Saturday 17 December 2011

✿ Perkara Yang Membatalkan Solat

Menurut mazhab al-Syafi'i, perkara yang membatalkan solat adalah:

1. Jika salah satu rukun solat tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan.

2. Berlaku hadas kecil atau hadas besar.

3. Terkena najis secara langsung atau tidak dapat dimaafkan pada badan, pakaian atau tempat solat.

4. Berkata-kata dengan perkataan yang bukan lafaz dalam solat, dengan dua perkataan yang boleh difahami.

5. Terbuka aurat dengan sengaja sehingga kelihatan 1/4 daripada anggitax wuduknya. Walau bagaimanapun sekiranya dengan pantas ia menutup kembali, maka tidak membatalkan solat menurut al-Syafi'i dan Hanbali.

6. Makan atau minum walaupun sedikit kerana ia bertentangan dengan sifat solat. Solat juga batal jika makan dengan bayak walaupun dalam keadaan terlupa. Demikian menurut al-Stafi'i dan Hanbali.

7. Mengubah niat ketika sedang solat, misalnya berniat memutuskan solat.

8. Bergerak besar mana-mana bahagian anggota berturut-turut sebanyak tiga kali, seperti melangkah atau berjalan. Demikian menurut mazhab al-Syafi'i. Maksud "berturut-turut ialah apabila dikira setiap satu pergerakan terpisah dengan yang lain. Bagaimanapun pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat berdalilkan kepada tindakan nabi saw yang pernah membuka pintu u tuk Aisyah semasa baginda sedang solat.
Rasulullah saw juga pernah mendukung cucunya bernama Umamah, yang mana ketika solat baginda saw meletakkan di tepi ketika sujud dan apabila bangkit berdiri, Baginda saw kembali mendukungnya. [Riwayat Bukhari dan Muslim]
9. Beralih dada dari arah kiblat tanpa uzur yang kuat menurut Hanafi dan al-Syafi'i. Maliki mempunyai pandangan lain.

10. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.

11. Ketawa terbahak-bahak. Jika sekadar senyum, ia tidak membatalkan solat.

12. Mendahului imam.

13. Murtad (terkeluar ddari Islam)

Sumber: Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment