Monday 12 December 2011

✿ HY 4 : Bumi

:: Allah ciptakan Bumi untuk kita ::


“Dia lah yang menciptakan langit dan bumi.” (Surah Ash-Shura : 11)
Allah yang menciptakan Bumi, Matahari, bintang, dan bulan. Jadi bagaimana semua makhluk hidup di bumi ini wujud? Bayangkan planet yang besar dengan permukaannya kosong. Tiada manusia atau haiwan, tiada tumbuhan ataupun serangga.

Bumi telah dihiasi dengan pelbagai sumber untuk makhluk hidup terus bertahan. Allah yang memberikan bumi semua kepelbagaian bumi ini. Jika tidak tiada siapa pun dari kita yang boleh hidup, sama ada anda, keluarga anda, atau kawan-kawan anda, semuanya tidak akan ada di sini.

Cuba pertimbangkan bagaimana Allah mencipta Bumi supaya makhluk hidup boleh terus hidup:

1. Fikirkan tentang… bagaimana segalanya tersusun di alam semesta ini. Matahari telah diletakkan pada posisi yang sangat tepat untuk member kita kepanasan dan cahaya dalam masa yang sama. Jika tiada matahari, tiada satu makhluk boleh hidup di Bumi. Sama ada kita, atau haiwan atau makhluk lain tidak boleh meneruskan hidup.

2. Allah juga telah menjauhkan Matahari dari Bumi pada jarak yang sangat sesuai. Jika Bumi dekat sedikit dengan Matahari, kepanasan itu akan menyebabkan bumi hangus dan kita tidak boleh meneruskan hidup. Jika Bumi jauh sedikit daripada Matahari, maka glasier akan memenuhi bumi dan sekali lagi, hanya sedikit sahaja makhluk hidup yang boleh meneruskan hidup. Ini adalah sebab mengapa tiada hidupan di planet lain, kerana mereka sama ada terlalu dekat ataupun terlalu jauh dari Matahari.

3. Seperti yang anda tahu, makhluk hidup perlu bernafas untuk hidup. Kita perlu gas oksigen di udara supaya kita boleh bernafas. Kandungan oksigen yang sangat sesuai di udara menyebabkan manusia boleh bernafas. Jika gas ini terlebih atau berkurang, maka kita, atau haiwan, atau tumbuhan, tidak boleh meneruskan hidup, kerana, seperti yang kita maklumkan sebelum ini, kita perlu bernafas untuk hidup. Maka kita perlu gas oksigen.

4. Satu perkara yang amat penting dalam memungkinkan kita meneruskan hidup adalah air.Tiada organisma boleh hidup tanpa kewujudan air. Dengan sebab ini, Allah telah mencipta sebahagian di Bumi sebagai air. Tiga seperempat daripada permukaan Bumi ini diliputi air. Walaubagaimanapun, tiada air di planet lain dan bulan yang anda lihat di waktu malam. Bahan penting untuk makhluk hidup hanya disediakan di atas Bumi.


Banyak kejadian di Bumi menyebabkan kita boleh hidup. Jika hanya satu daripada semua ini tidak berlangsung, maka tiada makhluk hidup akan selamat di Bumi. Maka, lojikkah semua kejadian yang beribu ini berlaku dengan spontan dan membentuk tempat seperti Bumi? Sudah tentu tidak. Tiada satu pun daripada kejadian ini boleh terjadi dengan kebetulan. Allah telah ciptakan Bumi untuk makhluk hidup. Dan, kerana inilah, Bumi menjadi tempat paling sesuai untuk kita semua.

Dec 04, 2010 


Sumber : http://us1.harunyahya.com/Detail/T/F98V7T9P299/productId/35150/ALLAH_CREATED_THE_EARTH_FOR_US

No comments:

Post a Comment