Monday 12 December 2011

✿ Bicara perut

-----------------RICE MATTER, HUMAN PADDY---------------

[PART 5]

Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan ketika ini ramai yang kelaparan, maka kita berbicara tentang perut

Semua orang pernah makan nasi, dan nasi itu mengenyangkan perut kita yang lapar

Berbicara soal nasi, semua orang kenal nasi. Dari nasi, bermula segala cerita, sama ada baik ataupun buruk.

Jika nasi itu halal, segala sumber halal itu akan masuk ke dalam perut, yang akhirnya menjana sel-sel baru yang juga halal

Jika nasi itu haram, yakni dari sumber yang haram, sama ada melalui rasuah ataupun hasil curi, maka dalam perut itu juga akan dicerna segala sumber yang haram, yang akhirnya menjana sel-sel baru yang mungkin haram.

Halal-haram sel itu adalah soal keberkatan hasil makanan itu buat kesinambungan hidup seterusnya.

Justeru itu, buat para ibubapa khususnya, perkara ini amatlah penting supaya kita tidak memberi anak-anak kita suapan dengan sumber haram. Biarlah sumber itu halal, supaya keberkatan itu berpanjangan dan berterusan.


Katakan taknak kepada rasuah !

Berbicara soal nasi, semua orang perlukan nasi. Khususnya di Negara kita dan asia ini, kebanyakannya lebih mengutamakan nasi sebagai menu harian, selain daripada roti.

Maka, dari sini lah tumbuhnya pencuri, perompak, penyamun, pendidik, penasihat, pemerhati politik, petugas amal, politikus dan segala macam jenis manusia di dunia ini.

Tanpa nasi, maka segala jenis manusia ini akan mati, tidak akan tumbuh, kerana pentingnya nasi untuk pertumbuhan dan perkembangan hidup manusia seharian.


Berbicara soal nasi, semua orang tahu nasi itu dari padi. Setakat ini, pokok durian tidak mampu hasilkan padi, walaupun terkenal dengan duri dan aromanya yang ganas.

Dari padi itulah, kita mendapat beras yang akhirnya menjadi nasi, jika di asia.

Dari DNA yang menyimpan kod padi, bermulalah sintesis sel tumbuhan. Dari sel tumbuhan itu, terbentuklah spesifikasi kepada sel padi. Dari sel padi itu, membentuk organ2 yang khusus untuk membentuk padi. Akhirnya, serumpun tumbuhan bergelar padi dihasilkan.

Berbicara soal padi, ramai makhluk perlukan padi. Jika di sawah, burung dan serangga menjadikan padi sebagai menu utama. Dari padi juga, manusia membela ikan sebagai sumber sampingan untuk menjaga padi dari serangga perosak. Dari padi juga, ular mendapat makanan melalui katak yang hidup di situ. Dari padi juga, burung dapat meragut serangga2 yang terlalai ketika hinggap di rumpun padi.

Dari sebidang sawah padi, membekalkan gas oksigen buat kita semua. Dari sebidang sawah padi, mengekalkan keasidan dan kebesan tanah, untuk makhluk tanah seperti cacing tanah dan cengkerik. Dari sebidang sawah padi, menjadi sumber pekerjaan buat mereka yang mencari sumber rezeki melalui sumber padi. Dari sebidang sawah padi, kejadian banjir dan tanah runtuh berjaya dikurangkan melalui peneguhan kondisi tanah.


Dari pohon padi, pelbagai hidupan bergantung hidup di situ.

Dari pohon padi, kita selamat dari pelbagai kejadian yang tidak diingini.

Berbicara tentang padi, pelbagai jenis beras dihasilkan dari rumpun padi.

Iklim berbeza menghasilkan beras berbeza. Jika di asia, berasnya lebih kepada warna alam, sama ada hitam, hijau, kuning ataupun putih. Tetapi jika di Eropah atau negara beriklim 4 musim, berasnya ada berwarna biru, merah dan jingga.

Iklim berbeza juga menyebabkan kaedah penanaman juga berbeza

Iklim berbeza menyebabkan variasi beras pelbagai dari rumpun padi yang hampir sama

Iklim berbeza menjadikan cara pemakanan juga berbeza, sama ada dijadikan nasi, pulut, ataupun biskut.

Hanya kerana iklim segalanya berubah. Tetapi walaupun begitu, padi tetap menjadi salah satu sumber makanan walaupun dengan variasi berbeza.

Jika di Asia, beras lebih ditanak kepada nasi dek statusnya sebagai makanan ruji, tetapi jika di Eropah, beras sekadar menjadi makanan sampingan sama ada berbentuk pulut ataupun biskut, atau hanya dimakan ketika sambutan perayaan tertentu.

Begitulah serba-sedikit cerita dari padi, yang menghasilkan nasi

Hari-hari kita jumpa nasi, semua orang perlukan nasi, semua makhluk perlukan nasi

Tetapi, pernahkah kita bersyukur?

Mengapa kita masih sombong di Bumi Allah ini?

Mengapa kita masih degil melanggar hukumNya?

Mengapa kita masih ego dengan kejahilan yang tebal?

Kenapa dari semua itu, kita menambahkan kerosakan yang sudah melata di bumi ini?

Kenapa kita menjadi punca kepada kerosakan semua ini?

Sedangkan hakikatnya, kita tetap makan nasi?

Sedangkan hakikatnya, kita tetap sakit perut jika hanya termakan nasi basi?

Sedangkan hakikatnya, kita tetap mati jika tidak makan nasi dalam beberapa hari?



Lihatlah dari padi

Semua manusia perlukan dia

Satu dunia kenali apa itu padi

Tetapi, mereka tetap tunduk menyembah bumi

Kepada siapa padi tunduk?

Sudah tentulah untuk Tuhan kita semua, Allah Maha Kuasa

Padi tunduk kepada kuasa segala kuasa di bumi ini

Kerana mereka tahu, siapa pencipta mereka

Semakin mereka berisi dengan lemak atau protin, mereka semakin tunduk ke tanah

Bak kata pepatah, "Resmi padi, semakin tunduk, semakin?"

Sedangkan kita manusia ini, masih menyombong di bumi ALlah

Sedangkan kita yang makan nasi ini, tetap degil meneruskan maksiat

Sedangkan kita yang tetap lapar ini, masih ego dengan menegakkan kerosakan

Apakah semua ini?

Bila ianya akan berakhir?

Jika kita menjerit sakit hanya terkena api dapur ketika memasak nasi

Tidakkah kita bayangkan betapa sakitnya api Neraka?

Bukankah azab Neraka itu benar?




Ingatlah teman

Jangan bergaduh2 hingga jejaskan alam, kerana kita semua tetap memerlukan nasi utk hidup

Jangan menyesal tika nasi sudah pupus, tiada ertinya kerana waktu itu hanya roti yang tinggal

Belajar dari nasi yang putih, walaupun jika kita makan burger hangus

Belajar dari nasi yang lembut, walaupun jika kita makan biskut keras

Tengok padi, ingat nasi

Jaga hati, ingat mati

Jika tak malu, buatlah apa kita suka

Tetapi Allah sentiasa memerhati



"Life isn's just about what you get, what you have, but it about what you give, for you and them."

Wassalam

[.........to be continue.......]

No comments:

Post a Comment