Monday 12 December 2011

✿ Dai'eku .. makhluk istimewa

Duduk sendirian memandang beburung kecil yang terbang ..kejar mengejar.. hinggap dari satu pohon ke satu pohon .. bercicip sesamanya.. sememangnya menjadi kegemaranku.

Disamping mendekatkan ku pada kesempurnaan yang Maha Ariff..fenomena itu menggamit rinduku pada Dai'e2 yang pernah berjasa membuka mata hati ini dari kelalaian .. yang menepis kemalasan seorang insan yang dhoif(sering sakit) dan sering dipenatkan oleh kesibukan mengejar cita-cita dan impian dalam hidup untuk segera mengingati Khaliq dan istiqamah dalam ketaatan..

Dai'ku di seberang laut.. Terpaksa ku tinggalkan dibumi anbiyak penuh barakah.. Tak tahu dimanakah mereka sekarang?? Mungkin semuanya telah tenang bertemu KEKASIH..kerana ku tahu usia mereka tak boleh bertahan lama..

"SELAMAT JALAN .. DAi'2ku.. Tolong doakan sahabat kamu ini dari alam kehidupanmu yg baru.!!!".. Ya Allah !! Rahmatilah mereka.. sungguh !!mereka makhlukmu yang istimewa.. meskipun tak dikurniakan akal namun punya rasa .. punya keimanan..ketaatan untuk turut berperanan dalam menyebarkan dakwahMu dengan cara tersendiri.. Sungguh unik dan halus tarbiyyyahMu ya Robb!!! Sungguh !! Tidak ada satu pun makhluk yang Kau ciptakan sia-sia..


Dai'eku yang pertama .. Sering mengingatkanku untuk memelihara ibadah solat fardhu di awal waktu.. TOMPOK namanya.. seekor kucing jantan yang comel dan montok..bertompok hitam putih. Tompok manja dan mudah merajuk.. sensitif.. Tompok punya tabiat kemanusiaan..hehe.. makan pakai garpu..pandai buka pintu.. dan menmanggil ku jika loceng berbunyi ada tetamu datang..

Keistimewaannya.. setiap azan berkumandang TOMPOK akan mengingatkanku waktu pertemuan dengan KEKASIH dah tiba.. Jika aku lena ,dia akan tarik selimut.. jilat muka..sambil mengiau2..memijak2 badanku.. Tompok tak akan berhenti sehinggalah aku bangun.. Terkadang lucu juga.. bila telatahnya tak ku pedulikan,Tompok mengiau2 dengan pelbagai nada suara..betul2 macam omelan seorang ibu yang marah tika anaknya liat nak bangun solat.. Di samping itu Tompok sangat perasa..Ia pandai merajuk kalau ku marahi..Bila aku sakit dan tak mau makan ,Tompok juga enggan makan..erm.. Tompok!! Itulah Dai'ku yang ku rindui setiap kali ku lihat potret 'kucing'..

Dai'eku yang kedua dan ketiga.. Tiada nama khas.. bilangan nya juga tak ku tahu.. selalu bertamu bersama kokokan ayam didinihari.. Terusterang kukatakan,pada awal pertemuan kami, aku membenci kehadirannya... Amat jengkel mendengar bunyiannya yang membising di telinga..Amat marah bila dia menghisap darahku seenaknya.. sakit!! Namun itulah caranya berdakwah padaku..kerana dia seekor nyamuk..berwarna putih keseluruhannya..


Aku juga tidak mengerti pada mulanya sekiranya itu adalah petunjuk buatku.. Apabila hal yg sama berlaku setiap malam pada waktu yang sama..tepat jam 2 malam(waktu paling afdhal utk qiamullail) dengan kokokan ayam yang serupa ..sebagai manusia yang di beri akal , aku mula berfikir.. oo.. nyamuk2 ini utusan yang Maha Pengasih untuk mengejutkan aku dari keenakan mimipi indah .. Untuk malam2 seterusnya aku tidak marah lagi bila sahabatku ini mengejutkan aku dengan cara habitatnya..malah aku rasa terhibur..bagi ku, itu gigitan sayang..Sememangnya Qiamullail waktu itu bukanlah menjadi kebiasaanku.. lebih2 lagi di musim sejuk.. yang enaknya berselimut 3-4 lapis... hehe..


