Tuesday 20 December 2011

✿ Cinta Allah

Cinta monyet adalah asam garam yg pernah dilalui pd zmn remaja. Apabila sudah bercinta bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorg itu sudah 'diserang' penyakit angau...

Untuk mendapat cinta, mnusia berusaha apa saja cara tidak kira di mana dan masa asalkan sasaran cinta tercapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dlm erti sebenar cinta...

Kita hanya bergelut mencari cinta manusia yg tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik...

Lupa kpd cinta agung yg menjadi sumber segala cinta...

Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan...

Cinta yg membawa kpd segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dnia dan akhirat...

Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akn bertenggek di menaranya. Yg patut diusaha dgn sekuat tenaga, bagaimana hendak mendapat cinta Allah.
Beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah:-
~ Dgn membaca al-Quran serta menghayati dan memahaminya. Berinteraksi dgn al-Quran sama seperti berinteraksi dgn Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dgn pencipta-Nya...

Dalam hadis, Rasulullah bersabda: "Org yg paling baik di kalangan kamu ialah yg mmpelajari al-Quran dan yg mengajarnya." Kemudian dalam keterangan lain, Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran krn ia akn mmberi syafaat (pertolongan) kpd siapa sahaja yg membacanya pd hari khiamat kelak." Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini tergantung?. Sebabnya pedang digunakan utk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran membuka hati.

Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit utk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar utk membaca al-Quran...

Hati yg tidak dihuni dgn al-Quran akn dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dgn ayt al-Quran...

Kisah seorg shbt bernama Ubay yg pernah namanya disebut Allah krn suka mmbaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis...

Nabi menguji Ubay dgn soalan, apakah ayat al-Quran yg paling agung. Beliau menjawab: "Ayat Kursi." Banyakkanlah mbaca ayat ini...

Selain itu , jika hendak dapat cinta Allah, seseorg itu perlu solat malam (Qiyamullail). Kita memang biasa bgn malam atau berjaga malam...
Tapi bkn utk solat, tetapi utk tgk bola, menonton filem, berborak serta melepak...

Qiyamullail tak semestinya bgn pd jam tiga atau empat pagi...

Cukup sekadar sembahyang 2 rakaat sebelum Subur sudah memadai...

Antara cara yg boleh dilakukan ketika Qiyamullail ialah:-

i- Berniat utk bangun solat malam dan berdoa...
ii- Jgn melakukan dosa di siang hari sebab dosa pd waktu siang hari akn ikat rohani kita drp bgn malam...
iii- Tidurlah awal sikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun qiyamullail memang tidak jadi.
iv- Tidur sekejap waktu tengah hari...

Justeru hendak dpt cinta Allah ialah dgn merenung ayt2 cinta dr-Nya. Merenung ayt2 cinta-Nya maknanya merenung kejadian yg Allah SWT ciptakan spt kejadian langit yg tiada bertiang tetapi boleh tertegak dgn kukuhnya...

Allah SWT sembunyikan malam dan dtgkan cerah dan siang. Bagaimana Allah SWT jadikan kita?. Besarkan kita?. Kemudian usia kita menginjak ke remaja, akhirnya menjadi tua...

kemudian bagaimana Allah SWT jadikan tumbuhan nmpk sama, tetapi tidak serupa?. Buah rambutan nmpk serupa, tetapi tidak sama...

Semua ini akn mendekatkan kita kpd Allah SWT. Kita perlu berasa betapa lemah dan kerdilnya diri kita terhadap keagungan Allah SWT...

Maka jika kita cinta kpd Allah maka Allah pasti akn membalas semula cinta kita...

No comments:

Post a Comment