Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Friday, 23 December 2011

✿ Aku Terima Cintanya

Apakah persepsi anda terhadap orang yang bercinta? Jika anda ‘budak Usrah yang baru’,mungkin anda akan membencinya. Jika anda ‘budak Usrah yang lama’,mungkin anda akan mendekatinya dengan cara yang baik dan menerangkannya tentang zina. Jika anda seorang yang Usrah pun tidak tahu apa,mungkin anda akan menyokong mereka melakukan zina. Setiap orang mempunyai persepsi masing-masing, memang tiada kata putus yang mengharamkan cinta tapi perlu diingatkan bahawa ada batas-batas yang memisahkan antara cinta halal dan cinta haram.Artikel ini tiada kaitan dengan bagaimana mencipta cinta yang halal atau apakah ciri-ciri cinta yang haram,sebaliknya artikel ini tentang bagaimana seorang wanita ‘cair’ dengan ayat-ayat seorang lelaki biasa.

Hari ini saya sempat berbalas status FB dengan seorang gadis yang seusia dengan adik saya,seorang yang tidak boleh hidup tanpa lelaki.Setiap masa mesti ada lelaki yang mendengar luahan dan ceritanya,kalau tiada,pasti dia bersedih.Saya mengenalinya bukan melalui adik saya tetapi menerusi sepupu saya ketika majlis pengebumian datuk sepupu saya yang lain.

Sepupu 1 : Sape Ayeen?Die add saya ikut FB

Sepupu 2 : Ade la…

Saya : Gewe awok ko?

Sepupu 2 : Ngorat jah…

Sepupu 1 : Budok sekolah agama kan?

Sepupu 2 : Hom..Tapi sekolah je agama die x agama pun. Dot di sekolah pakai tudung labuh,balik umah pakai skirt pendek.

Selepas habis majlis pengebumian datuk sepupu saya,saya balik ke rumah dan cari siapakah Ayeen dan memang benar, dia ‘in relationship with’ sepupu saya.Tidak sampai sebulan,statusnya kembali single.Seminggu selepas itu,dia kembali ‘in relationship’.Tanpa segan silu saya memulakan bicara.

Saya : Wah,laju cari pengganti

Dia : Hehehe..nak wat camne,orang tinggal kite,terpakse la cari peganti baru

Saya : Yakin ke dia ni betul-betul nak kat Ayeen?

Dia : Yup,sebab dia cakap dia tunggu saya dari dulu lagi,masa kenal kat tuisyen,form 2.(sekarang Ayeen di form 4)

Saya : Ok lah camtu..Tapi ingat lah,laki sume mulut lidah bercabang,termasuk saya.

Dia : Lagipun,dia cakap dia ikhlas,dia cakap dia nak kawin ngan Ayeen,tu yang Ayeen percaya.

Saya : Ooo,baguslah,harap2 kawin la ek.Nak dengar nasihat?

Dia : Ok gak…

Saya : Laki ni ada banyak jenis.Ada yang bila dia sayang sorang pompuan,dia akan sayang betul-betul.Biar datang Lisa

Suriani depan dia pun,dia takkan tergoda. Ada gak yang jenis kaki pancing,bila dapat,dia buang balik.Ala,sport fishing.

Dia : Sport fishing?

Saya : A’a,bila dapat ikan,dia lepas sebab dia pancing bukan untuk makan tapi untuk main-main dan jenis yang ni memang ramai.Semua ayat-ayat bunga akan keluar dari mulut dia.Saya nak kawin dengan awak,saya tunggu awak bertahun-tahun lama,saya rela bunuh diri kalau awak tolak cinta saya,saya sayang awak,i luv u so much dan macam-macam ayat lagi akan keluar.Matlamatnya hanya satu,ikan yang dipancing termakan umpan yang diletak. Padahal, tyme cakap ‘i luv u’ tu,dot usha FB pompuan lain.

