Thursday 15 December 2011

✿ Hikmah.. milik mujahid/ah

Assalamualaikum wrt..

Saudara2ku!! Putera Puteriku!!

Kita sering mendengar kata2 HIKMAH..

Ringkas tetapi memiliki makna yang besar dan mendalam..

Mengajak kita menggunakan minda untuk memahaminya..

Terkadang terpaksa berdiskusi untuk menghuraikannya..


Apa sebenarnya HIKMAH itu??

Terdapat beberapa pengertian HIKMAH secara ringkas;

Mengetahui HAKIKAT sesuatu
Mengetahui sesuatu yang afdhal dgn ilmu yg termulia
Mengawal jiwa dan naluri ketika marah
Kalam yg digambarkan berdasarkan pengalaman dan percubaan yg selari dgn kebenaran

Tafsiran Ulamak mengenai pengertian HIKMAH:

1. Imam Qurthubi:

Hikmah ialah segala apa yg benar berkaitan dengan iktiqad,kefahaman dalam agama, amalan dan kebijaksanaan

2.Ibnu Abbas:

Mentafsirkan Hikmah sebagai akal dan kefahaman

3. Al-Mujahid :

Mengatakan HIKMAH ialah akal,kfahaman dan perkataan yang tepat dan betul

AL-HIKMAH dalam Tafsir al-Mannar:

Ialah kefahaman yg baik terhadap kitab Allah azza wajalla dan memahami segala hukum2nya, memahami segala maksud dan rahsia yang tersembunyi di sebalik hukum2 tersebut. Bukan memahami setakat zahir sahaja, bahkan mengetahui tujuan sebenar yang membawa kpd kebaikan dunia dan akhirat.

Ingin memiliki HIKMAH??

Terdapat pelbagai cara untuk memiliki HIKMAH..
Firman Allah swt. :

"Allah swt. memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yg bermanfaat) kpd sesiapa yang dikehendakiNya(menurut ukuran yang dikehendakiNya)..Dan sesiapa yang diberi hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak..Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya"(surah al-baqarah:269)
Imam ibnu Qayyim berkata:

"Apabila hati dihidupkan dengan tazakkur, disuburkan dengan tafakkur dan dibersihkan daripada kotoran, nescaya dia akan dapat melihat perkara2 menakjubkan dan diilhamkan hikmah kepadanya"(Alfawai'id:128)

Cuba hayati pula pesanan hukamak ini...dan sebatikan dia sebagai perinsip hidup!!

4 perkara mencapai HIKMAH..

Badan yang bebas dari kesibukan dunia.
Perut yang kosong daripada makanan.
Tangan yang kosong daripada kekayaan dunia.
Memerhati dan memikirkan akibat dunia.

Insya Allah !! Boleh di usahakan ..kan..

Sukar?? kena banyak mujahadah ??

Ya.. untuk permulaan.. bila dah sebati, ringanlah jadinya..

Ingat selalu.. mutiara asli yang kita inginkan... letaknya di dasar lautan..

bukan dipermukaanya.. FIKIR2KAN !!!!

-Pendaki senja-

No comments:

Post a Comment