Wednesday 7 December 2011

✿ Mengintai Bahagia??

Assalamualaikum wrt...

Kalam ar Rahman tidak pernah silap atau berdusta...benar sekali...setelah meneroka ayat-demi ayat Nya...ketenangan menyelusup masuk ke dalam hati dan jiwa.. menolak keluar kesakitan dan kepiluan yang menjadi tetamu.... damai dan bahagia rasanya... Seolah2 Dia hadir bersama .. menawar kesakitan ..merawat kedukaan....Di kesempatan terhad ini saya ingin mengajak diriku dan saudara2ku semua untuk melihat dlm 'cermin diri' ..apakah kita tergolong orang yang sudah memiliki jiwa yg BAHAGIA atau masih mengintai2 BAHAGIA itu??? Untuk itu saya memilih kata2 hikmat dari ulamak yang pakar tentang isu ini sebagai sandaran 'tafakkur' kita... Selamat berCERMIN...melalui hikmah dari hati Syeikh Dr A'idh bin Abdullah Al-Qarni.....

FIKIR2KAN....

(1)

"Gembira dengan dunia adalah kegembiraan kana-kanak.. Gembira dengan keimanan adalah kegembiraan orang2 Abrar(berbakti kpd Robb).. Berkhidmat kepada harta adalah hina... dan beramal kepada Allah adalah kemuliaan"

(2)

"Kepedihan dalam mencapai cita2 adalah nikmat.. Keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan..peluh kerana kerja adalah pewangi dan pujian yang baik adalah wangian yang semerbak"

(3)

"Kebahagiaan itu adalah ketika mushaf menjadi kawan anda..Kerja menjadi kesukaan anda.. rumah anda menjadi tempat ibadah anda.. dan perbendaharaan anda adalah sifat qanaah anda"

(4)

" Janganlah menjadi kepala kerana kepala itu sering pening.. Janganlah mencari kemasyhuran kerana kemasyhuran itu ada uftinya..sementara kecukupan(yng sederhana) itu adalah kebahagiaan"

(5)

" Kematian hati seseorang itu dapat di ketahui ketika ia meninggalkan ibadah.senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk..merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang yang solleh"

(6)

"Orang yang tidak bahagia di rumahnya tidak akan bahagia di tempat lain..Orang yang tidak dicintai keluarganya nescaya tidak akan di cintai siapapun..Orang yang menyia2kan hari ini akan menyia2kan hari esok"

(7)

"Tidak ada ketenangan kecuali dengan menyendiri dalam ketaatan (uzlah),.Tidak ada rasa aman kecuali dengan kepatuhan.. Tida ada rasa sayang kecuali dengan menepati janji..Tidak ada kepercayaan kecuali dengan kejujuran.."

(8)

Sebaik2 hari adalah yang membuatmu semakin pemaaf..yang memberikanmu ilmu pengetahuan yang baru..yang mencegahmu berbuat dosa...yang membuatmu semakin bijaksana..dan yang mengepamkan semangat dan tekad yang kuat dalam dada.."

(9)

"Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan iaitu buku yang bermanfaat..anak yang berbakti, isteri/suami yang dicintai dan kawan2 yang solleh"

(10)

"Berbahagialah sekarang juga! kerana anda tidak akan terjamin akan terus hidup.Anda tidak mempunyai jaminan akan selamat dari perubahan zaman..Maka janganlah jadikan kegelisahan sebagai matawang anda.. kebehagiaan sebagai hutang anda.."

Saudaraku! Putera puteriku..
Jangan terlalu bersedih jika hari ini , kita belum terpilih untuk meraih kebahagiaan dari sudut material,duniawy atau kebahagiaan zahir...walaupun telah mengusahakannya ...kerana kita masih berpeluang untuk memiliki kebahagiaan jiwa(bathin) dengan mendekatkan diri dengan pemilik hati itu sendiri..qanaah dengan apa yang dimiliki.. sabar dan ridho dalam kesakitan..berlapang dada dengan kebencian orang lain..ikhlas dalam amalan..

Sesungguhnya benar..
Ketenangan dan kebahagiaan jiwa itu akan lahir dalam apapun situasi dan kondisi yang dihadapi ...seandainya kita sentiasa meletakkan Allah di hati ..di minda .. menjadikan ridhoNya sebagai matlamat dalam segala perkara yang difikirkan,dibicarakan maupun yang dilakukan..

sekali lagi saya tegaskan.. kalam Allah tidak tersasar .."Sesungguhnya jiwa orang yang beriman itu akan tenang dengan mengingati Allah(berzikir)..dan ketahuilah dengan mengingati Allah ,jiwa akan tenang.."

No comments:

Post a Comment