Dia : Teruknya laki…

Saya : Yup,memang teruk tapi itulah hakikatnya. Nak cari lelaki yang benar-benar nak kat kita(cakap macam saya perempuan,hahhaha),sama susah nak cari pompuan tutup aurat dengan sempurna.Banyak lagi trick-trick yang akan laki guna untuk pastikan pompuan yang dia nak,dia dapat.Tapi dia bukan nak betul-betul,kadang-kadang ada lelaki yang nak perempuan tu sebab kawan-kawan dia selalu cakap siapa dapat perempuan tu mesti hebat.Jadi untuk tunjuk dia hebat depan kawan-kawan dia,dia usha la pompuan tu.Pompuan yang memang mudah cair dengan pujuk rayu laki,memang akan termakan la dengan segala kata-kata manis beracun itu.

Dia : Lelaki tak bersalah ke buat macam tu?

Saya : Mungkin ada yang rasa bersalah tapi kadang-kadang,mungkin bila dia dengar seruan azan or tengah solat,dia insaf. Tapi insafnya tidak lama,bila dia bersendirian,mula lah dia cari balik perempuan-perempuan.Nak taw sumthing?

Dia : apa dia?

Saya : Tyme dia panggil Ayeen sayang,Ayeen rasa camne?

Dia : hahahha,segan lah..Rasa disayangi..

Saya : Lagi?

Dia : Takde,rasa disayangi je..Tapi membahagiakan..

Saya : Ayeen taw bila Ayeen panggil budak laki as Sayang even mesej,apa yang dia rasa?

Dia : Disayangi lah kot sebab tyme couple,sume orang cakap kalau nak tunjuk kita sayang kat dia,panggil lah sayang.

Saya : Rasa disayangi itu satu hal dan sebenarnya ada lelaki yang teransang dengan panggilan itu,lebih-lebih lagi yang call di waktu subuh.Konon-konon nak kejut subuh tapi sebenarnya nak dengar suara sayup-sayup pompuan tidur.

Dia : Mane taw sume ni?Cam mengarot je..

Saya : Saya sekolah sejenis dari tadika lagi hinggalah awal form 4,form 1 hingga form 3 tu dahlah sejenis,sekolah agama lak,memang kuat lah bincang isu-isu Munakahat(nikah kahwin) ni,kadang-kadang satu hari suntuk dot bincang benda-benda ni.

Dia : Oooo…

Saya : So,saya x kata couple tu dibenarkan or salah,cuma sebelum terima seorang laki,periksa dulu latar belakangnya, kenal familinya dan tanya ‘adakah nak kawin ngan saya,kalau nak,datang umah jumpa mak abah dulu’,kalau dia kata nak,ok go on la.

Dia : Thanx

Ya,tadi saya buka Facebooknya dan statusnya kembali single.Baru 3 minggu selepas saya memberi nasihat kepadanya dan saya tanya dia “dah clash ke?”

“Tak sampai seminggu pun”

Tak sampai seminggu?BUkankah dia tunggu kamu dari form 2 lagi?Wahai kaum hawa,teliti balik dan kaji balik apa yang berlaku di sekeliling kamu,kamu sangat senang dipermainkan,jangan sesekali keluarkan perkataan sayang dari mulut kamu sehinggalah orang yang kamu ingin panggil sayang itu berstatus suami kamu.

WAlaupun nasihat ini pasti menjatuhkan saham saya =P,tapi saya seru juga kepada semua kaum hawa supaya jangan sesekali termakan dengan godaan lelaki,tanya balik soalan yang saya tulis di atas dan pastikan dia adalah suami kamu,barulah kamu keluarkan perkataan sayang.

Ingatlah fitnah paling besar di akhir zaman ialah godaan wanita dan tanya diri kamu,adakah kamu ingin menjadi salah satu dari fitnah dunia?

http://azzariyat.com/blog/2010/04/15/aku-terima-cintanya/

Wednesday, 21 December 2011

✿ Bila AKHAWAT jatuh cinta


Assalamualaikum w.b.t.

