Saturday 17 December 2011

✿ Amanah

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama rasanya tak 'mengarang' note, dan mungkin ini note terakhir buat tahun ni dari saya.
Sebagai amanah buat kalian semua yang bergelar daie..
--------------------------------------------------------------------



Andai kalian mengaku berdakwah
Bersedialah dengan lontaran2 racun dan duri berbisa di sepanjang jalan
Kerana engkau harus tahu, hakikat jalan ini takkan disediakan karpet merah
Tiada jaminan kereta mewah, tiada ganjaran mutlak sebuah rumah banglo 4 tingkat
Yang hanya engkau dapat biasanya adalah ancaman fitnah, tuduhan melampau, sekatan-halangan, ugutan-serangan, malahan hingga mengancam nyawa sendiri dan orang lain
Tetapi, kalian boleh pilih sama ada mahu meletakkan karpet itu, atau membiarkan sahaja laluan itu tiada karpet merah
Dan, kalian boleh turut memberi karpet merah buat mereka yang masih terkapai-kapai dengan dunia

Andai kalian mengaku berdakwah
Bersedialah untuk mujahadah melawan segala sumber yang menjejaskan kefungsian dakwah itu
Kerana engkau harus tahu, jalan itu jalan yang dipenuhi dengan ranjau fitnah
Kerana menegakkan Islam di zaman ini ibarat menggenggam bara api
Silap tindakan, kalian sendiri terbakar, atau, kalian sendiri membakar orang lain
Engkau akan bertemu dengan pelbagai rencah manusia, dengan pelbagai jenis rentak hidup
Jagalah pergaulan, cara hidup, pakaian, makanan, tingkahlaku, akhlak, adab, dan tutur bicaramu seharian
Larilah dari sebarang perkara yang menyebabkan hati mu lalai dalam melaksanakan tugas dakwah dengan murni
Yang menyebabkan bukan dakwah yang ditemui, sebaliknya hanya punah yang menimpa


Andai kalian sedang berdakwah
Pastikan dakwah itu tidak menambah mudarat kepada mad'u
Berdakwahlah melalui hati sebelum bertindak, bukanlah berdakwah hanya untuk melepaskan geram
Kerana kalian sepatutnya merawat manusia yang sakit, bukan menambahcelaka mereka agar semakin sakit
Tiada gunanya engkau berdakwah, tetapi dalam masa yang sama engkau menambah penyakit kepada mad'u
Yang berpunca dari dirimu yang terlalu banyak penyakit
Dek hati mu yang sakit akibat kelalaian menjaga hati di sepanjang jalan dakwah


Andai kalian sedang berdakwah
Tingkatkanlah ilmu seiring dengan perbuatan
Pimpinlah dirimu dengan ilmu, kerana dengan ilmu sahaja akan menjaga kalian
Tiada ertinya engkau membebel pelbagai teori, sedangkan engkau sendiri kurang amal semuanya
Walaupun hakikatnya kalian tidak mampu, usahakanlah mana yang terbaik buat dirimu
Bukanlah sekadar menyuap mad'u pelbagai teori, namun hakikatnya engkau sendiri berkira mempraktikkan teori yang ada
Bersedialah kalian untuk ditegur, kerana teguran itulah menjadikan kalian semakin mantap
Kerana manusia di sekeliling kalian adalah cerminan buat diri kalian
Sebagai madah untuk sama-sama perbaiki diri yang sering terlupa

Andai kalian belum berdakwah
Maka apa peranan kalian sebagai seorang Muslim?
Hanya sanggup melihat kebejatan dan kejahilan di sana-sini tanpa sebarang tindakan?
Lantas, kepada siapa lagi kami mahu harapkan?
Kepada siapa kami, insan yang jahil ini mahu tumpang berteduh?
Kepada siapa lagi tempat untuk kami meneguk secebis ilmu yang menjadi bekal akhirat?
Adakah kami perlu menadah tangan meminta2 seperti pengemis kepada musuh2 Islam sendiri?
Bukankah kita sudah berjanji mahu sama2 ke Syurga?


Kalian harapan kami !!
-----------------------------------------------------------------------------

Jumpa lagi tahun depan jika belum masuk kubur
Rajin2 la aktifkan diri
Mad'u memerlukan kalian
Tanpa kalian, siapalah kami
Good luck
Wassalam.. =)

-the end-


No comments:

Post a Comment