Friday, 16 December 2011

✿ Akukah insan GHURABA' itu..

Akukah insan GHURABA' itu??
yang bertahan di pokok iman tika masyarakat telah mencatasnya..??
yang menghidupkan syiar Islam(tulin) tika masyarakat merojakkannya..
memajmukkannya??

Akukah insan GHURABA' itu??
membawa nama Islam bukan untuk ditayang..
membawa peribadi baik bukan untuk ditatang.. 
yang membumikan Islam dalam kehidupan..
kerana mencari ridho ar-Rahman..

memilih jalan jalan sukar.. hamparan berduri..
kerana cinta robby bertakhta di hati..

Akukah insan GHURABA' itu??
menerima cabaran dan mehnah dgn senyuman..
menyatakan mudah pd sulitnya langkah..
tidak mudah melatah... walau dunia di serah..

tari rentak Islam jadi pilihan..
meskipun terasing dalam keramaian
terus melangkah.. Walaupun payah!
di hati zikir bertali arus.. ya ALLah ! Ya Allah!!

"Sesungguhnya cara hidup di sisi Allah itu hanyalah Islam” 
Surah Ali Imran ayat 19.

Akukah insan GHURABA' itu??
Mengambil celupan Allah sepenuhnya..
tiada celupan-celupan lain memenangi hatinya.. 

“Celupan Allah, dan siapakah yang lebih baik daripada Allah akan acuannya?” 
Surah Al-Baqarah ayat 138.

tidak berbangga-bangga walau sedang menuju syurga
menjadi ghuraba’... menjadi orang-orang yang bahagia..
Walau sedunia membenci..walau sedunia mengkonspirasi..
tentera ghuraba’ tetap tenang dan bahagia di dalam jiwa..
merdeka di hati.. kerana yakin sentiasa terjaga..

“…sekiranya mereka itu berkumpul untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu” Hadith riwayat Tirmidzi

menjadi GHURABA' ..menjadi abdi pilihan..
Hidup dalam kemuliaan di sisi ar-Rahman.. 
kalau mati pun syahid adalah jaminan.. 
di akhirat nanti berbahagia bersama bidadari/ra idaman..

bahagia lah aku.. andainya GHURABA' itu.. adalah aku
yang menjadi sebutan rasul junjungan..
di kehidupan abadi..
dijanjikan keuntungan (yg tertinggi..)

“Islam itu datang dalam keadaan asing(GHaRIB), dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana mulanya ia, maka beruntunglah(ghuraba') orang-orang yang asing(ketika keasingan Islam yang kedua itu)”
Hadith riwayat Muslim.

bahagia lah aku.. andainya GHURABA' itu.. adalah aku

di kehidupan abadi..
kemenangan hakiki..dimiliki..
di syurga adn, mahligai menanti...

“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” Surah As-Saff ayat 12-13.

Saudara2ku !!
Semoga saya dan anda menjadi insan pilihan..
insan GHURABA' memperjuangkan kebenaran
di bumi Tuhan ..

Moga ada manfaatnya
Salam mahbbah..
Salam Ukhuwwah..
Salam mujahadah..

-Pendaki senja-

No comments:

Post a Comment