Friday 2 December 2011

✿ WANG JADI UKURAN DIAKHIR ZAMAN

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Di akhir zaman wang ringgit atau kekayaan menjadi ukuran
Mulia atau hormat seseorang itu jika ada duit atau kekayaan
Hafaz Quran, hafaz Hadis, banyak ilmu tidak akan dipandang orang
Kalau seseorang itu tidak ada duit, tidak ada kekayaan

Ada duit, ada kekayaan banyak kawan, belum tentu sayang
Tidak ada duit, tidak ada kekayaan, kawan hilang dan dihina orang
Sanak-saudara tidak peduli, keluarga pun pandang serong
Anak isteri pun tidak hormat, silap sedikit mereka meradang

Ada duit, ada kekayaan adalah saudara, banyaklah kawan
Apabila miskin papa di tengah ramai, hidup keseorangan
Orang mengata, orang menghina, di mana pergi dicemek orang
Isteri boleh lari, anak-anak akan benci, kawan-kawan tidak peduli

Seseorang yang sedang disanjung, tiba-tiba miskin, kawan-kawan lari
Sedikit sahaja yang silap, orang hamun, orang maki
Kalau tidak sabar mahu cabut lari, hidup bersendiri
Jika iman lemah, sakit jiwa susah hati

Begitulah duit atau kekayaan di dalam kehidupan menjadi tuan
Sesetengah orang duit dan kekayaan menjadi tuhan, sekalipun tidak dipanggil tuhan
Ada duit, ada kekayaan dihormat orang, walaupun tidak sembahyang
Kalau dia menjadi calon di dalam pilihan raya mudah menang

Apabila ada kekayaan, di dalam keluarga dialah yang paling disayang
Di tengah masyarakat ramai dialah dipandang orang atau dihormat orang
Di dalam kumpulan kawan-kawan, dialah selalu diziarah orang
Tapi apabila jatuh miskin semuanya habis menghilang……..

Wallahu a'lamu bi al-shawab......

No comments:

Post a Comment