Friday 2 December 2011

✿ Ku tunggu tikanya

“Sanggupkah awak menunggu selama tiga tahun?”

Tanya ‘putera penyelesaian’ memecah kebuntuan di dalam satu sesi ‘perkenalan’.

“Kenapa awak bertanya begitu?”

Soal ‘puteri keadilan’ kembali.

“Saya akan usahakan untuk menyelesaikan pengajian peringkat sarjana dahulu & dalam masa yang sama untuk mempersiapkan diri menempa sejarah hari mendatang”

Jelas putera.

“Saya juga ingin menyelesaikan pengajian peringkat sarjana dalam tempoh itu”

Kata puteri.

Tempoh yang sama, masa yang sama, impian yang sama untuk memburu kejayaan hidup. Alhamdulillah.

Merindukan pendamping hidup adalah fitrah setiap insan. Pemuda, sebagai makhluk Allah Ta’ala yang cenderung bergiat aktif di medan juang memerlukan pendamping sebagai sayap kiri perjuangan. Manakala wanita pula, insan mulia makhluk ciptaan Illahi yang cenderung untuk dilindungi pasti berharap akan kehadiran seorang pemuda dalam hidupnya.

Dan saat menanti sama ada untuk meminang mahupun dipinang, adalah ujian berat bagi seorang gadis dan tidak terlepas juga bagi seorang pemuda. Sebagai bunga yang telah mekar atau sememangnya telah mekar sekian lama, seringkali ia akan terlena dengan tawaran manis si kumbang yang datang mempersonanya. Sayang, kebanyakan kumbang-kumbang itu sekadar ingin menggoda saja. Begitu juga, sebagai wira yang telah terbina, seringkali ia akan terlena dengan senyuman manis perawan yang datang menggoda. Tapi sayang, kebanyakan perawan itu hanya mahu menumpang kesenangan& menghirup madu kemewahan saja.

Kerana itu setiap gadis Muslimah perlulah pandai menjaga & selalu berhati-hati, jangan sampai tertipu. Setiap jejaka muslimin juga perlulah menutup pintu hati serapat mungkin, jangan sampai terleka & alpa.

“Kamu sudah bertunang?”

Tanya seorang teman setelah terlihat cincin bertatahkan batu zamrud hijau di jari manis.

Hanya senyuman yang saya lemparkan sebagai jawapan.

“Ya, saya sudah bertunang. Bertunang dengan kematian sejak saya dilahirkan”

Jawab seorang insan solehah yang jamilah di ketika yang lain.

“Jaga batas dengan baik dalam tempoh penantian ini”

Nasihat seorang pak cik yang saya panggil ‘abi’.

“Abi, apakah yang sebaiknya dilakukan oleh seseorang yang dalam penantian?”

Tanya saya.

“Tidak kira macam mana sekalipun, jangan dilupakan tujuan kita ini diciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah Ta’ala, jadi perbanyakkan amal ibadah”

Jawab abi.

“Jangan dilupakan juga konsep berdoa & tawakkal, disamping itu persiapkan diri & membekali diri dengan ilmu”

Abi menambah.

“Membekali ilmu dengan mempelajari kitab munakahat seperti kitab yang sedang dipelajari ini ke abi?”

Tanya saya dengan nada gurauan.

Memperbanyakkan amal ibadah:


Seorang yang dalam penantian hendaklah semakin mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Mendekatkan diri, bertaqarrub & bermunajat kepada Allah Ta’ala dengan memperbanyakkan amal ibadah, khususnya ibadah sunat. Kerana ia merupakan perisai ampuh membentengi diri dari berbagai godaan.


Doa & tawakkal:


Semua tentang manusia ini telah pun ditetapkan Allah Ta’ala. Rezeki, maut, termasuk jodoh manusia telah diaturkan Allah Ta’ala dengan sebaik pengaturan & Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya. Apa yang perlu dilakukan adalah berikhtiar menjaga perhubungan & berdoa, kemudian bertawakkal kepada-Nya. Hanya kepada Allah Ta’ala kita berserah diri & mohon pertolongan. Berdoalah agar pasangan merupakan seorang yang soleh & solehah, yang baik agamanya, baik akhlaknya & elok rupa parasnya yang boleh membawa kebahagiaan bagi kita di dunia & akhirat. Tanamkanlah keyakinan kepada Allah Ta’ala. Sesungguhnya Allah Ta’ala itu mengikuti & perkenankan apa yang disangkakan oleh hamba-Nya. Maka yakinlah doa kita akan dimakbulkan & dengan itu janganlah kita berburuk sangka kepada Allah Ta’ala.

Mempersiapkan diri & membekali diri dengan ilmu:

Persiapkan & bekali diri dengan ilmu, khususnya ilmu agama terutamanya yang berkaitan dengan tatacara berumahtangga. Persiapkan diri dengan ketrampilan seorang yang akan berumahtangga. Pasangan pasti akan merasa gembira dan sejuk di hati melihatkan diri ini terampil & bersedia menjadi insan soleh & solehah yang mana merupakan sebaik-baik perhiasan buat pasangan. Tidak lupa juga dalam mempersiapkan diri dari segi perwatakan & kesihatan luaran & dalaman supaya tampil baik, cantik serta segar. Tetapi ingat! Kecantikan itu tidak boleh diolah sebarangan, persembahkan hanya untuk pasangan tercinta kelak.
“Dua hati yang jauh dipisahkan oleh laut membentang boleh bertemu apabila sama-sama bertaqarrub dihadapan Allah Ta’ala, boleh berbual apabila sama-sama bermunajat pada Allah Ta’ala. Maka ikatlah dua hati yang terpisah di hadapan Allah Ta’ala dengan sama-sama kembali kepada-Nya pada waktu yang sama”
Kata abi menambah perkongsian pengalaman.

Menantimu ibarat menenun songket kasih. Pedih bersengkang mata, sepuluh jari terluka, namun hasilnya menjadi penawar manis

No comments:

Post a Comment