Friday 23 December 2011

✿ Apabila hilangnya tawadhu' pada penda'wah

in the name of Allah the most gracious the most merciful..

alhamdulillah diatas nikmat dan kurniaNya dapat saya berkongsi dengan para 'viewers' satu lagi post dimana perkara ini saya sudah lama ingin ketengahkan. tetapi mungkin madah saya masih belum memuaskan untuk saya utarakan.. namun dengan keizinanNya saya berpeluang menaip untuk sama-sama renungkan dan dijadikan iktibar agar isu ini dapat dikurangkan.

sebelum itu, saya ingin berkongsi dengan para pembaca satu peristiwa yang pernah saya lalui bersama dengan seorang ustazah dikampus

kami berjalan ke pasar malam, sahabat2 yang lain masih sibuk membeli makanan...saya,ustazah dan beberapa sahabat yang lain pun duduk ditangga sebab keletihan.

tiba2 sahabat bernama 'A' bersuara.. "cuba tengok budak perempuan baju merah tu... dahlah tak pakai tudung dah dosa, warnakan rambut pula! bertambahlah dosa dia.. tak sah air sembahyang tu...".

saya pun dengan naifnya ketika itu terus mencari-cari siapakah gadis yang dimaksudkan sahabat saya tu.

tambah sahabat 'B' pula.."haah la.. ni mesti budak convent ni.. kalau budak sekolah agama takdenye macam ni. dahlah pakai baju ketat macam tu..astaghfirullah...".

saya mendiamkan diri dan terus melihat wajah ustazah untuk lihat responnya. dia hanya mendiamkan diri sambil melirikan senyuman kepada kami. saya faham, pasti ada sesuatu yang tidak kena. selepas beberapa minit kemudian kami pun pulang berjalan kaki ke kampus.

tiba2 ustazah bertanya kepada kami 1 soalan, "pada pendapat kamu, setuju x jika saya katakan yang muslimat bertudung lebih banyak dosanya dari gadis yang tidak bertudung?"

sahabat2ku menjawab.."tidak, kerana muslimat bertudung tidak membuka auratnya sedangkan gadis tidak bertudung itu membuka auratnya. itu menandakan dia tidak takut kepada Allah..".

"adakah tanda takut kepada Allah dengan hanya menutup aurat semata-mata?" tanya ustazahku dengan lembut.

terdiam sahabat2ku dibuatnya,"apa maksud ustazah?" tanya mereka.

"apa yang antunna lakukan tadi menimbulkan dosa pd diri antnna dengan berburuk sangka dan mengumpat gadis tersebut. antunna tahukan mengumpat ini ibarat antunna meratah daging sedara seislam sendiri? tak cukup ke makanan yang kita beli ni?" sempat ustazah menyelitkan sedikit jenakanya.

"sedangkan mungkin dia apabila ternampak antunna, dia teringin berpakaian seperti antunna mahupun ingin mengenali islam? tetapi apa yang antunna lakukan adalah sebaliknya. berlawan dengan sifat seorang penda'wah.

walaupun antunna mempunyai ilmu yang banyak dan lebih memahami Islam dari gadis itu, tetapi antunna tidak diberi kelayakkan untuk mengukur dia sebegitu rupa. itu dah menimbulkan sifat bongkak dan riak.

sekiranya susah untuk antunna menegur dia kerana antunna xkenal, antunna berdoa kepada Allah agar Allah membukakan pintu hidayah kepadanya,insyaAllah".

ustazah menerangkan dengan panjang lebar kepada kami dan saya amat menyetujuinya, siapalah kita untuk berbuat demikian.

berdasarkan cerita diatas, saya tahu pasti perkara ini juga pernah terjadi kepada para pembaca.disini kita boleh lihat apabila diri seorang du'at makin hilang sifat tawadhu'nya yakni sifat merendah diri.

ini juga menyebabkan mad'u susah untuk berdamping mahupun mengenali Islam jika beginilah sifat yang diamalkan. tiada siapa yang mulia melainkan Allah, jadi apa yang menyebabkan kita rasa kita lebih mulia dari 'golongan' ini? tepuk dada tanya iman anda.

adakah anda pernah melakukan perkara yang sama? adakah anda pernah memandang hina kepada mereka yang tidak serupa seperti kita?itu bukanlah sifat seorang da'ie..apabila hilangnya tawadhu' dari seorang penda'wah, maka binasalah ummah.

“Janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Luqman : 18) 

http://www.golonganghuraba.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment