Friday 2 December 2011

✿ Membaca al-Quran

Allah telah menjanjikan pelbagai kelebihan untuk mereka yang sentiasa mengamalkan bacaan al-Quran. Sebenarnya setiap ayat al-Quran mempunyai keutamaan dan kelebihan tersendiri. Kesemua ayat al-Quran ialah kalamullah yang mulia dan terkandung berbagai-bagai keberkatan di dalamnya. Kita boleh mengamalkan surah atau ayat tertentu mengikut keperluan dan keadaan tertentu.

Surah al-Fatihah misalnya wajib dibaca pada setiap rakaat solat, manakala surah al-Falaq dan an-Nas jika tiga kali akan memberi perlindungan daripada bencana dan segala perkara yang tidak diingini. Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran didalam solat dikurniakan 100 kebajikan, manakal diluar solat dalam keadaan berwuduk diberi 50 kebajikan dan jika tanpa wuduk diberi 10 kebajikan.

Pahala membaca surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran, dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga. Ayatul kursi (al-Baqarah ayat 255) pahalanya menyamai satu perempat al-Quran dan jika dibaca setiap lepas solat akan dimasukkan ke syurga. Al-Mukmin ayat 1-3 pula untuk keselamatan. Pembaca ayat al-Quran terselamat daripada api neraka.


Al-Quran menjadi pembela di akhirat nanti. Pembaca al-Quran akan memperoleh keamanan hati dan jiwa. Jika membaca al-Quran sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat. Pembaca al-Quran dimasukkan ke dalam golongan siddiqin, syuhada dan solihin.

Membaca al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka. Pembaca al-Quran akan mendapat kemuliaan di syurga, mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan malaikat di langit. Rumah yang dibacakan ayat al-Quran didalamnya akan dimasuki malaikat, manakal rumah yang tidak dibacakan ayat al-Quran akan dimasuki syaitan.

Pahala membaca al-Quran setiap satu huruf 10 kebajikan. Menurut Ibnu Majah pahala membaca al-Quran diganda sehingga 400 pahala dan menurut Ibnu Al-Jauzi diganda sehingga 700 pahala. Alangkah bertuahnya manusia kerana pembaca al-Quran ialah hartawan di akhirat.

No comments:

Post a Comment