Monday 12 December 2011

✿ Hadis 9/40 : Larangan dan Suruhan Rasulullah s.a.w.


Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.

[Hadis riwayat lmam Bukhari dan Muslim]
=======
Isi Pokok
=======



1) Jauhi Larangan :
i- haram : dapat pahala/ buat dapat dosa.
ii- makruh : dapat pahala / buat tak berdosa

2) Buat apa yang disuruh :
i- wajib : dapat pahala/ tinggal dapat dosa
ii- sunat : dapat pahala/ tinggal tak berdosa

3) Larangan banyak bertanya
  • Perkara yang tidak dijelaskan oleh syara’
  • Perkara yang tidak mendatangkan faedah/ tidak dihajati
  • Pertanyaan berbentuk mempersendakan/ menghina soal agama
  • Bertanya mengenai masalah yang tidak berlaku lagi

=========

Pengajaran
=========


Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi. Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah SAW sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya tewas terkulai tidak berdaya melakukannya sebegitu teruk.

Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau sakit.

Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpakesusahan dan kebinasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.

Wallahua'lam

sumber asal : http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=151:hadis-9&catid=58:syarah-hadith&Itemid=75

No comments:

Post a Comment