Thursday 15 December 2011

✿ Adab Menziarahi Perkuburan

1. Hendaklah mengucapkan salam : 
"Selamat sejahtera untukmu, wahai penduduk kampung daripada orang-orang Mukmin dan Muslim, sesungguhnya kami insya'allah akan menyusulmu, kami mohon kepada Allah untuk kami dan kamu, agar diberi keselamatan (dari apa yang tidak diingini)." (Riwayat Muslim no 974)
2. Berhati-hati agar tidak memijak kubur.

3. Menziarahi dengan perasaan insaf bahawa setiap kita akan kembali kepada Allah.

4. Haram memijak kubur melainkan apabila terpaksa.

5. Memakai pakaian yang menutup aurat.

6. Memohon keampunan Allah buat orang-orang yang telah meninggal dunia itu.

7. Tidak digalakkan membaca sesuatu yang bertulis kerana ditakuti akan menyebabkan ditimpa lupa.

8. Haram memohon pertolongan daripada orang yang telah meninggal dunia.

9. Haram memperindahkan kubur seseorang yang telah meninggal dunia lebih-lebih lagi dengan tujuan berbangga-bangga.

10. Diharuskan menanam tumbuh-tumbuhan di kubur seperti yang Nabi saw lakukan iaitu meletakkan daun kurma yang masih hijau agar mendoakan si mati.

Perkampungan abadi

No comments:

Post a Comment