Friday 23 December 2011

✿ ..Peliknye Ummatku..

Peliknya umatku....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.
Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi
Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku..
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia
air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis
namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?
berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih.
jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian.
tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano
sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol,
namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umatku.... s
anggup bersesak-sesak, berhimpit- himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan
sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan 
meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit saja.

Peliknya umatku....
s et iap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran
tak cukup peringkat kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa
tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..
mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku....
s et iap tahun mereka sanggup menjadi penunggu s et ia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka,
pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai. .
tak kira jantan b et ina d et ik saat jam 12 ,
saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar.
sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....
s et iap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.
Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan. ..... 

http://alfateh.via.my/2008/03/peliknye-ummatku.html

No comments:

Post a Comment