Friday 2 December 2011

✿ ADAB-ADAB SEORANG PENUNTUT ILMU

1.Apabila ia menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu.

2.Jangan memperbanyakan berkata-kata di hadapan gurunya.

3.Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya.

4.Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.

5.Jangan ia menyangkal perkataan gurunya seperti ia berkata si pulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.

6.Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya,maka ia akan menyangka bahawa ia lebih tahu dari gurunya.

7.Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk di tepinya ketika gurunya memberi pelajaran.

8.jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan dihadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang bersembahyang.

9.Jangan ia memperbanyakan soalan kepada gurunya ketika gurunya letih.

10.Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormati gurunya.

11.Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika gurunya bangun setelah habis pengajian.

12.Jangan bertanya kepada gurunya di tengah-tengah jalan sehingga ia sampai kerumahnya atau ke tempat duduknya.

13.Jangan buruk sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya(bukan menyalahi agamanya)maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya.

Sumber : kitab BIDAYATUL HIDAYAH (IMAM AL-GHAZALI r.a)

No comments:

Post a Comment