Akhwat Jatuh Cinta??
Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia…
Bukankah cinta adalah fitrah manusia???
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???
Mereka juga punya hati dan rasa…

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada…

Namun sebaliknya…
Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap…
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi…
Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…
Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…
Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan…

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…


Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…
Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap…
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…
Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…
Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti…
Bersabarlah…
Biarkan Allah yang mengaturnya…
Maka yakinlah…
Semuanya akan baik-baik saja…
Semua Akan Indah Pada Waktunya… 

By: Ummu Sa’ad ‘Aztriana’
……………………………………………………………………………………………………

Buat ukhti fillah, doa manis ini pedoman kalian;


Ya Allah…
Kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
Yang menjaga dirinya…
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
Yang sentiasa memperbaiki dirinya…
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
Yang baik akhlaknya…
Yang menerima kami apa adanya…
Yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
Kabulkan ya Allah…
Kerana hati kami teramat lemah…

Ya Allah..
Kami mohon ampun atas dosa selama ini
Dosa-dosa kami..
Andai tak menjalankan perintahMu
Andai tak pedulikan NamaMu
Andai tenggelam melupakan diriMu

Ya Allah..
Sempatkanlah kami untuk bertaubat
Untuk hidup di jalanMu
Untuk penuhi keewajipanku
Sebelum tutup usia ini..
Sebelum kami kembali kepadaMu..

Ameen ya rabb


http://srikandiunik.wordpress.com/2010/07/25/bila-akhawat-jatuh-cinta/

Nota hati: Sahabat, jika benar engkau cintakan dia, maka ada dua pilihan buat dirimu. Samada mengikat hubungan antara engkau dan dia dengan suatu ikatan yang sah, ataupun tinggalkan dia. Aku tahu, sangat sakit dan pedih untuk meninggalkan orang yang dicintai, tetapi teman, jika engkau benar-benar mencintai si dia, justeru pilihlah antara dua pilihan itu, kerana aku pasti engkau tidak mahu menjadi penyebab kekasihmu dijilat jahannam kelak. Aku tahu bukan senang,tetapi berusahalah! Dan aku akan senantiasa menyokong dan mendoakanmu sahabat

Monday, 19 December 2011

✿ Larangan Bermadu Kasih Sebelum Kahwin

HARI BERSEJARAH…perkahwinan menyuburkan kasih sayang antara dua hati untuk mengembangkan zuriat di atas muka bumi Allah.

SIAPA sangka kita akan bertemu jodoh dengan seseorang yang sebelum ini tidak pernah dikenali.

Malah, dalam sekelip mata si dia sudah menjadi isteri kita.

Itulah dinamakan jodoh yang Allah s.w.t kurniakan kepada seseorang. Zaman datuk nenek moyang kita, kebanyakan menyerahkan kepada ibu bapa untuk memilih jodoh, tiada istilah bercinta atau mengurat.

  ........................

Berbeza kini, zaman siber memberi pilihan kepada anak-anak memilih pasangan sendiri. Pasti setiap pasangan ada cerita menarik detik awal perkenalan sehingga diijab kabulkan.

Jika menuntut di menara gading, pastinya banyak kenangan manis bagi pasangan bertemu jodoh.

Ada yang bermula dengan meminjam nota pelajaran sehingga menerbitkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Ada sebahagian yang ‘kuat’ jodohnya sejak zaman persekolahan, walaupun banyak pilihan di kampus, si dia tetap menjadi pasangan ke jenjang pelamin.

Begitulah hebat tarikan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Setiap pertemuan itu pastinya dari ‘mukadimah’ cinta iaitu mengurat.

Tetapi, apakah Islam membenarkan umatnya melakukan perbuatan mengurat?

Cinta itu sebagai permulaan (mukadimah) kepada perkahwinan. Tidak menjadi kesalahan mengurat jika ia membawa kepada kebaikan.

Contohnya, seorang lelaki mahu menyampaikan hasrat hatinya terhadap wanita yang dirasakan layak menjadi teman hidupnya, seni mengurat perlu ada.

Tetapi, dari sudut berbeza, mengurat mungkin membawa keburukan jika berlaku perkara yang bertentangan dengan agama iaitu perzinaan.
Akibat berzina amat buruk kerana melanggar hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat”. (Surah al-Israak ayat 32)
Justeru, apabila keluar dari rumah, agama menyuruh kita menutup aurat selain memelihara diri daripada keghairahan seks yang boleh membawa kepada zina.

Islam tidak menyekat fitrah manusia untuk sayang menyayangi, cuma kita dilarang jika bibit-bibit kasih sayang itu membawa kepada kemaksiatan.

