Monday 12 December 2011

✿ Petua-petua Doa Makbul

  • Berdoa dengan ikhlas kepada Allah. 
  • Memulakan pujian kepada Allah, diikuti dengan selawat ke atas Nabi SAW. Sekurang-kurangnya kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah Alhamdulillah dan wassalatu wassalam ala Rasulillah. 
  • Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW juga. 
  • Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah SWT. 
  • Berdoa dengan kusyuk dan rendah diri. 
  • Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan. 
  • Berdoa dengan sabar, menanti untuk dimakbulkan Allah. 
  • Sentiasa berdoa pada setiap masa ada ketika senang atau susah 
  • Tidak berdoa tentang perkara keburukan,seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim. 
  • Tidak berdoa pada tempat maksiat 
  • Merendahkan suara 
  • Berdoa dengan mengulangkan "Ya Rabb" sebanyak 3 kali 
  • Mengadap ke arah kiblat 
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa 
  • Berdoa dalam keadaan berwudhuk 
  • Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat 
  • Tidak bersajak dalam berdoa 
  • Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna (al-jami) 
  • Menyeru Allah SWT dengan nama-namaNya yang mulia 
  • Makanan & minuman mestilah daripada sumber yang halal 
  • Hendaklah melakukan Al-amru bil ma'ruf nahyi anil munkar 
  • Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain 
  • Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari 
  • Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa 
  • Mengaminkan doa yang dibacakan. 
  • ~Ust Zahazan Mohamed~

No comments:

Post a Comment