Tuesday 27 December 2011

✿ Jangan sombong

Pagi ini, matahari cantik bersinar
Pagi ini, awan cerah tersulam
Pagi ini, bulan indah gemerlap
Pagi ini, nafas tetap segar

Tetapi ada satu persoalan
Bilakah agaknya segala nikmat ini ditarik?
Bilakah agaknya nafas ini berhenti?
Bilakah agaknya saat langit terbelah dan gunung berterbangan?

Kerdilnya kami Ya Allah

Walaupun sejumlah sel pun tidak mampu kami membalasnya
Walaupun serantai DNA pun tidak dapat kami menggantinya
Wajarkah kami masih menyombong dengan segala nikmat dariMu?

Di tepi jalan
Kereta2 agung menderu laju
Lori2 gah merentasi jalan
Motor2 comel merempit haluan
Masing2 menuju halatuju hidup tersendiri

Tetapi kita terlupa
Di satu tempat yang jauh
Ada kanak2 yang terseksa dek kebuluran melampau
Ada orang2 tua yang menunggu maut kerana uzur
Ada wanita2 lemah menjadi mangsa nafsu bajingan

 


Diri ini kecewa
Terasa dayusnya diri ini
Tidak mampu berbuat apa2
Sekadar menjadi pemerhati dari jauh
Hanya mampu tumpang simpati
Dan sekadar menyimpan geram terhadap insan yang masih terlena

Bukan geram kerana bermusuhan
Tetapi mengapa masih ramai belum tersedar akan nasib saudaranya yang lain?

Hati ini membisik sayu; "Itulah lumrah akhir zaman"
Benarlah janji rasul mulia; "Umat ibarat buih2 di lautan."

Diri terkedu
Kerana benarlah semua hakikat itu

Tetapi ingatlah rakan2 sekalian
Ini hanya sedikit peringatan
Buat diri dan insan2 tersayang

 


Setinggi mana pun kita, pasti masih ada yang tinggi
Setebal mana pun kita, pasti ada yang lebih tebal
Sepintar mana pun kita, pasti ada yang lebih pintar

Setinggi pangkat bukan penentu besarnya kuasa kita dan kehebatan kita
Kekadang yang tiada pangkat tu lagi amanah dari kita yang pegang banyak jawatan
Ada pangkat bukanlah untuk kita menunjuk kuasa
Tetapi itu amanah dari Allah untuk dimanfaatkan buat yang lemah

Segulung ijazah bukan penentu tinggi ilmu kita dan kecerdikan kita
Kekadang yang tiada ijazah tu lagi cerdik dari kita yang ada ijazah
Ada ijazah bukanlah untuk kita mendabik dada
Tetapi itu tugas dari Allah untuk disampaikan kepada yang lain



Diri tak faham bila ada ketua yang jenis menyombong diri
Kekadang umur baru setahun jagung, tapi masuk terus ketua sebab ada sijil mahal
Dan bila sudah jadi ketua mau semua orang bawah sahaja hormat dia
Tetapi dia tidak mahu hormat orang bawah
Sedangkan orang bawah itu lagi berpengalaman dari dia

Ingatlah teman
Jika kita hormat orang, orang akan hormat kita
Cara ni lagi harmoni
Kerja pun sama-sama seronok

Biarlah setinggi awan pun kita terbang
Jangan di lupa rumput di bumi
Kerana kubur setia menanti
Di situ juga kampung abadi


Wassalam


sumber : nasik.com

No comments:

Post a Comment