Saturday 24 December 2011

✿ Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ni dilakukan sebanyak 2 rakaat, semasa terjaga dari tidur, ketika jam antara 12 tengah malam hingga masuknya waktu Subuh.


=================
Dalil-dalil solat Tahajjud
=================
 
" Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji."
(Al-Isra : 79)
 
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu"
(Al-Muzammil : 1-3)
 
“Seafdhal-afdhal (sebaik-baik) dolat selepas solat fardhu ialah solat malam”
(Hadith Riwayat Muslim)
 
“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan.Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.”
(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
 
“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).”
(Hadis riwayat Muslim)


======= 
Cara-cara
=======

(1) Niat,
"Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah ta'ala"


(2) Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Kafiruun(disunatkan)


(3) Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas(disunatkan)


(4) Masa sujud terakhir, disunatkan baca 3x doa ni -
"Oh Tuhanku, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran, dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga, dan kurniakanlah bagiku daripadaMu seorang penolong "


(5) Doa;

"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."    



=================
Kelebihan solat tahajjud
=================

  • Petanda orang-orang soleh
  •  Merupakan penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar 
  • Dapat memadamkan dosa-dosa 
  • Dapat menyihatkan badan 
  • Tidak ada pemberian Allah yang lebih utama kepada hambanya dari pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 rakaa't solat tahajjud 
  • Waktu tahajjud adalah waktu untuk meminta kepada Allah s.w.t
  • Waktu tahajjud adalah waktu yang teristimewa untuk penerimaan doa 
  • Allah akan menyelamatkannya daripada bencana 
  • Tanda berkat pada wajahnya 
  • Disukai oleh ramai manusia
  • Allah jadikannya seorang yang bijaksana 
  • Bila bercakap penuh hikmah 
  • Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya 
  • Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin 
  • Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana 
  • Dimudahkan hisab ke atasnya 
  • Mendapat catatan amal dari tangan kanan



===================
Tips mudah bangun malam
===================
 
  • Tidak makan terlalu banyak.
  • Justeru mereka berkata: “Hai golongan sufi, jangan makan banyak, nescaya kamu minum banyak, kamu tidur banyak dan sesal banyak”
  • Jangan berpenat pada siang hari dengan kerja-kerja yang membebankan
  • Jangan meninggalkan tidur qailullah (tidur sekejap) pada siang hari kerana ia menolong untuk bangkit pada malam hari
  • Antara sebab-sebab batin pula ialah kerana dosa yang bertimbun akibat kurangnya meminta ampun dariNya

p/s : maaf kerana tiada bacaan untuk versi Arab...jika anda mempunyai rujukan, sila berikan kepada kami, agar pembaca lebih mudah faham dengan jelas...syukran.. =)

sumber :
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm
http://www.scribd.com/doc/16569566/Solat-sunat-tahajjud
http://www.scribd.com/doc/2573483/SOLAT-TAHAJUD-DAN-PEMANTAPAN-SAHSIAH
http://www.anuarmustaffa.com/amalan-solat-tahajud/
http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/03/tidur-dan-solat-tahajud/
http://yusofembong.blogspot.com/2009/07/doa-solat-tahajjud.html

No comments:

Post a Comment