap akan jadi tanah

Waktu menjadi mayat, kita akan dipersoalkan apakah kita telah laksanakan sebaiknya hubungan kita sesama makhluk Allah semasa kita hidup?



Apa kita buat terhadap manusia lain?

Apa kita buat terhadap sungai?

Apa kita buat terhadap haiwan2?

Apa kita buat terhadap alam amanah Allah ini?



Segalanya akan dipersoalkan, hatta soal sekecil zarah sekalipun



Belajarlah dari sistem2 perhubungan dalam badan kita

Jika mereka gagal berfungsi, nescaya kita mati

Jika bulu roma merajuk, konfem kita mati sejuk

Jika 'cecair merah' itu boikot, habis lah kita kejang selamanya



Oleh itu wahai kawan2 semua



Jagalah hubungan kita terhadap Allah

Jagalah hubungan kita sesama manusia

Jagalah hubungan kita kepada makhluk2 lain



Kita ada akal, kita sahaja harapan untuk menjaga bumi ini elok2


Takkan kita mahu mengharapkan tupai tanah untuk mentadbir dunia ini?



Bersyukurlah kawan2 kerana kita masih hidup

Hargailah setiap hubungan yang Allah berikan sepanjang kita hidup ini kawan2

Sayangi manusia2 lain yang mengukuhkan interaksi kita kepada Allah

Hargai makhluk2 Allah yang menjadikan kita terus hidup sebagai seorang manusia



Kita semua saling memerlukan wahai kawan2

Kita semua saling melengkapi wahai kawan2



Kita semua sama wahai kawai2, tiada makam berbeza

Kecuali amalan yang hanya menjadi rahsia Allah



Kehidupan ini sementara sahaja kawan2

Kehidupan di sana kelak lebih bermakna kawan2



Usahlah kita memutuskan hubungan hanya kerana dunia wahai kawan2

Usahlah kita merosakkan hak makhluk lain kerana kita ada kuasa wahai kawan2



Usahlah kita menghancurkan hubungan kita dengan Allah

Hanya kerana hubungan dunia yang menipu ini

Wahai kawan2



Biarlah hubungan kita semua menuju ke Syurga

Moga berjaya, kawan





Wassalam


Bila mati, kenangan sahaja yang tinggal, kubur sepi sebagai rumah

[.........to be continue.......]

No comments:

Post a Comment