Sunday 25 December 2011

✿ 24 Jenis Orang..

1 Orang sombong adalah yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu


2 Orang yang mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalam jiwa untuk bertaubat 

3 Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya

4 Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan

5 Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu

6 Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

7 Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya

8 Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya

9 Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

10 Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi wainna illahi rajiuun

11 Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air matanya

12 Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini

13 Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta 

 14 Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

15 Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan

16 Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya

17 Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu

18 Orang yang gila itu adalah orang yang tidak solat walaupun mampu

19 Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan

20 Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua

21 Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik

22 Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang

23 Orang yang mempunyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya

24 Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka

p/s :: Semoga segala yang disampaikan akan bermanfaat hingga ke jinjang pelamin dan kekal ke akhir hayat.=)

No comments:

Post a Comment