Islam tidak pernah menghalang memikat atau mengurat, tetapi perlu ada seninya dan tidak melanggar batas kesusilaan antara lelaki dan wanita.

Jika seorang lelaki itu berminat terhadap seorang wanita dan mahu menjadikan teman hidup, mereka perlu berjumpa dengan wali untuk meminang.

Menjadi satu kesilapan jika terus bertemu wanita pilihannya tanpa bertemu ibu bapanya.

Kita dianjurkan mendirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang ada atau petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

Mereka yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

Selepas keputusan dibuat, teguhkan azam dan terus bertawakal sebelum menguruskan lamaran dengan memilih wakil yang baik untuk meminang.

Jika bersedia, bawalah keluarga berjumpa dengan wali perempuan untuk mengenali calon menantu serta menyatakan hasrat dengan lebih jelas.

Selepas kedua-duanya bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan. Selepas bertunang, haram bagi seorang wanita itu dipinang lelaki lain.

Sepanjang masa pertunangan, mereka boleh mengenali di antara satu sama lain. Ketika itu barulah dapat dirasakan keserasian sebelum majlis perkahwinan.

Sentiasa beringat bahawa bertunang bukan ‘lesen’ melakukan perbuatan maksiat kerana mereka belum sah sebagai suami isteri.

Ini bagi memelihara zuriat yang bakal lahir nanti. Inilah indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup umatnya.

Percintaan dalam Islam ialah hubungan cinta yang disuburkan selepas perkahwinan sehingga ke akhirnya. Tanda sebuah perkahwinan itu dizahirkan melalui hubungan suami isteri diisi penuh tanggungjawab dan kasih sayang, membentuk anak yang soleh dan solehah serta taat kepada perintah Allah.

Jadi berdoalah untuk mendapatkan keredaan Allah semata-mata dan tidak sesekali berdasar godaan nafsu dan keduniaan.

Jika masih ‘berat’ bertemu jodoh, jangan bersangka buruk kepada Allah. Ini pastinya satu ujian yang mengandungi 1001 hikmah.

Barangkali Allah mahu selamatkan mereka daripada mendapat pasangan tidak sesuai. Tetapi, usaha perlu dipertingkatkan agar Allah permudahkan urusan kita.

Jangan membuat keputusan tidak berkahwin selama-lamanya kerana ia bertentangan dengan fitrah dan syariat agama.

Nabi Muhammad s.a.w memberi panduan melamar seorang wanita adalah dengan melihat calon mengikut aturan yang ditetapkan syarak.

Dari Anas bin Malik, beliau berkata, Mughirah bin Syu’bah berkeinginan untuk menikahi seorang perempuan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Pergilah untuk melihat perempuan itu kerana dengan melihat itu akan memberikan jalan untuk dapat lebih membina kerukunan antara kamu berdua”.

Lalu dia melihatnya, kemudian menikahi perempuan itu dan dia menceritakan kerukunannya dengan perempuan itu. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebelum berkahwin pasangan diharuskan melihat dan berkenalan. Menurut riwayat Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi pernah bertanya kepada seseorang yang akan menikahi seorang wanita: “Apakah engkau telah melihatnya?” Ia menjawab: “Belum:. Baginda bersabda: “Pergi dan lihatlah dia”.

Meskipun sudah berkenalan, seseorang itu dilarang berpacaran berdasarkan ayat Quran yang menegah daripada berlakunya perzinaan.

Berpacaran bukanlah perkara yang tepat bagi mengenal pasangan. Mereka boleh mendapat maklumat daripada orang hampir dengannya seperti sahabat baiknya.

Minta penilaian daripada orang tua dan keluarga sebab mereka yang ‘jatuh cinta’ tidak melihat kekurangan pasangannya, bau busuk pun dikatakan wangi.

Jangan sesekali mengambil kesempatan terhadap pasangan walaupun mereka memberi isyarat berminat kepada kita.

Berikan pujian dengan ikhlas dan jujur terhadap sikap serta personaliti mereka. Jadikan mereka mempercayai kepada keikhlasan kita supaya mereka dapat berkongsi suka duka atau luahan emosi.

