Wednesday 21 December 2011

✿ Mana mereka?

Dunia ini, semakin celaru
Adakalanya saya rasa, hidup di gua lebih tenang
Namun, apa ertinya kita tidak menyampaikan kepada yang tahu?

Baru2 ini bangkit isu Memali
Sebelum ini bangkit isu artis gay
Dan sebelum2 ini bangkit isu hub hiburan

Apakah semua ini?

Lagi saya sedih, bila bangkitkan isu Memali
Ada yang masih tidak percaya semua itu
Malahan lebih percaya dengan dakyah yang ditipu media
Mereka lebih senang menggelar pejuang sebegitu sebagai pengganas
Sedangkan hakikatnya tindakan itu tiada bezanya dengan geng2 Amerika yang terdesak

Apabila bangkitkan isu artis gay
Ada suara2 sumbang menyokong semua ini
Kononnya atas kebebasan individu
Mereka lebih suka amalkan konsert2 yang songsang
Tidak kisah siapa idola mereka, ketepikan idola mulia Rasul junjungan

Apabila bangkit persoalan hub hiburan
Ada suara2 jahil menjadi tulang belakang menyokong pembaziran nyata ni
Kononnya kita perlu ada hak berhibur
Mereka lebih suka memanfaatkan wang ke arah kemaksiatan
Tidak perlu fikir soal pembangunan sahsiah dan perkembangan ilmu untuk generasi depan

Tetapi dalam masa yang sama
Jauh nun di sana
Ada anak2 kecil naif yang kebuluran
Ada orang2 tua lemah yang kena tembak
Ada gadis2 ayu dizalimi
Malahan ada yang dirogol

Sedangkan kita di sini masih dengan masalah kecil tak sudah
Paling biasa masalah perang politik
Paling biasa masalah duit tak cukup beli sayur
Paling biasa masalah lampin anak belum cuci
Paling biasa masalah nak bayar hutang biasiswa

Tetapi mereka di sana
Mahu tidur sehari pun tidak sempat
Mahu makan bersama teman pun tergugat
Mahu menonton Fasha Sandhi pun tiada masa
Mahu melihat famili pun entah di mana

Apa yang mereka sibuk hanya dengan bunyi bom2 di jalan
Apa yang mereka sibuk hanya mencari askar2 sniper yang menyorok
Apa yang mereka sibuk soal bagaimana nak mati syahid
Apa yang mereka sibuk ialah mencari jerangkap2 samar buatan makhluk dayus sana

Mereka boleh pilih bagaimana cara nak mati syahid
Dengan bom? Dengan sniper? Dengan assault?

Tetapi kita ni hanya ramai yang mati katak hari2
Paling biasa, mati kerana penyakit banyak hasil makan yang tak terurus

Itulah saya jadi hairan
Kenapa kita masih ada masa untuk semua hal2 remeh ni?
Kenapa kita masih ada masa untuk perkara dengki-dendam-hasut?
Kenapa kita masih ada masa untuk movie2 lagha?
Kenapa kita masih ada masa untuk merosakkan muslim lain?

Sedangkan mereka ada 24 jam sehari
Kita pun ada masa 24 jam sehari
Mereka ada 7 hari seminggu
Kita pun ada 7 hari seminggu
Tetapi mereka tiada masa mahu holiday
Sedangkan kita ni asal holiday je adalah masa merendek dan bersantai

Apa lagi yang tak cukup buat kita yang hidup 'mewah' di sini?
Tetapi malangnya kita masih jauh dari rahmat Tuhan

Bangkitlah teman2
Buanglah perasaan dalam hati
Buanglah sikap pentingkan diri
Buanglah sikap individualistik
Buanglah sikap makan2 orang
Buanglah sikap ultra-kiasu tak bertempat

Kerana kita ada agenda lebih besar untuk seluruh umat

Tidak takutkah bala Tuhan yang datang tiba2?
Paling mudah, maut yang masih misteri...

Renung2kan..

No comments:

Post a Comment