Monday 12 December 2011

✿ ALLAH ♥

Mahu kebahagiaan di dunia dan akhirat? Kejarlah redha ALLAH SWT dan cintaNYA.. Kerana insan yang dicintai ALLAH SWT dan memperoleh redhaNYA akan dipermudahkan melakukan segala amal salih, dijauhkan segala keburukan dan kejahatan dan dilindungi dari segala gangguan dan kegagalan dalam hidupnya.

Untuk memperoleh cinta ALLAH SWT dan redhaNYA, ialah dengan mengikut jejak Rasulullah SAW.. contohnya dalam kata-kata dan amal dan bertingkahlaku sesuai dengan akhlaknya. Itulah jalan yang terlurus dan terdekat yang merupakan pula tanda kesempurnaan iman dan keteguhan akidah serta keyakinan.
"Katakanlah:"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali Imran : 31)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya ALLAH SWT berfirman : "Barangsiapa memusuhi hamba yang Ku cintai, maka kepadanya Aku nyatakan perang. Dan tidak ada sesuatu yang mendekatkan hambaKu kepadaKu yang Aku lebih sukai daripada perlaksanaan fardhu yang Ku wajibkan kepadanya. Dan selalu hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan berbagai amal sunnah hingga Aku mencintainya. Dan jika Aku telah mencintainya, Aku akan menjadi telinga alat pendengarannya, mata alat penglihatannya, tangan alat kekuatannya dan kaki yang menghantarkannya. Dan Aku berikan apa yang ia minta dan Aku lindungi bila ia minta perlindungan." (Hadis Qudsi) 


Antara tips bercinta dengan ALLAH SWT

♥~ Sentiasa mengutamakan urusan ALLAH SWT dalam setiap perkara contohnya mendirikan solat di awal waktu.

♥~ Sentiasa memikirkan dan mengingati ALLAH SWT di mana-mana sahaja.

♥~ Husnudzon dengan ALLAH SWT.

♥~ Sentiasa mengharapkan perkara-perkara yang baik dari ALLAH SWT.

♥~ Berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.

♥~ Berusaha untuk memahami dan menghayati ayat-ayat suci al-quran.

♥~ Berbuat kebaikan dalam setiap kesempatan yang ada.

♥~ Jangan sangka cinta ALLAH SWT tidak boleh dicapai, sentiasalah husnudzon kepada-Nya.

♥~ Hindari perbuatan jahat dan akhlak yang buruk.

♥~Fahami hakikat bahawa segala jenis cinta bersifat fana (akan binasa), tetapi cinta kepada ALLAH SWT bersifat baqa (kekal selama-lamanya). 

Tanda-tanda cinta ALLAH SWT kepada manusia

Bila ALLAH SWT mencintai seseorang, DIA akan menaruh rasa cinta kepada orang itu di dalam hati hamba-hambaNYA yang salih. Ditanya Rasulullah SAW oleh seseorang :

"Ya Rasulullah, kita melakukan sesuatu perbuatan lalu kita disukai orang, tanda apakah itu?", Rasulullah SAW menjawab : "Itu merupakan berita gembira bagi seorang mukmin."
Bersabda Rasulullah SAW :
"Jika ALLAH SWT telah mencintai hambaNYA, dipanggillah Jibril lalu berfirman kepadanya : "Sesungguhnya AKU mencintai si fulan, cintailah dia. Maka dicintailah orang itu oleh Jibril seraya berseru di langit : "Sesungguhnya ALLAH SWT mencintai si fulan, cintailah kamu kepadanya." Lalu ia dicintai oleh seluruh penghuni langit dan dikurnai simpati di bumi. Dan jika ALLAH SWT membenci hambaNYA, dipanggillah Jibril dan berfirman : "Aku membenci si fulan, bencilah ia. Maka dibencilah dia oleh seluruh penghuni langit dan terhadapnya ditaruh rasa benci di bumi." (Hadis riwayat Muslim)
Wallahu ta'ala a'lam..

No comments:

Post a Comment