Mengantuk?
Sebelum TIDUR, ana ingin berkongsi serba sedikit sunnah Rasulullah s.a.w sebelum tidur. Tidur itu sendiri mempunyai adabnya yang berlandaskan ajaran Islam, ANTARANYA ialah :
1) Berwuduk sebelum tidur. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.”
2) Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan “ ketika Rasulullah saw. tidur beliau meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya..”. (HR. Abu Daud).
3) Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.”
4) Mengibas tempat tidur (dengan kain), sesuai dengan sabda Rasulullah saw: “jika kalian mendatangi tempat tidur maka hendaklah di kibasi tempat tidurnya, kerana ia tidak mengerti apa yang terjadi sesudahnya (HR. Bukhari dan Muslim).
5) membaca doa sebelum tidur " Bismikallahumma ahya waamuut " mafhumnya : Dengan nama-Mu ya Allah!, aku mati dan hidup. (HR. Bukhari)
TIDUR juga NIKMAT ALLAH...
Demikianlah, ajaran-ajaran Islam yang begitu sempurna merangkumi segala persoalan harian hidup...Selamat malam sahabat semua..maas salamah wa ilaliqa'..assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment