Friday 25 November 2011

✿ Sahabat



andai sahaja sang sahabat bertanya padaku..
apakah diriku menyayangimu..
maka, pastinya akan ku jawab aku mencintaimu..
dan cintaku ini moga ia kerana Allah..
diriku tahu kita punya beribu perbezaan..
namun perbezaan itulah yang melengkapi kita..
masam masin manis rasa itu yang melengkapkan rasa sebuah masakan..

andai sang sahabat bertanya..
apakah aku menyayangimu..
pastinya aku mengiyakan kerana..
aku ingin kau tahu sang sahabat..
aku telah menerimamu sebagai sahabatku..
banyak perkara yang kita lalui..

andai sang sahabt bertanya lagi..
apakah diriku tidak terguris terhadapmu..
pasti aku katakan..
garisan dan kesan itulah yang akan meningkatkan kecintaanku padamua keranaNya
andai persahabatan tidak teruji..
apakah sahabat yakin hubungan ini diredhaiNya..

aku menghargaimu kerana dirimu adalah dirimu..
menerima segala kekuranganmu sebagai kekuranganku jua..
sahabat itu cermin diriku..
ku syukuri nikmat persahabatan ini..

tapi ku tahu diriku bukanlah yang terbaik..
dan bukan jua yang terindah..
namun, aku kan cuba untuk menjadi sahabat yang baik..
menjadi sahabat yang mampu menyenangkan sahabat
menjadi sahabat baik yang apabila dilihat wajah teringat padaNYA..

terlalu banyak lagi kekurangan pada diriku..
andai sahaja kau tahu saang sahabat..
betapa aku menyayangimu..
huh..

maafkan aku sahabat..
kan ku cuba yang terbaik

No comments:

Post a Comment