Monday 12 December 2011

✿ Kaki & Dagu

Assalamualaikum wbt..

Mana lebih anda teruja, rasa best sangat..
Yang terbuka atau yang tertutup? 
Yang selalu tengok atau yang tak pernah tengok? 
Yang terkeluar atau yang tersimpan? 

Kenyataannya, muslimah sejati sudah cukup cantik kt mata DIA.

Bukankah itu lebih baik, disayangi-NYA..dipelihara-NYA..(DIA sebaik-baik pemelihara)

Muslimah sejati harganya lebih mahal, tak terbeli dengan duit dunia. (^_^)

Jadi, sama-sama kita jaga aurat..tegur-tegur jika ada tak patut 'nampak'..

Pernah dengar akak usrah cakap, muslimah sejati dan stokin ibarat rumah dan tandas..erk, kenapa ye..jeng jeng jeng..moh kita baca sama-sama..pada yang sudah biasa, moga kita akan terus istiqamah dan pada yang belum biasa akan belajar membiasakan diri..dan pada yang tak terfikir langsung, mendapat hidayah dari-NYA..(^_^)..

Kaki memang aurat bagi wanita. Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, pakailah stokin yang tidak jarang. Hmm, tapi kalau kat kampung nak cuci pinggan , mop lantai , pergi tandas, tak kan nak pakai stokin dengan handsock ? Basah lah nanti ..

Ha semua orang kene ingat yang Allah itu tak kejam . Buktinya, Allah dah bagi rukhsah kepada orang yang bermusafir iaitu boleh solat jama' dan qasar. Apabila kita di dalam rumah (di kampung atau rumah sendiri atau rumah saudara) dan pada ketika itu kita mahu membuat kerja (cuci pinggan, basuh kain) ada rukhsahnya.

Tidak apa tak memakai stokin dan lengan boleh dilihat dalam satu jengkal sahaja dari pergelangan tangan. Itu rukhsahnya, tapi kalau duduk-duduk tu, pandai-pandailah tutup aurat, labuhkan sikit kain agar kaki yang tak berstokin dapat ditutup sedikit.

Selain itu saya nak sentuh pasal DAGU. Bab dagu ni banyak perselisihan pendapat .Gali punya gali , macam-macam fatwa yang saya jumpa . Segelintir orang kata wajib tutup dagu ketika solat. Segelintir orang kata ada rukhsah untuk dagu. Persoalan ini pun, jom la kite rungkai same-same .

Ini berkaitan dagu terbuka ketika solat.

Seluruh tubuh wanita termasuk aurat melainkan muka dan tapak tangan. Dagu adalah sebahagian dari muka, maka dagu yang terbuka tidaklah membatalkan solat.

Sila rujuk buku-buku berikut:
1. Fardhu Ain Khusus Wanita DN 091
2. Bunga Idaman Mutiara Syurga 'Wanita Solehah' DN 148[/box]

Bawah dagu, bahagian bawah yang melandut menuju ke arah leher pula tetap aurat kerana ia sebahagian dari leher. Semasa solat, bahagian ini wajib di tutup.

Yang sebenarnya apa yg anda musykilkan itu termasuk dalam daerah perincian yg tidak dituntut. Ia masuk bab daerah kema'afan dan memadai manusia memahami maksud 'Wajah'

apakah batasan wajah manusia misalnya ketika mengambil Wudhu'.

Maka apakah batasan wajah yg betul2 selesa bagi wanita, atas dagu atau dibawah dagu?

Sudah tentulah dibawah dagu, barulah kain tudung itu kejap dan kemas.

Jika diatas dagu, kemungkinan besar kain tudung itu akan tergelicir.

Batasan muka menurut kitab2 fiqh: bab wudhu' (Albani: Irwa' alGhaleel/92) ialah hujung dagu sampai kebawah dagu itu.

Rumusan: batasan muka sampai ke bawah dagu itu sahih menurut kitab hadis. Oleh itu kain tudung berada di bawah dagu masih dibolehkan. (Fathul Bari: 11/ 312) WA 

Moga semua memahami.

Jadi, kalau solat kat tempat yang tidak disediakan telekung. Jangan risau untuk solat menggunakan pakaian anda. Tp pastikan aurat telah sempurna ditutup dengan panduan yang digariskan dalam Al-Quran .

Dari Anas ra. Dari Nabi saw, Beliau bersabda: "Mudahkanlah dan jangan mempersulit, beri berita gembiralah dan jangan membuat berita yang menjadikan orang lari." (HR: Bukhari)



Penulis asal : Khairunnisa Azalin

No comments:

Post a Comment