Bermula dari peristiwa itu, ku mula mentalaah buku2 atau risalah yang menjelaskan tentang perlaksanaan Qiamullail yang sempurna.. Aku lebih meyakini andaian ku terhadap nyamuk itu benar bila kudapati , tiada lagi sahabatku itu mengejutkan aku bila mata ini sudah terbiasa sedar dengan sendirinya pada waktu yang sama.. Terima kasih sahabat2ku .. nyamuk putih ..ayam misteri...

Dae'iku yang seterusnya.. ku abadikan nostalgia kami lewat puisiku sebelum ni, "Bicara buat beburung kecil" ... ya, beburung kecil yang sering bertandang dan menjenguk ditingkap bilikku setiap pagi(beberapa bulan).. walaupun jumlahnya antara 3-5 ekor,tp cukup hingar dan pastinya menggagalkan keinginanku untuk tidur kembali selepas solat subuh.. Cicipan nya yang tidak dimengerti itu mengingatkan aku pada kalam KEKASIH.." 

Telah bertasbih segala (makhluk) yang di langit dan di bumi.." ..Aku jadi malu pada makhluk2 Allah ini.. Aku punya ilmu, tapi ternyata ilmu yang tidak dihayati tidak membawa kepada penghijrahan jiwa, sikap dan pengabdian yg tulus kepada Khaliq.. Aku punya akal tapi tidak mengarahkannya untuk mengenal Pencipta.. dhoifnya aku..

Bermula dari peristiwa itu.. ku gelar para dai'e di jln Allah bagaikan beburung kecil.. siulan beburung bagaikan taburan ilmu dan seruan yang keluar dari bibir2 mujahid/ulamak samada secara langsung(lisan) atau pun tidak langsung(tulisan pena dn sbginya) .. kibaran sayap beburung bagaikan gerakan dakwah yang tak kenal penat.. terbang dari satu dahan kesatu dahan..dari satu daerah ke satu daerah.. berkawanan..berjamaah...dari satu situasi ke satu situasi.. mengatur misi demi misi dengan ajakan murni..ayuh! Bangkit dari kemalasan !! bertindak dari sekarang!! Kenali Tuhanmu!! Fahami tugasmu sebagai ABDI!! Khalifah di muka bumi!!

Saudara2ku!! Putera Puteriku..

Perkongsian ini bukan cerita jenaka maupun seloka.. hakikat itu berlaku di alam nyata.. mungkin tanpa disedari, kalian juga pernah melaluinya ... cuba renung sejenak... mungkin ada kenangan tarbiyah berasama makhluk istimewa yang lain..Andainya suatu ketika ..sedang asyik memandang perkara yang makhruh,syubhat ,tetiba kaki terlangggar batu atau tetiba letrik padam tika asyik meneonton rancangan TV yang haram.. maka itu teguran dariNya !!

Tarbiyyah melalui makhluk untuk makhluk.. Apapun, mereka cuma wasilah .. wasilah dari Allah swt untuk menyampaikan hidayah dan taufiqNya pada hamba2nya..Nasykuruka ya Robb!!

Putera2 .. puteri2ku!!

Tak salah kan.. sesekali rendahkan hati pada makhluk Allah yg lain.. belajar dari alam.. flora dan fauna yang ada di sekeliling.. Kalau mereka boleh tunduk patuh pada khaliq kenapa tidak kita.. sebaik2 makhluk ciptaan Allah??...Kalau mereka tidak pernah lupa bertasbih pagi petang,memuji dan mensyukuri nikmat Pencipta, mengapa kita selaku makhluk terpilih sebagai khalifah ini liat beribadat dan sering melupakanNya??

Kalau mereka berperanan mengingatkan manusia yang terlalai mengapa tidak kita ?? manusia sesama manusia??? Tolong direnungkan sedalam2nya..semoga melahirkan tindakan hijrah yang diredhoi.. dan semoga kita diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam ketaatan..

Istiqamah dalam perjuangan..


Salam Mahabbah!!... Salam Muhasabah!!

Salam Muraqabah... Teruskan Mujahadah!!

Pendaki Senja

No comments:

Post a Comment