Friday 2 December 2011

✿ Doa

"Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana ku,
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua
penyebab hapusnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu

Ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhakmembalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga
kami semua berkumpul bersama
dengan santunanMu di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaan-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki ,
Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih
di antara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. 
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, 
Atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

No comments:

Post a Comment