Saturday 17 December 2011

✿ Malam itu

Jam menunjukkan pukul 11.59 malam, 31 disember 2010

Jalan dipenuhi kereta, kelihatan sunyi
Ada yang menarik nafas, menahan sesuatu dari perut yang dipenuhi nasi
Ada juga yang sedang memegang erat tangan pasangan sendiri, seolah-olah tak lama lagi mereka akan digilis lori
Ada juga yang memasang aksesori kepada insan2 tersayang, topeng2 pelik dan warna-warna yang menghiasi suasana

"Tik"

Bunyi jam berdetik, menunjukkan tepat waktu 0:00, 1/1/11

Dan, tanpa semena-mena bunyi mercun berdentum, memecah kesunyian malam

Ada menjerit, ada yang berteriak, ada juga yang berciuman, ada juga meneguk arak

Bunyi hon kereta yang nyaring berbalas2, dan kedengaran tangisan2 manusia yang menangis tanpa sebab, seperti orang yang baru lihat keputusan SPM terbaru

Di tepi jalan, ada beberapa pengemis yang tidak mengerti apa berlaku

Terkejut dengan bunyi mercun, mereka berpandangan sesama sendiri, berwajah kulat, tidak faham dengan 'penyakit' yang telah merebak

Kerana bagi mereka, tahun baru atau tidak, mereka akan tetap mengemis

Kerana mereka tahu, tidak akan ada perubahan selagi mana pemerintah yang sama kekal memegang takhta

Yang mereka terima hanyalah perubahan retorik, laungan2 palsu tentang erti kebebasan


Di sudut jalan yang lain, kucing dan anjing termangu-mangu

Mereka tidak mengerti, apakah yang berada di keramaian itu adalah satu koloni beruk, atau manusia yang baru keluar dari gua atau penjara setelah terkurung sekian lama?

Masing2 berpandangan satu sama lain, antara mahu menyalak dan mengiau, masing2 tidak mengerti apa yang sedang berlaku di depan mata mereka

Ada juga haiwan yang lari2 ke bawah longkang kerana takut melihatkan zombie2 yang sudah mengidam darah kucing dan anjing jalanan

Di dalam otak haiwan itu terfikir..

Adakah esok sudah kiamat? Atau esok sudah diketahui turunnya Imam Mahdi?

Gadis comel bertudung litup, sudah hilang kesopanannya

Lelaki maco berbadan sasa, sudah jelas kedayusannya

Pemimpin agung berkuasa hebat, sudah ketara pengkhianatannya


Di atas podium

Artis2 yang dijemput menjadi penghibur

Menjerit berteriak dan berjoget ibarat monyet yang kepanasan

Kilauan lampu dan gelombang bunyi dari speaker Hi-Fi menjadi penyeri suasana


Di bawah podium

Manusia2 yang terlalai adalah sasaran

Mereka yang diperangkap penjara jahil menjadi mangsa

Ada yang turut berjoget dan terhibur

Ada juga yang bercium-ciuman dan menonggang arak


Di pentas podium

Kelihatan susuk2 VIP duduk dengan gahnya

Terpancar wajah seorang pemimpin yang amat dikenali ramai

Menteri negeri, ketua daerah, segalanya berkumpul di situ

Terpampang keseronokan di wajah mereka

Melihatkan kejayaan mereka merawat pesakit2 umat


Jelas kelihatan manusia2 yang sakit berjaya dirawat

Melihatkan gelagat mereka melompat dan tiada rasa gundah

Mungkin itulah definisi kejayaan mereka dalam merawat penyakit umat sekarang


Di pentas pun begitu juga

Mereka seronok dan puas kerana berjaya menyelamatkan manusia

Dan itulah yang menjadi motivasi mereka agar terus berjuang

Tidak akan putus asa dalam meneroka cabang ubat buat pesakit2 akhir zaman tercinta


Persoalannya, sampai bila?

Sejauh mana kesannya kaedah rawatan ini?

Adakah bersifat sementara, atau selamanya?


Kanak2 kecil, memakai topeng2 gila

Kerana berasa seronok melihat orang-tua mereka berseronok


Bayi2 kecil turut menjadi mangsa mendengar jeritan2 orang tidak betul

Kerana ibu yang mendukungnya turut seronok berdansa


Anak2 muda yang menjadi harapan ibarat sudah tiada pedoman

Kerana mungkin meraka sudah tiada ibubapa, atau sudah dianaktirikan ibubapa sendiri


Apa yang berlaku sebenarnya, kawan?

Adakah tarian ibarat beruk itu yang menjadi pujaan?

Adakah air loya itu yang menjadi sasaran?

Adakah melempiaskan nafsu itu menjadi tumpuan?


Apa bezanya semua itu dengan monyet di zoo?

Apa bezanya air itu dengan air paip?

Apa bezanya kita dengan haiwan, bercanda di pantai2 ibarat sudah tiada malu?


Kenapa kita tidak gunakan kesempatan 2011 ini dengan alunan zikir di masjid2?

Adakah itu satu penghinaan buat kita yang beragama Islam?


Kenapa kita tidak gunakan peluang tahun baru ini dengan berjuta kesyukuran?

Adakah itu satu petanda bahawa kita sudah lupakan bumi tempat kita berpijak?


Kenapa kita tidak gunakan sambutan new year ini sebagai madah untuk melakukan perubahan baru?

Adakah itu satu punca utama kepada kemunduran yang berlaku sekarang?


Tidak kasihankah kita melihat anak muda2 yang menjadi mangsa?

Tidak pilukah kita tatkala merenung wajah naif kanak2 yang tidak mengerti?

Tidak rasa bersalahkan kita dengan bayi2 yang sepatutnya dicorakkan oleh kita?



Masa itu amanah


Kita masih di jajah, kawan

Walaupun bendera british dan jepun sudah dibakar berkurun lamanya


Kita masih dipenjara, teman

Walaupun kita bebas bergerak dan melompat ke sana-sini


Kita masih bodoh, taulan

Walaupun kita pegang jutaan ilmu dunia yang menjadi kegilaan ramai


Kita masih lemah, rakan

Walaupun kita ada pangkat dan kuasa yang mengaburi mata ramai manusia


Apakah kita tidak nampak betapa indahnya awan yang menderu?

Adakah kita tidak sedar wujudnya langit indah tanpa bertiang?

Apa pula dengan laut2 yang membiru, gunung2 yang indah menghijau, dan sungai2 yang segar beralun?


Kembalilah kepada Islam, wahai sahabat semua

Apa ertinya kita hidup, tetapi kita masih mati?

Apa ertinya kita bernafas, tetapi hati kita punah?

Apalah ertinya beragama Islam, tetapi lupakan nasib saudara kita yang jauh di sana?


Ada kita kisah dengan semua ini?

Adakah kemonyetan ini mampu menjadi wasilah dalam membentuk ummah yang gemilang dan peradaban yang unggul?


Hentikan semua ini

Buangkan semua retorik


Allah itu Maha Satu, hanya Dia kita wajib sembah

Bukanlah konsert2 dan hiburan2 gila di pentas Jom Hebah dan Tahun Baru


Kita mampu mengubahnya

Jika kita sama2 bersatu atas fahaman Islam yang sebenar..


Strive for it..

Insyaallah

Wassalam

No comments:

Post a Comment