Monday 12 December 2011

✿ PILIH AKU UNTUK IKHLAS

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. 

Itulah kata-kata yang jika dihayati mengundang makna yang begitu besar kepada diri kita.

Dimana kita...?
Adakah mata kita melihat kejahatan orang lain...?
Adakah telinga kita masih mendengar cerita-carita buruk tentang orang lain 
Dan mulut kita masih gemar menuturkan kejahatan orang lain...?

Jika semua ini masih wujud dalam diri, 
Usahlah anggap anda sudah cukup melakukan kebaikan...!
Jika anda melakukan kebaikan sekalipon, 
Usahlah merasa diri hebat dan mendambakan sanjungan kerana ia akan mengundang rasa riak.

Jika ibadat anda melebihi orang lain, 
Usah berbangga dengan diri kerana ia mengundang ujub, 
Sukar dikesan dan dirawat.
Bukan mudah untuk ikhlas.
Makin dicari makin misteri.
Lakukanlah semua perkara kerana Allah...itu yang dinamakan IKHLAS.

Anda ikhlas...?
Tanya pada hati dan anda akan temui...insyaAllah

Petikan daripada buku Dimana Dia Dihatiku?

tulisan Pahrol Mohd Juoi, terbitan Karya Bestari.

No comments:

Post a Comment