Thursday 15 December 2011

✿ Meletakkan tangan di dada ketika solat

TOLONG PERBETULKAN AQIDAH !

Bismillah ar Rahman ar Rahim

Meletakkan tangan di dada ketika solat dianggap WAHABI ?

hm . alahai ummat . tolong la perbetulkan aqidah !

MemFITNAH itu hukumnya DOSA BESAR !!

Dalil Yang Menetapkan Meletakkan Tangan Di Atas Dada

Sesungguhnya Rasulullah saw apabila berdiri (qiyam) dalam solat baginda akan meletakkan tangan kanannya di atas belakang tangan kirinya.Adakalanya beliau menggenggam tangan kanannya di pergelangan tangan kirinya. Sahl bin Sa’ad r.a menerangkan:

كَانَ النَّاسُ يُؤْمَرُونَ أَنْ يَضَعَ الرَّجُلُ الْيَدَ الْيُمْنَى عَلَى ذِرَاعِهِ الْيُسْرَى فِي الصَّلاَةِ.
Manusia diperintahkan agar meletakkan tangan kanannya
di atas lengannya yang kiri dalam solat.
( Hadith Bukhari 740 )

Demikian juga oleh Wail bin Hujur r.a :
ثُمَّ وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى.
Kemudian meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya.
(Hadith Riwayat Muslim 401 )

Dalam sebuah riwayat yang lain beliau menyebut:
ثُمَّ وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى كَفِّهِ الْيُسْرَى وَالرُّسْغِ وَالسَّاعِدِ.
Beliau (Nabi saw) meletakkan lengan kanan pada punggung telapak kirinya, pergelangan, dan lengan kirinya.
(Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, hadis no. 726 dan Nasai dalam Sunannya, hadis no. 889. Nawawi menyebut hadis ini dalam al-Majmu’, jld. 2, ms. 269 dan beliau berkata: “Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih.” Turut dinilai sahih oleh Albani dalam Sahih Sunan Nasai, hadis no. 889.)

Tentang tempat perletakkan tangan pula maka terdapat beberapa pendapat yang antaranya adalah di atas pusat, di bawah pusat, di perut dan di dada. Menurut al‘Utsaimin rahimahullah: “Pendapat yang lebih dekat kebenarannya adalah meletakkan tangan di atas dada.” Dalilnya adalah hadis Wail bin Hujur r.a :

صَلَّيْتُ مَعَ النَِّبيِّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَ يَدَهُ اْليُمْنَى عَلَ يَدَهُ اْليُسْرَى عَلَى صَدْرِهِ.
“Saya melakukan solat bersama Nabi saw maka diletaknya tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dada.”
( Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya, hadis no. 479. Hadis juga disebut oleh Nawawi dalam Al-Majmu’, jld. 3, ms. 270; al-Zaila‘i (الزيلعي) dalam Nasb al-Rayah (نصب الراية) fi Takhrij Ahadits al-Hidayah, jld. 1, ms. 433 dan Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam al-Talkhish al-Habir (التلخيص الحبير) fi Takhrij Ahadits al-Rifa‘i al-Kabir (الرافعي الكبير), jld. 405 dan mereka pada zahirnya menerima pensahihan Ibn Khuzaimah. Sanad hadis ini telah dinilai sahih oleh penyemak kitab Shahih Ibn Khuzaimah: Muhammad Musthafa al-‘Azhami. )

Tentang diletakkan tangan di atas dada, Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:

Para ulama’ berpendapat bahawa hikmah yang dapat diambil adalah bahawa meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri merupakan sifat orang yang memohon dengan merendahkan diri, dan lebih mendekatkan kepada kekhusyu’an.Sepertinya Imam Bukhari memperhatikan hal ini, sehingga sesudahnya (Bab meletak tangan kanan atas tangan kiri) dia menyebutkan bab tentang khusyu’. Di antara pernyataan yang unik adalah pendapat sebahagian ulama’ bahawa hati merupakan tempat niat, dan telah menjadi kebiasaan seseorang yang hendak menjaga sesuatu maka dia menempatkan tangannya di atas sesuatu yang dijaga.

Tambah Ibnu Hajar lagi bahawa Ibnu Abdil Bar berkata:

Tidak ada perbezaan riwayat dari Nabi saw mengenai hal itu (yakni meletakkan tangan di atas dada ), dan ini merupakan pendapat majoriti sahabat dan tabi’in serta pendapat yang disebutkan oleh Malik dalam kitab al-Muwathta’. Ibnu Mundzir dan lainnya tidak menukil dari Imam Malik selain pendapat ini.

(Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 429. )

Menurut Abu Ubaidah Masyhur:

Sedangkan para ulama’ mazhab Maliki meriwayatkan tentang sunnahnya meletakkan tangan di dada ketika solat fardhu mahupun solat sunat merupakan hal yang bukan rahsia lagi. Sebab orang-orang hidup pada generasi awal Islam telah diperintahkan untuk melakukannya.
( Dinukil daripada kitab Koreksi Total Ritual Solat, ms. 112. )

al Syaukani di dalam kitabnya Nail alAwthaar (Jld. 1, ms. 204) berkata:

Tidak ada satu hadis pun yang lebih sahih dalam masalah ini (tempat meletakkan tangan) kecuali hadis Wail (bin Hujur) di atas. Riwayat ini benar-benar sesuai dengan perbuatan orang-orang salaf kami, yakni seperti pentafsiran Ali dan Ibn Abbas tehadap firman Allah dalam suratul Kauthar ayat 2:

" Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan ber-nahar-lah "

Yang dimaksudkan dengan kata nahr dalam ayat tersebut adalah meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di tempat nahr (menyembelih haiwan) dan di dada.

( Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Solat, ms. 114. )

Maka dengan ini jelas bagi kita semua bahawa meletakkan tangan di atas dada ketika berdiri dalam solat mempunyai dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan ianya juga merupakan salah satu dari pendapat ulama’ Ahlus Sunnah wal Jamaah. Maka seharusnya umat Islam di Malaysia berlapang dada dalam menerima sunnah Nabi saw ini walaupun ianya tidak biasa diamalkan di sini.

wAllahu'alam .

http://anisanuraisyah.blogspot.com/2011/01/tolong-perbetulkan-aqidah.html#comments

No comments:

Post a Comment