Janganlah bersikap keterlaluan sehingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak senang kepada pasangan. Berusahalah untuk mencuci hati daripada perasaan negatif.

Untuk menjadikan semua orang di sekeliling kita berasa senang dan sayang kepada kita, bersihkan hati dengan menjaga ibadah seperti solat, membaca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf jika melakukan kesalahan, banyakkan bersedekah dan sentiasa memikirkan hal yang positif.

Dilahirkan sebagai lelaki, kita perlu banyak belajar mengenal kerenah wanita terutama menjaga perasaan, kehendak, pemikiran dan kesukaan mereka.

Cuba elakkan mencari kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Apatah lagi bertindak mengutuk atau memalukan bakal mereka.

Pasangan pastinya akan tertarik kepada jika kita mengasihinya bukan kerana harta, wajah atau keturunannya.

Cari ruang untuk sentiasa mewujudkan suasana yang gembira yang dalamnya ada terselit kisah lucu.

Apa yang paling penting, carilah bakal bakal pasangan yang sekufu, setara dan sepadan dengan kita. Kehidupan yang lalui adalah ‘medan’ untuk terus memperbaiki diri dan belajar sesuatu perkara yang baru.

http://feryco.com/larangan-bermadu-kasih-sebelum-kahwin



Sunday, 18 December 2011

✿ Kuasa Cinta

Oleh : Haslinda Lukman (Panel Penulis JAKIM)
Majalah Cahaya keluaran Februari 2010

Pendahuluan
Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit “ (Riwayat Tabrani)
Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”. (Riwayat Tabrani)
Erti Cinta
“Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!” (Jalaluddin Rumi).
Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.

Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.' 

Pengurusan Cinta

Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)
Bukti Cinta

Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.

Ramai yang mengaku mencintai Allah, dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, lesu, sedíh. kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.

Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.

Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.

Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' (Imam Nawawi)
Cinta Allah

Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.

Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.

Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup denganberkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati. Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.

Penutup

1.Hidup dalam berkasih sayang membawa kepada keamanan masyarakat.

2.Cinta dan kasih sayang merupakan motivasi paling hebat dalam diri manusia.

3.Tanpa kasih dan sayang hidup tidak bermakna dan bahagia.

4.Suburkan kasih sayang sesama manusia dengan mengamalkan segala yang diredhai Allah.

sumber : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4732



Thursday, 15 December 2011

✿ Cinta

"Dan Tuhan mu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. "
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar dilaut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.


(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). "

Q.S Al-Baqarah : 163 - 165

Ikhwah fiLlah RahimakumuLlah,
Ada diantara kelompok manusia yang manakah kita ?

Saudaraku,
Pernahkah terfikir oleh diri, ketika pagi hari kita memulai aktiviti, berapa banyak orang yang mendasarkan seluruh aktivitinya atas keredhaan Allah?

Setiap kali fikiran itu terlintas, sepenuh syukurlah harusnya kita pada Allah bahawa ketika itu dan ketika ini kita masih mendasarkan langkah kita atas redha Allah dan senantiasa merasa berada dalam pengawasanNya.


Satu kenikmatan untuk boleh diizinkan belajar mencinta Allah, belajar menghayati setiap hikmah dari setiap kejadian dari kehendakNya, belajar menikmati pemeliharaanNya, teguran-teguranNya, yang seluruhnya adalah bukti cintaNya.

Berapa banyak pelajaran yang menjadikan kita dekat padaNya, bersandar padaNya dan merasakan pemeliharaanNya. Belajar memaknai bahawa seluruh kehidupan yang kita jalani adalah bentuk cintaNya pada seluruh makhluk ciptaanNya dan hamba yang terpilih untuk dicintai secara lebih.

Dengan seluruh bukti cintaNya .
Masih adakah ruang yang tersisa untuk yang lain selain Dia? 
Yang pasti satu yang nyata.
Adalah kebahagiaan untuk dapat membawa seluruh jiwa tunduk pada Allah
Rabb yang maha dicinta.
Seperti tunduknya semesta yang tanpa penolakan sedikitpun.
Seperti tunduknya raga yang sebenarnya tidak pernah tunduk pada jiwa.


