Friday 23 December 2011

✿ IMAN..Awak CUTI ke?

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi…

Diri : Laa… Kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV… Jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja
tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis… Entah lah…

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma’thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti

Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya ‘pekerja tambahan’? Saya liha mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…

Diri : Maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak
memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga.. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya…

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, janganlah begitu… Bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu… Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan khidmat kami adalah percuma.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh… Aku rimaslah…

Iman : (senyum sinis)… Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu… Tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu… Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi… Tuan jangan risau, kami maafkan tuan…

Diri : jangan pergi.. Aku sanggup pecat En Dosa dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya…

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, aku kelam kabut sekarang… Tak tenang, management berterabur…

Iman : Alhamdulillah… kami free of charge… Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar… Silap hari bulan, CEO kita; Allah SWT kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih… Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma’thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Jazakallahu khairan kathiran…

Demikianlah analogi “syarikat” dalam diri kita. Kitalah bos dalam syarikat kita. Jabatan dalam diri kita hanya ada dua; Jabatan Iman dan jabatan dosa. Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik. Kerana antara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur. Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu… Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali. Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu ‘diternak’ satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir.

Selamat bermujahadah!

No comments:

Post a Comment