Friday 16 December 2011

✿ Hadis 8/40 : Hak Islam & Konsep perang




Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.
[Hadis riwayat lmam Bukhari dan Muslim]

=======
Isi Pokok
=======




1) Wajibnya perang - difardhukan - tolak tipu daya musuh - naikkan bendera Islam.

2) Terpelihara darah dan harta :

i) orang yang mengucap dua kalimah syahadah.

ii) orang yang mendirikan solat fardhu.

iii) orang yang membayar zakat.

iv) orang yang beriltizam dengan hak-hak Islam.

3) Perjalanan Hukum - hanya pada zahir - batin serah pada Allah.

=========
Pengajaran
=========


Risalah atau misi kedatangan Rasulullah SAW halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan ialah menegakkan dakwah lslam sehingga tertegak aqidah lslam. Memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai, mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya.

lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang mukmin muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.

Wallahu'alam...




sumber asal : http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=149:hadis-8&catid=58:hadis-40&Itemid=75

No comments:

Post a Comment