Teguran untuk diri.
Malu rasanya menginjak tanah yang begitu tunduk pada Allah.
Malu menginjak-injaknya, sementara dia jauh lebih tunduk dibandingkan kita.
Malu menginjak rumput, semut yang nyata-nyata jauh lebih tunduk dibanding kita.

Akhirnya sudah waktunya untuk membawa diri tunduk patuh pada Allah dengan sebenar-benarnya.

Sebuah ketundukkan kerana cinta yang benar, cinta yang melingkupi seluruh jiwa dan raga yang tidak menyisihkan tempat sedikitpun untuk yang lain selain Dia.

Sebuah kepatuhan yang ikhlas yang tidak lagi merasakan sebuah pengorbanan sebagai pengorbanan.

Kerana tidak ada pengorbanan untuk yang Maha Tercinta.

Yang ada hanya keinginan untuk mencintai agar dicintai oleh Sang Pemilik Cinta.

Tidak ada pengorbanan dalam dakwah ini, yang ada adalah keinginan membuktikan cinta.

Yang akhirnya sanggup menggeser kesabaran menjadi sebuah kesyukuran bahawa dalam ujian pun kita merasakan itu adalah kerana cintaNya dan sebuah kesempatan untuk membuktikan cinta kita padaNya.

Bukankah kesyukuran yang layaknya dirasakan kerana pada waktu sempitlah kita dapat merasakan kebenaran cintaNya, bahawa pertolonganNya amat dekat, Kasih sayangNya begitu indah dan impian berjumpa denganNya adalah sumber kebahagiaan.

Sebuah cinta yang jujur seperti dialog tak dapat dilupakan antara empat orang tokoh Rabi'ah Al'adawiyah, Sufyan Attsauri, Syaqiq Albikhi dan Malik Bin Dinar ketika Rabi'ah meminta mereka mendefinisikan kejujuran.


"Tidak jujur pengakuan cinta seseorang yang tidak bersabar menahan pukulan tuannya" ungkap Sufyan Attsauri.
"Tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak bersyukur atas pukulan tuannya" jawab Syaqiq Albikhi.
"Tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak bernikmat-nikmat dipukul tuannya" sergah Malik bin Dinar.
"Tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak melupakan pukulan ketika menghadap tuannya" jabar Rabi'ah Al'adawiyah.

Begitu jujurnya CINTA. Ada yang begitu sabar menahan derita hidup. Ada yang begitu tahan menerima derita dakwah. Dan ada yang begitu syukur dan bahkan menikmati derita sebagai kurnia. Semuanya indah, terutama pada sang totalis (shahibu't tajrid) yang tidak menyedari derita, kerana yang ada hanyalah Dia.

Saudaraku, mari mencinta Allah dengan sebenar-benarnya cinta. Mari saling mendoakan agar kita semua terpilih untuk memiliki cinta yang jujur.

Semoga Allah mengumpulkan kita semua dalam satu taman yang disana kita dapat saling bertukar cerita tentang tentang semua pengalaman perang, semua usaha membuktikan kecintaan, dan tentang semua bukti cintaNya.


Kau tentang Tuhan dan nampakkan cinta Dia
Demi Allah. ini perkara luar biasa
Bila cintamu benar tentulah kau taat Dia
Kerana setiap kekasih
Kepada kekasihnya pastilah setia

Imam Syafi'I RA

Wallahu'alam Bishshawab

-Azwar-

Monday, 12 December 2011

✿ ALLAH ♥

Mahu kebahagiaan di dunia dan akhirat? Kejarlah redha ALLAH SWT dan cintaNYA.. Kerana insan yang dicintai ALLAH SWT dan memperoleh redhaNYA akan dipermudahkan melakukan segala amal salih, dijauhkan segala keburukan dan kejahatan dan dilindungi dari segala gangguan dan kegagalan dalam hidupnya.

