Tuesday 20 December 2011

✿ Wanita Yang Solehah

Diriwayatkan oleh Imam Abdullah Al Wasiti bahawa pada suatu hari sedang beliau dalam perjalanan menuju ke Masjidil haram, beliau telaj bertembung dengan seorang wanita tua yang sedang berjalan kaki sambil membaca Al-Quran secara hafalan.

Lantas beliau pun bertanya :

Imam Abdullah : "Assalamualaikum wahai ibu!"

Wanita solehah : Membacakan ayat Al-Quran yang bermaksud : " Dan Ucapan selamat perkataan daripada Tuhan yang pengasih." ( Yasin: 58 )

Imam Abdullah : "Siapakah namamu wahai ibu?"

Wanita solehah : Membacakan ayat Al-quran yang bermaksud : " Ingatlah riwayat Maryam dalam kitab " ( Maryam:16)

Imam Abdullah : "Atas tujuan apa kamu datang ke sini?"

Wanita solehah : Membacakan ayat al-quran yang bermaksud : " Allah mewajibkan atas manusia menyengaja bait ( mengerjakan haji) iaitu orang yang kuasa berjalan kepadanya. ( Ali Imran :97)

Imam Abdullah : "Adakah kamu telah berkahwin?"

Wanita Solehah : Membacakan ayat Al-quran yang bermaksud : " Hai orang- orang yang beriman, janganlah kamu bertanya (kepada Muhammad) tentang beberapa perkara yang jika diterangkan kepadamu nanti menyusahkan kamu". ( Al-Maidah: 101)

Imam Abdullah : " Adakah kamu mempunyai cahaya mata?"

Wanita Solehah : Membacakan ayat al-quran yang bermaksud : " Dan Dia berikan anak-anak lelaki kepada siapa yang dikehendakkiNya. ( As-Syuara:49)

Imam Abdullah : "Siapakah nama-nama mereka?"

Wanita solehah : Membacakan ayat al-quran yang bermaksud : "Perhatikanlah riwayat Ibarahim dalam Kitab. (Maryam:41) 

"Perhatikanlah dalam kitab riwayat Musa. ( Shaad :51) 

"Hai Daud sesungguhnya kami jadikan engkau khalifah di muka bumi. ( Shaad:26)

Imam Abdullah : "Apakah kamu mahu menunggang untaku?"

Wanita Solehah : Membacakan ayat Al-quran yang bermaksud:"Apa-apa yang kamu perbuat di antara kebaikan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. ( Al-Baqarah:215)

Bilamana dia hendak menunggang unta dia membaca bermaksud : " Katakanlah kepada orang-orang yang beriman lelaki supaya mereka merendahkan pandangan mereka (melihat yang terlarang). (An-Nur:30)

Bilamana dalam perjalanan dia membaca yang bermaksud: "Maha suci Allah yang menundukkan ini ( kenderaan binatang) untuk kami dan kami tiada kuasa mempergunakannya ( kalau tidak kurnia Tuhan kami)." ( Az-zukhruf:13)

Bilamana dia hendak turun dia membaca yang bermaksud : " Ya Tuhanku ! Tempatkanlah aku di tempat yang berkat yang engkau sebaik-baik yang memberi tempat." ( Al-Mukminun:29)

Imam Abdullah : Kamu ingin makankah?"

Wanita Solehah : Membacakan ayat al-quran yang bermaksud : "Sesungguhnya aku telah bernazar kepada Yang Maha Pengasih akan berpuasa." ( Maryam: 26)

Bilamana telah masuk waktu berbuka dia pun membacakan ayat yang bermaksud : " Suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini dan hendaklah dia lihat mana makanan yang lebih bersih. Kemudian hendaklah di bawanya ke mari untuk rezekimu dan hendaklah dia berlaku lemah lembut. ( Al-kahfi:19)

Setelah dia selesai berbuka puasa , dia menyambung kembali bacaannya kemudian dia menangis teresak-esak. Lantas Abdullah pun bertanya :

Imam Abdullah : "Mengapa kamu menangis wahai ibu?"

Wanita Solehah : Membacakan ayat Al-Quran yang bermaksud : "Telah datang mabuk mati dengan sebenarnya. ( Qaaf : 19)

Tidak lama kemudian si ibu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah kami selesai mengkebumikannya pada malam itu Abdullah telah bermimpi bertemu dengan wanita tadi, lantas beliau bertanya:

Imam Abdullah : "Bagaimana dengan keadaan kamu sekarang ini wahai ibu?"

Wanita Solehah : Membacakan ayat al-quran yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang bertakwa dalam beberapa kebun dan sungai (syurga). Dimajlis (tempat) yang benar disisi Maharaja ( Allah) yang Maha Kuasa. ( Ar-Rahman:54-55)

Itulah kisah seorang wanita yang solehah yang tidak berkata-kata melainkan dengan ayat al-quran.

No comments:

Post a Comment