Untuk memperoleh cinta ALLAH SWT dan redhaNYA, ialah dengan mengikut jejak Rasulullah SAW.. contohnya dalam kata-kata dan amal dan bertingkahlaku sesuai dengan akhlaknya. Itulah jalan yang terlurus dan terdekat yang merupakan pula tanda kesempurnaan iman dan keteguhan akidah serta keyakinan.
"Katakanlah:"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali Imran : 31)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya ALLAH SWT berfirman : "Barangsiapa memusuhi hamba yang Ku cintai, maka kepadanya Aku nyatakan perang. Dan tidak ada sesuatu yang mendekatkan hambaKu kepadaKu yang Aku lebih sukai daripada perlaksanaan fardhu yang Ku wajibkan kepadanya. Dan selalu hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan berbagai amal sunnah hingga Aku mencintainya. Dan jika Aku telah mencintainya, Aku akan menjadi telinga alat pendengarannya, mata alat penglihatannya, tangan alat kekuatannya dan kaki yang menghantarkannya. Dan Aku berikan apa yang ia minta dan Aku lindungi bila ia minta perlindungan." (Hadis Qudsi) 


Antara tips bercinta dengan ALLAH SWT

♥~ Sentiasa mengutamakan urusan ALLAH SWT dalam setiap perkara contohnya mendirikan solat di awal waktu.

♥~ Sentiasa memikirkan dan mengingati ALLAH SWT di mana-mana sahaja.

♥~ Husnudzon dengan ALLAH SWT.

♥~ Sentiasa mengharapkan perkara-perkara yang baik dari ALLAH SWT.

♥~ Berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.

♥~ Berusaha untuk memahami dan menghayati ayat-ayat suci al-quran.

♥~ Berbuat kebaikan dalam setiap kesempatan yang ada.

♥~ Jangan sangka cinta ALLAH SWT tidak boleh dicapai, sentiasalah husnudzon kepada-Nya.

♥~ Hindari perbuatan jahat dan akhlak yang buruk.

♥~Fahami hakikat bahawa segala jenis cinta bersifat fana (akan binasa), tetapi cinta kepada ALLAH SWT bersifat baqa (kekal selama-lamanya). 

Tanda-tanda cinta ALLAH SWT kepada manusia

Bila ALLAH SWT mencintai seseorang, DIA akan menaruh rasa cinta kepada orang itu di dalam hati hamba-hambaNYA yang salih. Ditanya Rasulullah SAW oleh seseorang :

"Ya Rasulullah, kita melakukan sesuatu perbuatan lalu kita disukai orang, tanda apakah itu?", Rasulullah SAW menjawab : "Itu merupakan berita gembira bagi seorang mukmin."
Bersabda Rasulullah SAW :
"Jika ALLAH SWT telah mencintai hambaNYA, dipanggillah Jibril lalu berfirman kepadanya : "Sesungguhnya AKU mencintai si fulan, cintailah dia. Maka dicintailah orang itu oleh Jibril seraya berseru di langit : "Sesungguhnya ALLAH SWT mencintai si fulan, cintailah kamu kepadanya." Lalu ia dicintai oleh seluruh penghuni langit dan dikurnai simpati di bumi. Dan jika ALLAH SWT membenci hambaNYA, dipanggillah Jibril dan berfirman : "Aku membenci si fulan, bencilah ia. Maka dibencilah dia oleh seluruh penghuni langit dan terhadapnya ditaruh rasa benci di bumi." (Hadis riwayat Muslim)
Wallahu ta'ala a'lam..

✿ Jauhkan rindu

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,

Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,

Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.


Artikel iluvislam.com

Penulis: Abd.Azim

Editor: NUR CAHAYA2601

✿ Mari bercinta !


Beberapa hari lepas saya didatangi seorang junior mengadukan kekeliruan yang dihadapi. Mehnah yang sukar untuk ditempuhi. Bukan calang-calang, mencabar iman dan ketaqwaan diri. Agak tergamam mendengarkan kisahnya. Dari butir-butir katanya terjelma keikhlasan untuk tetap setia memegang tali Allah.

"Ketahuilah adikku, diri ini juga mungkin akan menemui mehnah sebegitu rupa. Malah mungkin lebih sukar lagi. Hanya Allah yang mengetahui” monolog saya di dalam hati.

Soal hati, soal cinta? Siapala diri ini mahu memberikan nasihat soal ini. Takut-takut akan diuji semula dengan bicara sendiri. Otak ligat memikirkan nasihat yang wajar diberi. Boleh dikatakan saya agak allergic bila berbicara soal ini. Tidaklah allergic yang gatal-gatal badan atau muntah-muntah itu tapi sensitive tatkala mendengarnya.

“Sekali engkau terjebak, penawarnya sukar dicari.”


Mengapa sensitive? “Cinta Ini Membunuhku”. Seperti tajuk sebuah lagu pula. Kerana cinta itu dulu yang pernah meragut sahabat kecintaan, dulu cinta itu yang pernah menjadikan diri ini lupa di antara Tuhan dan syaitan. Cinta itu juga yang dulu hampir memadamkan memori matlamat hidup ini. Ahh semua kerana cinta, hidup jadi tidak tentu arah!

Tapi benarkah cinta yang harus dipersalahkan?? Kasihan cinta. Sudah dipanggil buta, dituding pula selaku punca segala-galanya. Cinta terus mendiamkan diri, hanya mampu memerhatikan gelagat orang yang menjadi hamba cinta. Cinta manusia, cinta harta, cinta dunia.

Cinta terus bermonolog. “Aku memang buta, aku memang tidak mengenal sesiapa bahkan tidak mengenal halal dan haram. Hakikatnya aku ini suci lagi indah. Hanya bergantung kepada cara kamu untuk menguruskan aku."



Hakikatnya, Ketiadaan cinta juga mengundang masalah. Tanpa cinta ada ibu yang sanggup membuang anak, ada saudara yang sanggup memperkosa saudara, bilangan binatang bertopengkan manusia pula semakin ramai. Cinta itu anugerah, ia sukar dicari sukar juga diatasi. Benda yang susah itulah menjadi imtihan(ujian) untuk menguji keimanan.

Raja kepada cinta adalah Allah SWT. Allah merupakan kekasih yang paling memahami walhal dengan hanya 1 sifat cintaNya dilontarkan ke bumi, berkasih sayanglah semua makhluk termasuk binatang. Kita mahukan seseorang yang sempurna di hati untuk dicintai, seseorang yang kacak untuk ditatapi, seseorang yang soleh untuk saling memperingati, atau juga seseorang yang penyayang untuk saling mengasihani. Maka mintalah pada Tuhan yang Maha Pemberi. Sandarkan sepenuhnya kepada Allah sebaik-baik penentu kehidupan bahkan tiada sebarang kerugian dalam mencintai Allah sebagai yang terutama.

Ya Allah, diri ini hamba yang dhaif, lemah dan hina,
Kau bantulah agar diri ini tidak tergolong
dalam kalangan mereka yang kufur,
Jadikan diri ini semakin kuat dan dekat denganMu.
Berikanlah pengakhiran yang baik Ya Allah.
Kesusahan dunia ini biarlah ia menjadi bahan
untuk kesenangan di akhirat kelak~

P/S: berkenaan title di atas, pembaca yang bijaksana lebih arif soal sambungannya :)

*sumber : http://yuyushira.blogspot.com/2011/01/mari-bercinta.html

Friday, 25 November 2011

✿ Mujahadah Cinta



1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan 
"nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu 
berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia 
ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain. 


2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, 
siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis 
rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding 
terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang 
kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi 
kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. 
Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian 
darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari 
itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , 
yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, 
yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata 
rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana 
psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. 
Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah 
dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya 
menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta 
mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia 
akhirat. 


3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, 
sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung 
kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut 
dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada 
yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang 
lama. 


4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil 
dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad 
syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir 
tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf 
ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir 
kepada bujangnya, Yusuf. 


5. Cinta ra'fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan 
norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak 
tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an 
menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah 
menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus 
hukuman bagi pezina (Q/24:2). 


6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku 
penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika 
mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan 
Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), 
sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan 
bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al 
jahilin (Q/12:33) 


7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari 
hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 
dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan 
tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur 
dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika 
wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya 
memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. 
Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa 
Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada 
sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang 
apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il 
tihab naruha fi qalb al muhibbi 


8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik 
kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang 
menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada 
pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa 
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la 
yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286) 


Salam Mujahadah CINTA